Sunday 30 September 2012

MENANGANI ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA



Disediakan oleh: Fong Mei Yen & Lim Cheng Hui

 4.1 PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN

*      Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).
Larangan Dan Kawalan Mengenai Pencemaran


Subseksyen 34A(1) Akta 127 memberi kuasa kepada Menteri Alam Sekitar, selepas berunding dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling, untuk menetapkan apa-apa aktiviti yang mungkin mempunyai kesan kepada alam sekeliling, sebagai aktiviti yang ditetapkan, dan perlu dikawal bagi tujuan perlindungan alam sekitar.

Apa itu Laporan Penilaian Alam Sekitar EIA (Environmental Impact Assessment)?
(EIA) ialah satu alat untuk :
  1. Mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan kepada alam sekitar akibat daripada sesuatu cadangan projek.
  2. Mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum sesuatu projek berkenaan boleh dilulus dan dilaksanakan.
  3. Mengurangkan masalah alam sekitar akibat dari sesuatu tindakan.
  4. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987, yang dibuat di bawah peruntukan subseksyen 34A(2) Akta 127, menetapkan 19 kategori yang memerlukan penyediaan EIA.

Kategori Yang Perlukan EIA

·         Pertanian
·         Lapangan Terbang
·         Pengairan dan Saliran
·         Tebus Guna Tanah
·         Perikanan
·         Perhutanan
·         Perumahan
·         Industri
·         Infrastruktur
·         Pelabuhan 
·         Perlombongan
·         Petroleum
·         Penjanaan dan Pemancaran Kuasa
·         Kuari
·         Keretapi
·         Pengangkutan
·         Pemajuan Rekreasi dan Peranginan
·         Pengolahan dan Pelupusan buangan; dan
·         Bekalan

 Kawalan Buangan Terjadual
Seksyen 34B
Larangan terhadap penempatan, perletakan, dan sebagainya buangan terjadual.
  1.    Tiada seorang pun boleh melakukan perkara-perkara berikut tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
            (a)  Melupuskan apa-apa buangan terjadual di darat atau ke dalam perairan Malaysia;
         (b)  menerima atau menghantar, atau menyebabkan atau membenarkan diterima atau dihantar apa-apa buangan terjadual di dalam atau di luar Malaysia; atau
            (c)  mentransit atau menyebabkan atau membenarkan ditransit buangan terjadual.
  1. Ketua Pengarah boleh memberikan kelulusan bertulis sama ada tertakluk kepada syarat atau tak bersyarat.
  2. Apa-apa tindakan menerima atau menghantar, atau mentransit apa-apa buangan terjadual dengan kelulusan yang diperolehi melalui pemalsuan, salah nyataan atau fraud atau yang tidak mematuhi dengan cara yang material dengan dokumen yang releven dalam borang yang ditetapkan adalah suatu kesalahan.
  3. Sesiapa yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM500 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
AKAS 1974 

Seksyen 22   
-  Sekatan Mengenai Pencemaran Udara
- Peruntukan Lesen Pelanggaran terhadap syarat-syarat yang diterima bagi melepaskan bahan buangan ke udara.
Denda            -           RM 10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

AKAS 1974 (Pindaan 1996)
Seksyen 22   -           Denda            -           RM 100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

AKAS 1974, Pindaan 1998
Mengadakan peruntukan baru iaitu:-
Seksyen 29 A           -           Larangan atas pembakaran terbuka
Pertambahan denda kepada RM 500,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

 *      Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (selepas ini akan disebut sebagai Akta 172) yang diluluskan oleh Parlimen dalam   tahun 1976   adalah   bertujuan   mengadakan keseragaman undang-undang serta kawalan dan peraturan yang lengkap bagi perancangan bandar dan desa dalam kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia.

Penggubalan Akta 172 jelas menunjukkan usaha kerajaan untuk memperkenalkan satu perundangan    perancangan    yang    bersistematik di Semenanjung Malaysia. Akta 172 merupakan Akta yang khusus berkenaan dengan perancangan bandar dan desa dan tidak lagi menjadi sebahagian daripada perundangan Kerajaan Tempatan.

Akta ini memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk bertanggungjawab terhadap dasar am berkenaan dengan pemeliharaan, pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan di dalam Negeri.

Di samping itu pihak berkuasa perancang tempatan  diberi tugas   untuk   mengatur,   mengawal   dan   merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasannya.

Akta 172 telah menyediakan suatu asas undang-undang bagi membolehkan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia menggalakkan  pengawalan,  penggunaan  dan  pemajuan tanah di dalam rangka dasar negara. Bagi mencapai tujuan ini, Akta 172 telah membentuk serta menggalakkan aspek-
aspek berikut :

(a)       suatu jentera perancangan dan sistem baru di dalam negeri dan kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatannya.

