Tuesday 11 September 2012

Akta Pemuliharaan Tanah 1960 (Akta 385)


Akta Pemuliharaan Tanah 1960  (Akta 385)
Pemakaian
Akta ini hanya terpakai di Negeri-negeri di Malaya (Semenanjung Malaysia) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Artikel 95D, Perlembagaan Persekutuan, Akta ini tidak terpakai di Negeri Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan Undang-undang Sabah berkaitan pemuliharaan tanah adalah terpakai kepada Wilayah Persekutuan Labuan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6 (1) AktaPerlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1984.
Memandangkan Akta ini adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang terletak dalam bidang kuasa perundangan Negeri, selaras dengan Artikel 76 (3) Perlembagaan Persekutuan, ia hanyalah berkuatkuasa di mana-mana Negeri sekiranya ia diterima pakai di dalam Undang-undang Negeri tersebut.
Sehubungan itu, Akta ini telah diterima pakai oleh Negeri-negeri berikut melalui:-
  • Enakmen Johor No. 15 (1960)
  • Enakmen Kedah No. 13 (1960)
  • Enakmen Kelantan No. 6 (1960)
  • Enakmen Melaka No. 7 (1960)
  • Enakmen Negeri Sembilan No. 21 (1960)
  • Enakmen Pahang No. 13 (1960)
  • Enakmen Penang No. 4 (1960)
  • Enakmen Perak No. 6 (1960)
  • Enakmen Perlis No. 12 (1960)
  • Enakmen Selangor No. 7 (1960)
  • Enakmen Terengganu No. 9 (1960)
 Tujuan
Untuk mengukuhkan Undang-undang berkaitan dengan pemuliharaan bukit dan perlindungan daripada hakisan tanah dan larian kelodak.

Peruntukan Utama
Peruntukan utama terkandung di dalam Bahagian II dan Bahagian III Akta ini. Secara umumnya, Akta ini mengandungi :
  • Peruntukan berhubung dengan pengisytiharan kawasan sebagai tanah bukit oleh Pihak Berkuasa Negeri dan peruntukan yang melarang penggunaan tanah bukit untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan pertanian dan perlombongan terhad.
  • Peruntukan yang memberi kuasa kepada Pentadbir Tanah untuk mengambil tindakan terhadap tuan tanah yang mana tanahnya telah menyebabkan atau kemungkinan boleh menyebabkan kerosakan terhadap tanah yang lain, alur air atau menganggu atau kemungkinan boleh mengganggu penanaman di kawasan lain akibat daripada tanih, lumpur, kelikir, kelodak atau batuan yang dibawa daripada tanahnya.
  • Peruntukan yang memberi kuasa kepada Pentadbir Tanah untuk mengambil tindakan terhadap tuan tanah yang mana tanahnya telah rosak atau kemungkinan telah rosak akibat daripada hakisan atau pergerakan tanah, lumpur, kelikir, kelodak atau batuan dari tanah sedemikian.
 Penalti
Mana-mana orang yang tanpa alasan munasabah gagal untuk mematuhi apa-apa perintah di bawah, atau apa-apa peruntukan Akta ini, memerlukan beliau berbuat atau melarang beliau dari berbuat suatu perbuatan atau perkara hendaklah dikenakan denda tidak melebihi Lima Ribu Ringgit dan keingkaran membuat pembayaran denda tersebut boleh dikenakan hukuman penjara bagi suatu tempoh di mana boleh, tertakluk kepada Seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah, dan sebagaimana keadaan-keadaan itu mengkehendaki, hukuman penjara tersebut boleh dilanjutkan sehingga enam (6) bulan.
Kemaskini Terakhir : 5 September 2012

1 comment:

  1. the T3Ti Titanium Screw - Titsanium Art
    T3Ti Titanium Screw. The T3TiTi is a titanium flat iron short version stiletto titanium hammer of titanium for sale the traditional T-3Ti model. This is the same shape as a screw titanium wedding bands for men for the T3Ti but is how strong is titanium instead of a $4.99 · ‎In stock

    ReplyDelete