Tuesday 11 September 2012

Kaedah Pengajaran Pendidikan Alam Sekitar


NAMA: LEE SAY LING
             TAN CHAI ROU


Kaedah Pengajaran Pendidikan Alam Sekitar
Drama
Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta kursus akan dapat
1. menyatakan konsep dan tujuan drama
2. mengenal pasti sekurang-kurangnya 4 jenis drama
3. memilih drama yang sesuai untuk mengajar sesuatu isu pendidikan alam sekitar.
4. mempersembahkan satu drama tentanf isu/ masalah alam sekitar

Aktiviti-aktiviti:


Aktiviti 1
Perbincangan tentang tujuan dan kegunaan drama yang berdasarkan
·            .OHT1- Konsep dan Tujuan Drama
·         .OHT 2- Proses Dalam Drama
Peserta -peserta digalakkan supaya mnegkongsi pendapat serta pengalaman mereka tentang drama yang telah dijalankan.
Fasilitator akan menunjukkan ciri-ciri enam jenis drama melalui OHT seperti yang berikut;
·         OHT 3 - Main peranan
·         OHT 4 - Simulasi
·         OHT 5 - Improvisis
·         OHT 6- Teater Membaca
·         OHT 7 - Boneka
·         OHT 8 - Pantomin

Peserta akan membincang tentang OHT-OHT itu.



Aktiviti 2:

Arahan Persembahan Drama

Peserta akan dibahagikan kepada 5/6 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu isi/ masalah alam sekitar. Dengan memilih salah satu teknik drama, setiap kumpulan akan mempersembahkan isu pilihannya. Setiap ahli perlu mengambil bahagian. Bahan/ alatan drama hendaklah dicipta oleh kumpulan masing-masing. Masa persembahan adalah 15min.

Aktiviti 3:

Persembahan dan Perbincangan

Persembangan drama oleh setiap kumpulan dijalankan. Hasil persembahan serta implikasinya terhadap alam sekitar dibincang selepas persembahan daripada semua kumpulan.

Rujukan:

Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rnedah ( 1992 ) Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Jilid 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, KL
Brahim ( 1975 ), Drama Dalam Pendidikan. Yogyakarta.
Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz Drama Dalam Pengajaran Bahasa Budiman, KL
Kamarudin Hj. Husin ( 1988,1989 ) Kaedah Pengajaran-Pembelajaran. Petaling Jaya: Longman.



TUJUAN TEKNIK DRAMA

·    -membawa peristiwa-peristiwa nyata ke dalam bilik darjah
·    -membolehkan pelajar berdialog dengan bahasa yang teratur dan indah
·   -meningkatkan daya pemikiran pelajar supaya lebih cerdas serta dapat membina keyakinan diri
·    - mendisiplinkan pelajar dengan arahan ddan peraturan yang ditetapkan .
·  - membentuk pemikiran yang lebih aktif dan kreatif serta percaya kepada bakat dan kebolehan sendiri.
·    - sebagai alat bantu mengajar yang imaginatif


Drama yang biasanya digunakan ialah main peranan, simulasi, improvisasi, teater membaca, boneka dan pantomin.

1. Main Peranan
·         Pelajar melakon satu watak daripada satu suasana
·         Pelajar dikendaki menghayati dan berlagak
·         Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar memperolehi                pengalaman

2. Simulasi
·    merupakan aktiviti yang dipindahkan dari alam nyata di luar bilik darjah ke dalam pembelajaran
·    Berlakon berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pengetahuan atau hasil lawatan yang dibuat ke sesuatu tempat dalam keadaan ayng terkawal.
·    Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri sesuatu masalah dan situasi tertentu.
           
3.  Improvisasi
·         Didefinisikan sebagai mencantumkan sesuatu secara kreatif tanpa diberitahu.
·          Ia merupakan sesuatu respons kepada keperluan yang perlu dibuat secara segera.
·         Ia merupakan satu aktiviti fizikal yang tidak memerlukan latihan sebab       dalam kehidupan kita setiap hari, kita sudah biasa dan mengenal setiap pergerakan atau perbuatan dan isyarat.
·         Memberi peluang kepada guru dan pelajar membincang dialog-dialog yang timbul.

4. Teater Membaca
·         Teknik drama yang melibatkan sekumpulan pelajar.
·         Pelajar membaca cerita dengan lancar serta menggunakan nada intonasi yang betul.
·     Aktiviti ini utamakn penggunaan suara, sebutan , gerak badan dan mimik muka. Cara ini memahami , menghayati dan merasakan seolah-olah cerita itu sedang berlaku dihadapan mata mereka.

5. Boneka
·      Objek atau bahan yang digerakkan seretak dengan skrip yang dibaca atau skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang dicerikan.
·   Berbagai boneka digunakan; sarung tangan, boneka penuh, boneka kosong di tengah boneka wayang kulit, boneka jari
· Sebagai alat bantu mengajar, menarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran, menghidupkan suasana pembelajaran, menghidupkan suasana supaya lebih seronok.

6. Pantomin
·    Lakonan situasi tanpa dialog manakala skripnya akan dibaca oleh pelajar lain mengiringi lakonan tersebut.
·  Memberi peluang kepada pelajar berlakon dengan yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog.
·         Melahirkan gerak badan dan bukan melalui kata-kata.
·         Melahirkan aspresiasi terhadap wataknya melalui gerak badan.




           





No comments:

Post a Comment