(b)  asas untuk menggalakkan dasar-dasar Negara, Wilayah dan Negeri serta menterjemahkannya ke dalam bentuk fizikal di peringkat tempatan.

(c)     suatu   tatacara   dan   sistem   yang   tegas   serta   lebih menitikberatkan keperluan-keperluan awam.

(d)    suatu   keperluan   undang-undang   untuk   mengenalpasti kawasan-kawasan utama (kawasan-kawasan tindakan) dan untuk mengambil tindakan   membangunkannya   dalam tempoh yang ditetapkan.

(e)    suatu  rangka  sumber  bagi  perancangan  dan  pemajuan kawasan-kawasan yang dimaksudkan.

(f)        suatu sistem rayuan, sekiranya terdapat sesuatu pihak yang terkilan akibat dari sesuatu keputusan perancangan, melalui pembentukan suatu Lembaga Rayuan.

(g)       suatu   tatacara   yang   sesuai   bagi   pengawalan   dan penguatkuasaan  perancangan  melalui  penyusunan  tiaptiap langkah yang seharusnya diambil.

(h)      suatu   sistem   pengurusan   kewangan   bagi   penyediaan kemudahan-kemudahan    awam    melalui pemungutan pembayaran pemajuan sekiranya terdapat kenaikan nilai sesuatu tanah itu akibat dari sesuatu perancangan dan pemajuan.

(i)   suatu sistem pemajuan tanah, melalui peruntukan notis beli yang tanpanya akan mengakibatkan tanah itu terbiar dan tidak mendatangkan faedah.

(j)        suatu   sistem   pemajuan   tanah   melalui   pengisytiharan kawasan-kawasan  kemajuan,  yang  membolehkan  pihak berkuasa  perancang  tempatan  mengambil  semua  tanah milik di dalam kawasan itu, dan memajukannya.

(k)     suatu  sistem  mengguna  khidmat  ejen-ejen,  membuat perkiraan dan menubuhkan perbadanan-perbadanan oleh pihak  berkuasa  perancang  tempatan  bagi  memajukan kawasan-kawasan kemajuan.

*      Akta Perhutanan Negara 1984
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan dalam Negeri di Malaysia dan bagi maksud yang berkaitan.

Bahawasanya adalah suai manfaat bagi maksud hanya untuk menentukan persamaan undang-undang bagi Negeri di Malaysia untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan.

Penguatkuasaan

Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat Kuasa menangkap, menyita dan menyiasat

(1) Seorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan atau seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia mempunyai alasan untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan hutan, jika orang itu enggan menyatakan nama dan alamatnya atau menyatakan suatu alamat di luar Malaysia atau terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah menyatakan nama palsu atau alamat palsu atau dia mungkin akan melarikan diri; dan boleh menyita apa-apa benda yang difikirkannya perlu disita berhubungan dengan keterangan yang perlu bagi membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan itu.

(2) Apabila mana-mana orang telah ditangkap di bawah subseksyen (1) dia hendaklah selepas itu dibicarakan sebagaimana diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

(3) Mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan dan mana-mana pegawai yang menjaga balai polis boleh, berhubungan dengan apa-apa penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan hutan, tanpa perintah Pendakwa Raya, menjalankan kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah dalam mana-mana kes boleh tangkap.

Menyita hasil hutan yang menjadi perkara kesalahan
(1) Apa-apa hasil hutan yang mengenainya telah ada, atau ada, alasan munasabah bagi mengesyaki bahawa telah berlaku suatu kesalahan hutan, bersama-sama dengan apa-apa bekas, bungkusan atau pengangkut yang ianya telah dijumpai atau yang telah digunakan berkaitan dengan kesalahan itu, dan apa-apa jentera,alat, buku, dokumen atau benda lain yang dengan munasabahnya dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu, boleh disita oleh mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan atau mana-mana pegawai polis.

Menggeledah dengan waran
(1) Jika seorang Majistret dapati daripada maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada tersembunyi atau diletakkan apa-apa hasil hutan yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah atau mana-mana pegawai polis yang dinamakan di dalam waran itu, pada waktu malam atau siang dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki bangunan, tempat atau tanah itu dan di situ menggeledah dan menyita, dan memindahkan, apa-apa hasil hutan yang mengenainya suatu kesalahan hutan telah dilakukan atau disyaki telah dilakukan serta apa-apa jentera, alat, buku, dokumen atau benda lain yang dengan munasabahnya dipercayai dapat memberi keterangan mengenai berlakunya kesalahan itu.

