4.2 BUKAN PERUNDANGAN
Dasar
Alam Sekitar Negara 2002
Dasar Alam Sekitar Negara (DASN)
telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta
peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar
dan pembangunan lestari. Tujuan DSN adalah untuk : Alam sekitar yang bersih,
selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan.
Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengna
penyertaan berkesan semua ndust masyarakat. Cara hidup, pola penggunaan dan
pengeluaran yang lestari. Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk
mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar
iaitu:
- Pengawasan Alam Sekitar
- Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
- Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
- Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
- Membuat Keputusan Bersepadu
- Peranan Sektor Swasta
- Komitment dan Kebertanggungjawaban
- Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
.Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan
mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan
proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta
kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam
sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam
dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan
juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan
sejagat.
Pencegahan & Kawalan Pencemaran
& Kemerosotan Alam Sekitar
1. Pengawasan kualiti alam sekitar,
program-program pemantauan dan sistem audit alam sekitar akan dikembang dan
dikukuhkan untuk menyokong program penguatkuasaan, perancangan dan pengezonan,
serta bagi membolehkan penilaian keadaan alam sekitar dibuat secara menyeluruh
dan berterusan. 2. Industri-industri akan digalakkan untuk menggubal dasar-dasar yang menghasilkan kegiatan dan produk-produk yang mempunyai kesan yang sedikit ke atas alam sekitar. Satu pendekatan yang bersepadu terhadap pencegahan dan kawalan pencemaran akan diamalkan melalui:
i.
Penerapan
di mana sesuai akan penggabungan langkah-langkah memulih, mencegah dan
berwaspada.
ii.
Kawalan
di peringkat punca bagi semua pelepasan pencemaran utama ke udara, tanah dan
air.
iii.
Penggunaan
kaedah terbaik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan pencemaran, dan
mengalakkan teknologi pengeluaran lebih bersih.
iv.
Penerapan
Prinsip Pencemaran Membayar dan lain-lain galakan tekno-ekonomi dan penghalang
yang sesuai.
4. Penekanan khas akan diberi bagi menangani masalah pencemaran dari SMEs. Pendekatan bersepadu teknologi, kewangan dan inovasi untuk menyelesaikan masalah pencemaran industry berkenaan akan ditinjau termasuk opsyen menggunapakai teknologi pengeluaran bersih, mengadakan kemudahan pengolahan bersama, atau menempatkan semula ndustry tersebut ke kawasan perindustrian yang ada kemudahan sedemikian.
5. Sektor perniagaan dan ndustry akan digalak untuk meningkatkan penyelidikan dan pembangunan teknologi mesra alam serta EMS, melalui kerjasama dengan para akademik dan institute-institut penyelidikan yang lain.
6. Perbelanjaan untuk pemuliharaan alam sekitar akan digakkan untuk penjimatan kos membaikpulih.
7. Galakan dan pentadbiran yang lebih kemas akan digunakan untuk menggalakkan ndustry, pengeluaran produk dan perkhidmatan yang mesra alam.
8. Satu pelan induk bersepadu akan diadakan untuk mencegah dan menghapuskan pencemaran udara, air dan persekitaran laut.
9. Amalan dan teknologii pertanian yang kurang menggunakan racun perosak dan baja bukan organic akan digalakkan. Amalan pengurusan makhluk perosak yang bersepadu, perladangan organic, kaedah pertanian dan akuakultur yang mesra alam akan digalakkan.
10. Pelaburan dalam sistem pengangkutan massa yang berkesan dari segi kos, kecekapan, kurang mencemar dan lebih selamat, seperti sistem pengangkutan massa Bandar dan pengangkutan laut bersepadu akan digalakkan. Pengangkutan tidak bermotor juga akan digalakkan manakala satu skim pengurusan dan kawalan trafik yang sistematik akan dibangun dan dilaksanakan.
11. Pelaburan dalam infrasturktur alam sekitar bersepadu termasuk pembentungan, sistem saliran dan pengurusan buangan pepejal akan digalakkan. Kawasan yang telah tercemar dan merosot akan di baikpulih.
12. Sistem pengurusan yang mesra alam bagi bahan kimia berbahaya dan buangan tiksik akan dibangun dan dikukuhkan khusus bagi penyimpanan, pengangkutan di darat dan di laut, pengolahan dan pelupusan bahan-bahan tersebut.
