Tuesday, 11 September 2012

BAGAIMANAKAH UNSUR PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DAPAT DISERAPKAN?


NAMA: LEE SAY LING
             TAN CHAI JO

BAGAIMANAKAH UNSUR PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DAPAT DISERAPKAN?

1. Memandangkan degradasi alamn sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.

2. Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

3. Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:
a. mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas mengenai alam sekitar dan masalahnya.
b. lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan  masalah yang berkaitan dengannya.
c. memperoleh nilai, memupuk sikap uyang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
d. memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengna menggunakan sumber-sumber semula jadi yang ada secara terancang.
e. menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.
f. berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar.

4. Penegasan perlu diberi kepada pembangunan mampan (sustainable developmen).

5. Guru-guru perlu sentiasa merujuk kepada panduan guru, Pendidikan Alam Sekitar 
Merentas Kurikulum (KBSR dan KBSM), Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996.

6. Kurikulum pendidikan alam sekitar mengandungi tajuk utama berikut:
a. Tuhan pencipta alam semesta dan sekalian makhluk
b. bumi dan alam semesta
c. benda bukan hidup dan sumber semula jadi
d. benda hidup dan alam sekitarnya.
e. Interaksi antara manusia, haiwan dan tumbuhan.
f.  pengurusan alam sekitar.

7. Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melalui pendekatan:
a. rohani dan moral
b. penyerapan
c. berpusatkan pelajar

8. Bidang hasil pembelajaran yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar ialah:
a. pengetahuan dan kefahaman konsep
b. nilai-nilai murni dan sikap positif.
c. kemahiran berfikir
d. kemahiran manipulatif dan penggunaan deria.
e. aplikasi pengetahuan, nilai dan kemahiran ke dalam situasi yang baru.

9. Kaedah dan aktiviti yang harus digunakan ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang  berpusatkan kepada pelajar dan kaedah atau aktiviti itu adalah seperti berikut:
a. kerja amali
b. membuat uji kaji dan kajian
c. perbincangan
d. sumbang saran
e. demonstrasi
f. menonton televisyen, video dan slaid
g. memerhati dan memeriksa spesies, objek dan gambar foto
h. cerita
i. membaca buku, majalah dan akhbar
j. projek
k. permainan dan simulasi
l. syarahan, ceramah, penerangan, wawancara dan forum
m. lawatan
n. kempen alam sekitar
o. rintis
p. kem alam sekitar

q. program sandaran.

10. Unsur pendidikan alam sekitar boleh diserap dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui stesen-stesen pendidikan alam sekitar berikut yang ada di sekitar Pulau Langkawi.:
a. stesen mengkaji tanah termasuk mengkaji hakisan tanah
b. stesen mengkaji pencemaran
c. stesen mengkaji tumbuhan
d. stesen mengkaji haiwan
e. stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan
f. stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik
g. stesen mengkaji penggunaan air
h. stesen mengkaji pengunaan bahan api
i. stesen mengkaji penggunaan tenaga solar
j. stesen mengkajji penggunaan tenaga angin
k. stesen mengkaji penggunaan bahan buangan
l. stesen mengkaji tanam-tanaman
m. stesen mural
n. stesen mengkaji cuaca
o. stesen permainan pendidikan alam sekitar
p. stesen di tiang bendera
q. stesen mengkaji bumi dan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment