Disedia oleh: Beh Cheap Pin
1.0 Pengenalan Penipisan Lapisan Ozon
Pada
permukaan bumi, terdapat satu lapisan gas yang dinamakan sebagai lapisan ozon.
Lapisan ozon ini mula dikenali oleh seorang ilmuwan dari Jerman yang bernama Christian
Friedrich Schonbein pada tahun 1839. Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan
Stratosfera dan Mesostera dan ia terletak di antara 15 hingga 35 kilometer dari
permukaan bumi. Ozon (O3) merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom
oksigen setiap molekul yang berwarna biru pucat. Lapisan ozon adalah lapisan
yang boleh dijumpai di atmosfera kita. Atmosfera dibahagi kepada 5 lapisan,
iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera, thermosfera dan exosfera. Lapisan
ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera untuk melindungi
bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Ia mampu untuk menyerap radiasi ultra
ungu yang bahaya dan menghalang menembusi ke permukaan bumi.
Penipisan
Lapisan Ozon merupakan keadaan di mana lapisan ozon berada di bahagian
stratosfera mengalami hakisan akibat tindak balas gas CFC, iaitu kesan daripada
aktiviti manusia dengan molekul oksigen sehingga molekul oksigen tadi terhurai.
Molekul oksigen terhurai mengakibatkan sinar ultraungu memancar terus ke bumi. Masalah
penipisan lapisan ozon pernah menggemparkan seluruh dunia apabila saintis telah
menemui lubang ozon pada tahun 1987. Penemuan ini berlaku di kawasan Antartika.
Dengan kata lain, penipisan lapisan ozon bermaksud proses di mana lapisan ozon
menjadi nipis. Fenomena ini berlaku adalah apabila jumlah molekul ozon di dalam
lapisan menjadi sedikit dari hari demi hari. Impak daripada pengurangan molekul
ozon penyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis.
2.0 Kegunaan Lapisan Ozon
Lapisan
ozon sangat penting kerana ia menyerap radiasi ultra violet (UV) dari matahari
untuk melindungi radiasi yang tinggi sampai ke permukaan bumi. Radiasi dalam
bentuk UV spektrum mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya.
Radiasi UV dengan jarak gelombang adalah di antara 280 hingga 315 nanometer
yang dikenali UV-B dan ia merosak hampir semua kehidupan. Dengan menyerap
radiasi UV-B sebelum ia sampai ke permukaan bumi, lapisan ozon melindungi bumi
dari efek radiasi yang merosak kehidupan.
3.0 Punca Penipisan Lapisan Ozon
3.1 Penggunaan bahan kloroflourokarbon
(CFC)
Kloroflourokarbon
(CFC) merupakan penyumbang utama dalam penipisan ozon. Ia terdiri daripada
klorin, flourin dan karbon. Lazimnya, penggunaan bahan ini dikaitkan dalam
pembuatan penghawa dingin, aerosol, peti sejuk, dan juga melalui pembuatan busa
dan bahan pelarut terutamanya di kilang-kilang elektronik. Dalam hal ini,
kloroflorokarbon yang digunakan telah meningkatkan kadar penyingkiran ozon yang
secara tidak langsung menyebabkan kemerosoton secara beransur-ansur dalam paras
ozon global. Penyingkiran ozon yang berlaku ini akan menghakis lapisan ozon
sedikit demi sedikit sehinggalah ianya menjadi lubang. Akhirnya, lapisan ozon
ini akan mengalami kebocoran secara serius.
3.2 Peningkatan kegiatan
perindustrian
Melalui
kegiatan perindustrian asap mengandungi gas seperti karbon dioksida, karbon
monoksida, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida dibebaskan ke ruang udara
menyebabkan haba terperangkap di lapisan troposfera dan mengalami kekurangan
bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk.
3.3 Pelepasan gas nitrogen oksida
Terhasil
daripada aktiviti manusia seperti ujian bom, nuklear, pelancaran roket.
Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan
lapisan ozon musnah. Contohnya negara Amerika, India, Pakistan. Selain itu, jet
supersonik yang menembusi atmosfera bumi akan membebaskan gas-gas seperti
karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya. Gas-gas ini akan kekal di
atmosfera bumi dan menyebabkan molekul-molekul ozon akan bertindak-balas
terhadap gas tersebut dan akhirnya penghakisan lapisan ozon akan berlaku.