(2) Mana-mana pegawai hutan atau pegawai polis yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh —
(a) memecah buka mana-mana bahagian luar atau dalam pintu bangunan atau tempat atau mana-mana pagar, tembok, pintu pagar atau galangan lain atas tanah, supaya dapat masuk ke dalamnya;
(b) memindahkan secara paksa mana-mana galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan itu sebagaimana yang diberi kuasa kepadanya di bawah subseksyen (1); dan
(c) menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam bangunan atau tempat atau di atas tanah sehingga bangunan atau tempat itu selesai digeledah.

Menggeledah tanpa waran
1. Jika seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan atau seseorang pegawai polis dapati bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada tersembunyi atau diletakkan apa-apa hasil hutan yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dengan sebab kelambatan mendapat waran di bawah seksyen 90 hasil hutan itu mungkin akan dipindahkan, dia boleh menjalankan di dalam, di atas, dan mengenai bangunan, tempat, atau tanah itu semua kuasa yang tersebut dalam seksyen 90 dengan sepenuh dan seluasnya seolah-olah dia diberi kuasa melakukannya dengan waran di bawah seksyen itu.

Kuasa untuk memberhenti dan menggeledah pengangkut
(1) Jika mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan atau mana-mana pegawai polis mempunyai syak yang munasabah bahawa mana-mana pengangkut ada membawa hasil hutan dengan melanggar Akta ini atau yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa pengangkut itu.

(2) Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai hutan atau pegawai polis itu —
(a) memberhentikan pengangkut tersebut dan membenarkan pegawai hutan atau pegawai polis itu memeriksanya; dan
(b) membuka semua bahagian pengangkut tersebut untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu bagi membolehkan atau memudahkan perjalanan pemeriksaan itu sebagaimana difikirkan perlu dibuat oleh pegawai hutan atau pegawai polis itu.

(3) Mana-mana orang yang tidak atau enggan mematuhi apa-apa kehendak pegawai hutan atau pegawai polis di bawah subseksyen.

(4) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi **lima tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan pegawai yang menyita
(1) Apabila apa-apa benda disita di bawah Akta ini, pegawai yang menyita itu hendaklah dengan serta-merta —
(a) meletakkan pada benda itu atau pada bekas atau bungkusan yang mengandungi suatu tanda yang menunjukkan bahawa benda itu telah disita; dan
(b) kecuali jika penyitaan itu dibuat pada diri orang itu atau di hadapan pesalah itu atau pemunya atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberi notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasannya kepada pemunya benda tersebut, jika diketahui, sama ada dengan menghantar apa-apa notis kepadanya sendiri atau melalui pos atau ke tempat kediamannya jika diketahui.

(2) Mana-mana orang (selain pegawai hutan, pegawai polis atau anggota angkatan tentera yang diberi kuasa di bawah Akta ini) yang mengusik, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa benda yang ditanda di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pelucuthakan benda yang disita
(1)  Apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini boleh dikenakan lucut hak.

(2) Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Hutan Daerah boleh, mengikut budi bicaranya, melepaskan untuk sementara benda itu kepada pemunya benda tersebut apabila diberi jaminan yang memuaskan hatinya bahawa benda itu akan diserahkan kepadanya apabila diminta atau dibawa di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten.

(3) Suatu perintah bagi melucut hak atau bagi melepaskan apa-apa benda yang kena dilucut hak di bawah Akta ini, hendaklah dibuat oleh Mahkamah di hadapan mana pendakwaan mengenainya telah diadakan dan suatu perintah bagi melucuthakkan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan hutan telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara, atau digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan itu.

(4) Jika tiada apa-apa pendakwaan mengenai apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan calendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan dibuat ke atasnya mengikut cara yang berikut:
(a) mana-mana orang yang mendakwa bahawa dia adalah pemunya benda itu dan bahawa ianya tidak patut dikenakan lucut hak boleh secara bersendirian atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberi notis bertulis kepada pegawai hutan atau pegawai polis yang dalam miliknya benda itu berada menyatakan bahawa dia menuntut benda itu;

(b) apabila notis itu diterima pegawai hutan atau pegawai polis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah merujuk tuntutan itu kepada Pengarah yang boleh mengarahkan supaya benda itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai itu merujuk perkara itu kepada Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen untuk diputuskan;

(c) Majistret atau Hakim yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang mendakwa bahawa dia adalah pemunya benda itu serta orang yang daripadanya benda itu disita supaya hadir di hadapannya dan apabila orang itu hadir atau ingkar hadir, Majistret atau Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan ke atas perkara itu dan, apabila terbukti bahawa suatu kesalahan hutan telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara atau digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilucut hak atau jika tidak ada bukti boleh memerintahkan supaya ianya dilepaskan.

