Saturday, 1 September 2012

Penipisan Lapisan Ozon


 Disedia oleh: Beh Cheap Pin
1.0  Pengenalan Penipisan Lapisan Ozon
Pada permukaan bumi, terdapat satu lapisan gas yang dinamakan sebagai lapisan ozon. Lapisan ozon ini mula dikenali oleh seorang ilmuwan dari Jerman yang bernama Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1839. Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesostera dan ia terletak di antara 15 hingga 35 kilometer dari permukaan bumi. Ozon (O3) merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul yang berwarna biru pucat. Lapisan ozon adalah lapisan yang boleh dijumpai di atmosfera kita. Atmosfera dibahagi kepada 5 lapisan, iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera, thermosfera dan exosfera. Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera untuk melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Ia mampu untuk menyerap radiasi ultra ungu yang bahaya dan menghalang menembusi ke permukaan bumi.
Penipisan Lapisan Ozon merupakan keadaan di mana lapisan ozon berada di bahagian stratosfera mengalami hakisan akibat tindak balas gas CFC, iaitu kesan daripada aktiviti manusia dengan molekul oksigen sehingga molekul oksigen tadi terhurai. Molekul oksigen terhurai mengakibatkan sinar ultraungu memancar terus ke bumi. Masalah penipisan lapisan ozon pernah menggemparkan seluruh dunia apabila saintis telah menemui lubang ozon pada tahun 1987. Penemuan ini berlaku di kawasan Antartika. Dengan kata lain, penipisan lapisan ozon bermaksud proses di mana lapisan ozon menjadi nipis. Fenomena ini berlaku adalah apabila jumlah molekul ozon di dalam lapisan menjadi sedikit dari hari demi hari. Impak daripada pengurangan molekul ozon penyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis.

2.0  Kegunaan  Lapisan Ozon
Lapisan ozon sangat penting kerana ia menyerap radiasi ultra violet (UV) dari matahari untuk melindungi radiasi yang tinggi sampai ke permukaan bumi. Radiasi dalam bentuk UV spektrum mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya. Radiasi UV dengan jarak gelombang adalah di antara 280 hingga 315 nanometer yang dikenali UV-B dan ia merosak hampir semua kehidupan. Dengan menyerap radiasi UV-B sebelum ia sampai ke permukaan bumi, lapisan ozon melindungi bumi dari efek radiasi yang merosak kehidupan.

3.0 Punca Penipisan Lapisan Ozon
3.1 Penggunaan bahan kloroflourokarbon (CFC)
Kloroflourokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama dalam penipisan ozon. Ia terdiri daripada klorin, flourin dan karbon. Lazimnya, penggunaan bahan ini dikaitkan dalam pembuatan penghawa dingin, aerosol, peti sejuk, dan juga melalui pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya di kilang-kilang elektronik. Dalam hal ini, kloroflorokarbon yang digunakan telah meningkatkan kadar penyingkiran ozon yang secara tidak langsung menyebabkan kemerosoton secara beransur-ansur dalam paras ozon global. Penyingkiran ozon yang berlaku ini akan menghakis lapisan ozon sedikit demi sedikit sehinggalah ianya menjadi lubang. Akhirnya, lapisan ozon ini akan mengalami kebocoran secara serius.
3.2 Peningkatan kegiatan perindustrian
Melalui kegiatan perindustrian asap mengandungi gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida dibebaskan ke ruang udara menyebabkan haba terperangkap di lapisan troposfera dan mengalami kekurangan bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk.
3.3 Pelepasan gas nitrogen oksida
Terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom, nuklear, pelancaran roket. Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan lapisan ozon musnah. Contohnya negara Amerika, India, Pakistan. Selain itu, jet supersonik yang menembusi atmosfera bumi akan membebaskan gas-gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya. Gas-gas ini akan kekal di atmosfera bumi dan menyebabkan molekul-molekul ozon akan bertindak-balas terhadap gas tersebut dan akhirnya penghakisan lapisan ozon akan berlaku.
3.4 penyahutanan secara meluas
Tumbuh-tumbuhan berperanan membebasakan oksigen dan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Namun, penyahutanan secara meluas menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan pembentukan ozon terjejas.
3.5 Bilangan kenderaan bermotor
Faktor yang seterusnya ialah peningkatan bilangan kenderaan bermotor di dunia ini. Pada zaman ini,setiap individu mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kenderaan sendiri. Oleh itu, bilangan kenderaan bermotor di dunia semakin melambung dari semasa ke semasa. Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di stratosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.