3.4 penyahutanan secara meluas
Tumbuh-tumbuhan
berperanan membebasakan oksigen dan menyerap gas karbon dioksida melalui proses
fotosintesis. Namun, penyahutanan secara meluas menyebabkan kandungan oksigen
di atmosfera berkurangan dan pembentukan ozon terjejas.
3.5 Bilangan kenderaan bermotor
Faktor
yang seterusnya ialah peningkatan bilangan kenderaan bermotor di dunia ini.
Pada zaman ini,setiap individu mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kenderaan
sendiri. Oleh itu, bilangan kenderaan bermotor di dunia semakin melambung dari
semasa ke semasa. Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida
di atmosfera menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan
suhu di stratosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan
proses penipisan lapisan ozon.
4.0 Akibat Penipisan Lapisan Ozon
Penipisan
lapisan ozon ini, nyata mengundang pelbagai risiko dan implikasi terhadap
hidupan di muka bumi.
4.1 Kesan terhadap kesihatan
manusia
Kesihatan
manusia merupakan ancaman utama yang paling ketara. Penyakit yang paling serius
ialah kanser kulit. Dalam hal ini, pancaran ultra ungu yang mempunyai gelombang
antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan penyakit barah kulit seperti
melanoma. Penyakit ini terjadi apabila gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi
yang menyebabkan pembahagian sel-sel tidak sistematik lantaran daripada pancaran
ultra ungu yang terlalu kuat. Berdasarkan kajian para saintis, pengurangan 1%
dalam lapisan ozon akan menyebabkan pertambahan sebanyak 5% dalam kes penyakit
kulit. Masalah ini amat ketara di negara-negara barat kerana kebanyakkan
penduduknya berkulit putih yang lebih sensitif dan berisiko terhadap pancaran
ini. Selain itu, pancaran ultra ungu ini juga akan menyebabkan penyakit mata.
Seseorang yang terlalu lama terdedah kepada pancaran ultra ungu ini akan
menghidap penyakit katarak mata yang boleh menyebabkan buta, lantaran daripada
ketumbuhan selaput putih yang menutupi anak mata. Penduduk-penduduk yang kurang
mampu membiayai pembedahan mata dan membeli cermin mata bagi mengelakkan
pancaran ini akan lebih terdedah kepada risiko penyakit katarak. Selain itu,
pertambahan sinar utraungu juga akan memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota
daya ketahanan serta mengurangkan pengeluaran antibodi badan dan melemahkan sistem
uminiti badan dan gangguan pernafasan. Kajian juga menunjukkan bahawa radiasi
ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi manusia, menyebabkan seseorang itu
menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang ancaman penyakit seperti radang
paru-paru.
4.2 Perubahan Iklim Dunia
Penipisan
lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu berlebihan lalu menyebabkan
perubahan iklim dunia dalam jangka pendek berlakunya pemanasan global manakala
dalam jangka masa panjang kekurangan ozon menyeababkan haba bumi terbebas ke
angkasa dan tidak terperangkap oleh atmosfera menyebabkan suhu bumi sejuk.
4.3 Kenaikan Aras Lautan
Penipisan
lapisan ozon ini akan menyebabkan peningkatkan suhu bumi. Suhu bumi yang
melebihi paras normal akan mengakibatkan glasier di utara Artik dan Kutub Antartika akan mula mencair. Fenomena
pencairan yang berlaku ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan isipadu air
laut dan akan menyebabkan kawasan tanah rendah lenyap di telan laut. Contohnya
Pulau Maldives, Bangladesh, Amazon di Amerika dan beberapa kawasan lain. Lantaran
itu, menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik
sebanyak 5 meter hingga 7 meter dan akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah.
4.4 Kesan terhadap ekosistem dan hidupan
Akuatik
Ekosistem
akuatik terjejas dengan peningkatan sinaran ultraungu mengganggu proses fotosintesis
bagi hidupan plankton. Hidupan laut yang bergantung kepada plankton ini juga
akan semakin berkurangan dan mungkin akan mengalami kepupusan lantaran daripada
ketiadaan sumber makanan. Ini akan menyebabkan rantaian makanan di laut
terjejas dan menjejaskan sumber ikan.