13. Tahap kesedaran awam yang lebih tinggi akan dipupuk bagi mencegah kemalangan ndustry dan masalah alam sekitar yang berkaitan. Teknik dan prosedur penilaian risiko yang betul, amalan operasi yang selamat, serta peningkatan keupayaan tindak balas kecemasan dan kesediaan yang cukup di kalangan ndustry, orang ramai dan pihak berkuasa awam, akan digalakkan.
14. Keutamaan akan diberi kepada pemindahan tekonologi dan penyelidikan serta projek pembangunan dalam bidang teknologi alam sekitar untuk mengalakkan inovasi teknikal dan saingan peringkat kebangsaan dalam bidang-bidang penting seperti pengurangan sisa, kitarsemula, pemerolehan kembali, pengolahan dan pelupusan yang selamat, kaedah baru dalam menangani pencemaran dalam bidang-bidang yang diberi keutamaan dan pembangunan langkah-langkah kawalan untuk mencegah dan mengurangkan pencemaran.
Konvensyen antarabangsa:
Pelbagai
usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjadi suatu
perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat manusia.
Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan,
mahupun antarabangsa. Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak antarabangsa
adalah melalui Deklarasi Langkawi (1989).
Ø Deklarasi
Langkawi 1989
Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya
dikeluarkan. Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara
Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan
alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi.
Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial
telah menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan
mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat. Keuntungan dari
pelaburan itu adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka – England –
Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Hutan_tropika)
Ø Agenda
21 (Persidangan Bumi) 1992
Agenda
21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan Alam
Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) sewaktu sesi
persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992.
Agenda ini
menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-negara
anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan laporan
khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian
diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya
mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan
dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang
berkaitan. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Agenda_21)
Latar belakang Agenda 21:
* Agenda 21
menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan;
* Merupakan program
tindakan pembangunan mampan global dan angka “ 21 “ menandakan abad ke-21;
* Ditandatangani oleh
lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan
* Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya
berhubung dengan pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk ” Usaha
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21 ”
Ø Kuala Lumpur Accord 1990 (Asean)
Dari
15 “Dokumen ASEAN” tersebut diketahui bahawa ASEAN memiliki kepedulian terhadap
permasalahan lingkungan regional. Namun, ASEAN belum memberikan perhatian
khusus pada aspek pengendalian pencemaran udara lintas batas. Dokumen ASEAN
yang mengatur secara “sederhana” mengenai pengendalian pencemaran udara lintas
batas dan pemanasan global mahupun perubahan iklim adalah:
a. Agreement
on the Conservation of Nature and Natural Resources (ACNNR), 1985
b. Jakarta
Resolution on Sustainable Development (1987)
c. Joint
Press Release, Fourth ASEAN Ministerial Meeting on the Environment (AMME), 1990
d. Kuala
Lumpur Accord on the Environment and Development (1990)
e. Singapore
Resolution on Environment and Development (SRED) 1992
f.
Informal ASEAN Ministerial Meeting on the Environment
1994
Perbincangan dan deklarasi yang
berkaitan dengan persekitaran dan pembangunan mapan juga telah dibentuk secara
khusus untuk memastikan bahwa semua negara memelihara persekitaran meraka
dan pada masa yang sama mencapai pembangunan yang mereka ingini secara saksama
dan adil.
Antara perjanjian atau dokumen penting yang mendasari
prinsip pembangunan mapan ialah: The Brundtland Commisison (1987), Agenda
21 Local Agenda 21, Johannnesburg Declaration on Sustainable Development (2003)
dan Kyoto Protocol (2005). Pada peringkat ASEAN juga telah banyak
perjanjian dibuat untuk memastikan persekitaran kehidupan dan pembangunan
antara negara dikawal dan diselia dengan sewajarnya.
Antara perjanjian yang
telah dimeterai: Jakarta Declaration on Environment and Development
(1997), Bandar Sri Begawan Resolution on Environment and Development, ( 1994)
Singapore Resolution on Environment and Development (1992), The
Kuala Lumpur Accord on Environment and Development (1990) dan
Persidangan Protokol Kyoto di Indonesia 2007.
No comments:
Post a Comment