4.0 Akibat Penipisan Lapisan Ozon
Penipisan lapisan ozon ini, nyata mengundang pelbagai risiko dan implikasi terhadap hidupan di muka bumi.
4.1 Kesan terhadap kesihatan manusia
Kesihatan manusia merupakan ancaman utama yang paling ketara. Penyakit yang paling serius ialah kanser kulit. Dalam hal ini, pancaran ultra ungu yang mempunyai gelombang antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan penyakit barah kulit seperti melanoma. Penyakit ini terjadi apabila gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi yang menyebabkan pembahagian sel-sel tidak sistematik lantaran daripada pancaran ultra ungu yang terlalu kuat. Berdasarkan kajian para saintis, pengurangan 1% dalam lapisan ozon akan menyebabkan pertambahan sebanyak 5% dalam kes penyakit kulit. Masalah ini amat ketara di negara-negara barat kerana kebanyakkan penduduknya berkulit putih yang lebih sensitif dan berisiko terhadap pancaran ini. Selain itu, pancaran ultra ungu ini juga akan menyebabkan penyakit mata. Seseorang yang terlalu lama terdedah kepada pancaran ultra ungu ini akan menghidap penyakit katarak mata yang boleh menyebabkan buta, lantaran daripada ketumbuhan selaput putih yang menutupi anak mata. Penduduk-penduduk yang kurang mampu membiayai pembedahan mata dan membeli cermin mata bagi mengelakkan pancaran ini akan lebih terdedah kepada risiko penyakit katarak. Selain itu, pertambahan sinar utraungu juga akan memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota daya ketahanan serta mengurangkan pengeluaran antibodi badan dan melemahkan sistem uminiti badan dan gangguan pernafasan. Kajian juga menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi manusia, menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru.
4.2 Perubahan Iklim Dunia
Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu berlebihan lalu menyebabkan perubahan iklim dunia dalam jangka pendek berlakunya pemanasan global manakala dalam jangka masa panjang kekurangan ozon menyeababkan haba bumi terbebas ke angkasa dan tidak terperangkap oleh atmosfera menyebabkan suhu bumi sejuk.
4.3 Kenaikan Aras Lautan
Penipisan lapisan ozon ini akan menyebabkan peningkatkan suhu bumi. Suhu bumi yang melebihi paras normal akan mengakibatkan glasier di utara Artik dan Kutub  Antartika akan mula mencair. Fenomena pencairan yang berlaku ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan isipadu air laut dan akan menyebabkan kawasan tanah rendah lenyap di telan laut. Contohnya Pulau Maldives, Bangladesh, Amazon di Amerika dan beberapa kawasan lain. Lantaran itu, menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak 5 meter hingga 7 meter dan akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah.

4.4 Kesan terhadap ekosistem dan hidupan Akuatik
Ekosistem akuatik terjejas dengan peningkatan sinaran ultraungu mengganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton. Hidupan laut yang bergantung kepada plankton ini juga akan semakin berkurangan dan mungkin akan mengalami kepupusan lantaran daripada ketiadaan sumber makanan. Ini akan menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan.
4.5 Kesan terhadap ekosotem Daratan
Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu meningkat dan memusnahkan sel dan mikroorganism yang terdapat di dalam badan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Radiasi ultraungu 8 boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses fotosintesis. Umpamanya, kajian yang dijalankan oleh ahli botani Alan Teramura dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan lemak dan zat protein untuk tanaman kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu.

5.0 Langkah-langkah mengatasi Penipisan Lapisan Ozon
Namun begitu terdapat beberapa langkah yang dapat di ambil bagi mengawal atau membendung masalah penipisan lapisan ozon ini.
5.1 Pengurangan penggunaan bahan CFC
Untuk membendung masalah penipisan lapisan ozon, kita perlu mengurangkan penggunaan bahan CFC. Antaranya ialah  dengan mencari bahan alternatif lain bagi menggantikan penggunaan kloroflorokarbon dalam pelbagai industri. Dalam hal ini, pihak tertentu seharusnya meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kloroflorokarbon. Contohnya, melalui penggunaan gas helium yang telah dikaji dan mampu digunakan dalam alat penghawa dingin sebagai agen pendingin. Hal ini dapat dibuktikan melalui teknologi tanpa kloroflorokarbon dalam perindustrian alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia.
5.2 Melalui persidangan
Pengawalan penggunaan kloroflorokarbon ini juga boleh dilakukan dengan mengadakan konvensyen dan persidangan peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, kerjasama dan komitmen daripada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan pencinta alam sedunia adalah penting. Konvensyen ini akan mampu menimbulkan kesedaran kepada ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini. Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan kloroflorokabon yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memerangi pengunaan bahan kloroflorokarbon. Hal ini dapat dibuktikan melalui  persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera yang telah diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 20 hingga 23 Februari 1990. Begitu juga dengan negara Singapura yang telah mengambil tindakan mengharamkan penggunaan alat pengdingin udara kenderaan.
5.3 Kempen kesedaran dan badan sukarela
Badan-badan sukarela sepeti Greenpeace dan WWF meningkatkan kempen kesedaran kepada masyarakat dunia melalui demonstrasi, ceramah dan bengkel. Melalui kempen ini, rakyat akan didedahkan dengan kesedaran mengenai penipisan lapisan ozon supaya semua pihak boleh berganding bahu untuk mentelesaikan masalah ini.
5.4 mengekalkan kawasan hutan sebagai hutan simpan
Masalah penyahutanan yang berleluasa di negara maju membangun menyebabkan pemanasan global berlaku. Oleh itu, negara di seluruh dunia perlu mewartaka kawasan hutan sebagai kawasan hutan simpan dalam mengekalkan suhu bumi. Selain itu, konsep penghijauan juga disemai kepada rakyat supaya karbon dioksida yang berlebihan dapat dikurangkan.