4.5 Kesan terhadap ekosotem Daratan
Penipisan
lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu meningkat dan memusnahkan sel dan
mikroorganism yang terdapat di dalam badan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Radiasi
ultraungu 8 boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan
kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses fotosintesis. Umpamanya,
kajian yang dijalankan oleh ahli botani Alan Teramura dari Universiti Maryland,
Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan lemak dan zat protein untuk
tanaman kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu.
5.0 Langkah-langkah mengatasi
Penipisan Lapisan Ozon
Namun
begitu terdapat beberapa langkah yang dapat di ambil bagi mengawal atau
membendung masalah penipisan lapisan ozon ini.
5.1 Pengurangan penggunaan bahan
CFC
Untuk
membendung masalah penipisan lapisan ozon, kita perlu mengurangkan penggunaan
bahan CFC. Antaranya ialah dengan
mencari bahan alternatif lain bagi menggantikan penggunaan kloroflorokarbon
dalam pelbagai industri. Dalam hal ini, pihak tertentu seharusnya meningkatkan
usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kloroflorokarbon.
Contohnya, melalui penggunaan gas helium yang telah dikaji dan mampu digunakan
dalam alat penghawa dingin sebagai agen pendingin. Hal ini dapat dibuktikan
melalui teknologi tanpa kloroflorokarbon dalam perindustrian alat pendingin
udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat
Interlink Corporation di Malaysia.
5.2 Melalui persidangan
Pengawalan
penggunaan kloroflorokarbon ini juga boleh dilakukan dengan mengadakan
konvensyen dan persidangan peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, kerjasama dan
komitmen daripada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan
pencinta alam sedunia adalah penting. Konvensyen ini akan mampu menimbulkan
kesedaran kepada ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara
masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah
ini. Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang
telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna
pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan
mengawal pengeluaran serta penggunaan kloroflorokabon yang dikenali sebagai
protokol telah dipersetujui. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memerangi
pengunaan bahan kloroflorokarbon. Hal ini dapat dibuktikan melalui persidangan antarabangsa mengenai ozon
tropika dan perubahan dalam atmosfera yang telah diadakan di Universiti Sains
Malaysia (USM) pada 20 hingga 23 Februari 1990. Begitu juga dengan negara
Singapura yang telah mengambil tindakan mengharamkan penggunaan alat pengdingin
udara kenderaan.
5.3 Kempen kesedaran dan badan
sukarela
Badan-badan
sukarela sepeti Greenpeace dan WWF meningkatkan kempen kesedaran kepada
masyarakat dunia melalui demonstrasi, ceramah dan bengkel. Melalui kempen ini,
rakyat akan didedahkan dengan kesedaran mengenai penipisan lapisan ozon supaya
semua pihak boleh berganding bahu untuk mentelesaikan masalah ini.
5.4 mengekalkan kawasan hutan
sebagai hutan simpan
Masalah
penyahutanan yang berleluasa di negara maju membangun menyebabkan pemanasan
global berlaku. Oleh itu, negara di seluruh dunia perlu mewartaka kawasan hutan
sebagai kawasan hutan simpan dalam mengekalkan suhu bumi. Selain itu, konsep
penghijauan juga disemai kepada rakyat supaya karbon dioksida yang berlebihan
dapat dikurangkan.
5.5 Kesedaran melalui pendidikan
Pihak
kementerian perlu menerapkan isu-isu penipisan lapisan ozon ini dalam sukatan
pelajaran seperti geografi dan sains. Dengan penerapan nilai dalam pendidikan,
kesedaran murid-murid atau pengguna-pengguna dapat ditingkatkan. Kesedaran
pengguna akan mengurangkan pembakaran terbuka dan mengurangkan kegunaan bahan
CFC. Dalam sektor pertanian, pengguna perlu menggunakan kaedah tebang reput,
guna baja organik dan teknik kawalan biologi untuk menjaga lapisan ozon kita.
5.6 Penguatkuasaan undang-undang
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
Akta
ini akan memberi dendaan, kompaun atau menarik lesen ke atas penyumbang punca
penipisan lapisan ozon. Laporan EIA (Environment Impact Assessment) bagi projek
pembangunan perlu dihantar kepada Pengarah JAS.