(5) Semua benda yang dilucut hak atau disifatkan dilucut hak hendaklah dihantar kepada Pegawai Hutan Daerah dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengarah.

(6) Jika apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini adalah jenis mudah rosak atau adalah tertakluk kepada reput yang cepat dan semula jadi atau jika penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesulitan yang tidak munasabah, atau dipercayai menyebabkan galangan atau bencana kepada orang awam, Pengarah boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang bagi mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

(7) Pihak Berkuasa Negeri tidak bertanggungan kepada manamana orang bagi apa-apa pemerosotan nilai, tidak kira walau bagaimana sekalipun ia terjadi, mengenai kualiti apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini.

*      Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972
Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang berhubungan dengan hidupan liar dan selanjutnya bagi mengadakan peruntukan untuk memberi perlindungan kepada hidupan liar dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya.

Kesalahan-Kesalahan Dan Penalti-Penalti
(1) Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh
atau mengambil binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi (selain daripadanya binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang atau jenis betina binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Tiap-tiap orang (selain daripada orang-orang yang diperihalkan dalam Seksyen 64 (1), 65, 66 dan 67) yang ada dalam miliknya atau yang menjalankan perniagaan sebagai peniaga atau pengawet binatang mengenai -
(a) binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi atau terofinya;
(b) sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya.
Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

3. Walau apa pun peruntukan dalam Akta ini, tiap-tiap orang yang dengan menyalahi
undang-undang menembak, membunuh atau mengambil seekor badak kerbau, harimau
belang atau harimau dahan atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

4. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau
mengambil jenis binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

5. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau
mengambil jenis betina binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

6. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau membinasakan sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempuh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

7. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi atau ada di dalam miliknya dengan secara tak sah binatang liar yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya atau terofinya atau burung liar yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya atau terofinya (selain daripada binatang liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagiannya atau burung liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagiannya atau binatang liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagiannya atau burung liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

8. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar jenis betina yang diperlindungi atau burung liar jenis betina yang diperlindungi atau ada di dalam miliknya dengan secara tak sah binatang liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya atau burung liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun enam bulan atau kedua-duanya.

9. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi yang tidak matang atau ada di dalam miliknya dengan secara tak sah binatang liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagian daripadanya atau burung liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

10. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau membinasakan sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

11. Tiap-tiap orang yang -
(a) dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar;
(b) dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau membinasakan sarang atau telur binatang liar atau burung liar dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar;
(c) dengan menyalahi undang-undang mengganggu atau mengeluarkan apa-apa kayu atau tumbuhan dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

12. (1) Tiap-tiap orang yang-
(a) dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar dalam sesuatu rizab hidupan liar; atau
(b)dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau membinasakan sarang atau telur binatang liar atau burung liar dalam sesuatu rizab hidupan liar, adalah melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

12. (2) Bagi maksud Seksyen ini mana-mana pemburu berlesen yang memasuki sesuatu rizab hidupan liar tanpa permit yang membenarkannya berbuat demikian dan melakukan salah satu daripada perbuatan-perbuatan yang diperihalkan dalam Subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai telah melakukan suatu kesalahan menurut Subseksyen itu.

12. (3) Tiap-tiap orang yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang
diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya diantara pukul tujuh setengah malam dan pukul enam setengah pagi adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa- apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

13. (1) Tiap-tiap orang (sama ada dia seorang pemburu berlesen atau tidak) yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi kecuali dalam masa yang dibenar dan ditetapkan oleh Menteri bagi binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi yang ditetapkan menurut suatu perintah yang dibuat di bawah Seksyen 31 (d), adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
13. (2) (Dimansuhkan oleh Akta A697)

14. Tiap-tiap orang yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar
(a) tanpa lesen, permit atau permit khas untuk berbuat demikian;
(b) dalam musim tutup (binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi) yang diisytiharkan bagi binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi; atau
(c) lebih daripada bilangan yang dibenarkan dan diberi kuasa dalam lesen, permit atau permit khas, bagi binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi, hendaklah disifatkan sebagai telah dengan menyalahi undang-undang menembak,
membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar itu (yang diperlindungi sepenuhnya atau yang diperlindungi mengikut mana-mana yang berkenaan).




No comments:

Post a Comment