5.5 Kesedaran melalui pendidikan
Pihak kementerian perlu menerapkan isu-isu penipisan lapisan ozon ini dalam sukatan pelajaran seperti geografi dan sains. Dengan penerapan nilai dalam pendidikan, kesedaran murid-murid atau pengguna-pengguna dapat ditingkatkan. Kesedaran pengguna akan mengurangkan pembakaran terbuka dan mengurangkan kegunaan bahan CFC. Dalam sektor pertanian, pengguna perlu menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik kawalan biologi untuk menjaga lapisan ozon kita.
5.6 Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
Akta ini akan memberi dendaan, kompaun atau menarik lesen ke atas penyumbang punca penipisan lapisan ozon. Laporan EIA (Environment Impact Assessment) bagi projek pembangunan perlu dihantar kepada Pengarah JAS.

6.0 Akta dan Agen yang Terlibat
Dalam tahun 1975, dikhuatirkan aktiviti manusia akan mengancam lapisan ozon. Oleh itu atas permintaan “United Nations Environment Programme” (UNEP), WMO memulai Penyelidikan Ozon Global dan Projek Pemantauan untuk mengkoordinasi pemantauan dan penyelidikan ozon dalam jangka panjang. Pada tahun 1977, pertemuan pakar UNEP mengambil tindakan Rencana Dunia terhadap lapisan ozon. United Nation Environment Programme (UNEP) juga mengambil tindakan Perancangan Dunia terhadap lapisan ozon pada tahun 1987, dibuat satu kesepakatan dunia mengenai pengurang pengeluaran. UNEP mengambil Protokol Montreal atas bahan yang mengurangi lapisan ozon.
Pada tanggal 16 September, masyarakat di muka bumi ini memperingati Hari Ozon Sedunia. Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB) menetapkan tanggal 16 September sebagai Hari Ozon Internasional, sesuai dengan tanggal penandatanganan Protokol Montreal, 16 September 1987.

7.0 Penutup
Penipisan lapisan ozon berfungsi sebagai penapis yang menapis cahaya lampau ungu dari sinaran matahari yang merbahaya kepada kehidupan di bumi. Namun demikian, lubang ozon di Antartika telah dikesan oleh saintis pada tahun 1987.
Masalah ini telah menjadi semakin serius kerana tingkah laku manusia yang tidak bertanggungjawab, iaitu penggunaan CFC yang berlebihan, penyahutanan secara berleluasa, pelepasan gas nitrogen dioksida dan karbon dioksida yang berlebihan. Penipisan lapisan ozon telah membawa banyak kesan negatif terhadap benda hidup. Antara yang paling serius ialah penyakit barah kulit.
Masalah penipisan lapisan ozon telah kian serius pada zaman kini. Oleh itu, semua manusia haruslah memandang serius masalah ini. Kita haruslah berupaya dan bekerjasama untuk mengurangkan atau mencegah penipisan lapisan ozon supaya generasi yang akan datang dapat menikmati alam sekitar yang baik.

Rujukan
Kenapa Lapisan Ozon Penting.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/
article/390-teknologi-hijau/5616-kenapa-lapisan-ozon-penting.html
Selamat Lapisan Ozon Kita. http://www.nre.gov.my/Malay/Pusat-Media/Pages/Pamphlet.aspx

22 comments:

  1. Terima kasih atas maklumat...~~

    ReplyDelete
  2. terima kasih diatas maklumat yang diberi .

    ReplyDelete
  3. sila jelaskan proses pembentukan penipisan lapisan ozon

    ReplyDelete
  4. Terima kasih utk maklumat ni. Harpnya lebih ramai yang sedar bahayanya penggunaan bhn2 yg mengandungi CFC. Oleh itu, marilh sama2 kita selmtkan bumi kita dgn mengurgkan atau berhenti terus daripada menggunakan bahan-bahan yang mengandungi CFC seperti aircond

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Sesuai utk presentation sains band 6..semua maklumat yg diperlukan ada kat sini.. Tq admin.. Kerja sy jd lebih mudah πŸ˜ŠπŸ˜„

    ReplyDelete
  7. Takde yang panjang lagi ke....ape ape pon terima kasih

    ReplyDelete
  8. bila haba teperangkap dalam lapisan troposfera, suhu bumi jadi panas ke

    ReplyDelete
  9. Thank you for the information..
    ❤❤

    ReplyDelete
  10. Yay maklumat ni banyak membantu saya nak buat komik untuk folio biologi

    Terima kasih

    ReplyDelete
  11. apakah bahan yang lebih selamat untuk digunakan untuk mengelakkan penipisan lapisan ozon?

    ReplyDelete
  12. ➕➕πŸ…°πŸ…°πŸ…°➕➕
    πŸ€πŸ€πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ€πŸ€
    πŸ“–πŸ“–πŸ™πŸ™πŸ™πŸ“–πŸ“–

    ReplyDelete