6.0 Akta dan Agen yang Terlibat
Dalam tahun 1975, dikhuatirkan aktiviti manusia akan mengancam lapisan ozon. Oleh itu atas
permintaan “United Nations Environment Programme” (UNEP), WMO memulai
Penyelidikan Ozon Global dan Projek Pemantauan untuk mengkoordinasi pemantauan dan
penyelidikan ozon dalam jangka panjang. Pada tahun 1977, pertemuan pakar UNEP mengambil tindakan
Rencana Dunia terhadap lapisan ozon. United Nation
Environment Programme (UNEP) juga mengambil tindakan Perancangan Dunia terhadap
lapisan ozon pada tahun 1987, dibuat satu kesepakatan dunia mengenai pengurang
pengeluaran. UNEP mengambil
Protokol Montreal atas bahan yang mengurangi lapisan ozon.
Pada
tanggal 16 September, masyarakat di muka bumi ini memperingati Hari Ozon
Sedunia. Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB) menetapkan tanggal 16 September
sebagai Hari Ozon Internasional, sesuai dengan tanggal penandatanganan Protokol
Montreal, 16 September 1987.
7.0 Penutup
Penipisan
lapisan ozon berfungsi sebagai penapis yang menapis cahaya lampau ungu dari
sinaran matahari yang merbahaya kepada kehidupan di bumi. Namun demikian, lubang
ozon di Antartika telah dikesan oleh saintis pada tahun 1987.
Masalah
ini telah menjadi semakin serius kerana tingkah laku manusia yang tidak
bertanggungjawab, iaitu penggunaan CFC yang berlebihan, penyahutanan secara
berleluasa, pelepasan gas nitrogen dioksida dan karbon dioksida yang
berlebihan. Penipisan lapisan ozon telah membawa banyak kesan negatif terhadap
benda hidup. Antara yang paling serius ialah penyakit barah kulit.
Masalah
penipisan lapisan ozon telah kian serius pada zaman kini. Oleh itu, semua
manusia haruslah memandang serius masalah ini. Kita haruslah berupaya dan
bekerjasama untuk mengurangkan atau mencegah penipisan lapisan ozon supaya
generasi yang akan datang dapat menikmati alam sekitar yang baik.
Rujukan
Kenapa Lapisan Ozon Penting.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/
article/390-teknologi-hijau/5616-kenapa-lapisan-ozon-penting.html
Lapisan Ozon. http://sriworopatin.wordpress.com/lapisan-ozon/
Penipisan Ozon:
Kesannya Terhadap Hidupan dan Persekitaran. http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/10/penipisan-ozon-kesannya-terhadap-hidupan-dan-persekitaran/
Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon. http://pengajianam900.forumotion.com/t228-penipisan-hakisan-lapisan-ozon
Pemasan Global. http://www.slideshare.net/guest441011/pemanasan-global-2070141
Selamat Lapisan Ozon Kita. http://www.nre.gov.my/Malay/Pusat-Media/Pages/Pamphlet.aspx
Terima kasih atas maklumat...~~
ReplyDeleteHelpful!
ReplyDeleteSangat berguna. Terima kasih :)
ReplyDeletetq
ReplyDeletetq
ReplyDeleteterima kasih diatas maklumat yang diberi .
ReplyDeleteCopy for my project..tq
ReplyDeleteCopy for my project..tq
ReplyDeletesila jelaskan proses pembentukan penipisan lapisan ozon
ReplyDeleteThanks for sharing
ReplyDeletewelcome
DeleteTerima kasih utk maklumat ni. Harpnya lebih ramai yang sedar bahayanya penggunaan bhn2 yg mengandungi CFC. Oleh itu, marilh sama2 kita selmtkan bumi kita dgn mengurgkan atau berhenti terus daripada menggunakan bahan-bahan yang mengandungi CFC seperti aircond
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Sesuai utk presentation sains band 6..semua maklumat yg diperlukan ada kat sini.. Tq admin.. Kerja sy jd lebih mudah ππ
ReplyDeletetq untuk penerangan
ReplyDeleteTakde yang panjang lagi ke....ape ape pon terima kasih
ReplyDeletebila haba teperangkap dalam lapisan troposfera, suhu bumi jadi panas ke
ReplyDeleteThank you for the information..
ReplyDelete❤❤
Yay maklumat ni banyak membantu saya nak buat komik untuk folio biologi
ReplyDeleteTerima kasih
apakah bahan yang lebih selamat untuk digunakan untuk mengelakkan penipisan lapisan ozon?
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDelete➕➕π °π °π °➕➕
ReplyDeleteπππππππ
πππππππ