Sunday, 30 September 2012

MENANGANI ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA



4.2  BUKAN PERUNDANGAN
*       
Dasar Alam Sekitar Negara 2002
Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DSN adalah untuk : Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengna penyertaan berkesan semua ndust masyarakat. Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari. Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
  • Pengawasan Alam Sekitar
  • Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
  • Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
  • Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
  • Membuat Keputusan Bersepadu
  • Peranan Sektor Swasta
  • Komitment dan Kebertanggungjawaban
  • Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
.Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

Pencegahan & Kawalan Pencemaran & Kemerosotan Alam Sekitar
1.    Pengawasan kualiti alam sekitar, program-program pemantauan dan sistem audit alam sekitar akan dikembang dan dikukuhkan untuk menyokong program penguatkuasaan, perancangan dan pengezonan, serta bagi membolehkan penilaian keadaan alam sekitar dibuat secara menyeluruh dan berterusan. 

2.    Industri-industri akan digalakkan untuk menggubal dasar-dasar yang menghasilkan kegiatan dan produk-produk yang mempunyai kesan yang sedikit ke atas alam sekitar. Satu pendekatan yang bersepadu terhadap pencegahan dan kawalan pencemaran akan diamalkan melalui:
 
i.              Penerapan di mana sesuai akan penggabungan langkah-langkah memulih, mencegah dan berwaspada.
ii.            Kawalan di peringkat punca bagi semua pelepasan pencemaran utama ke udara, tanah dan air.
iii.           Penggunaan kaedah terbaik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan pencemaran, dan mengalakkan teknologi pengeluaran lebih bersih.
iv.           Penerapan Prinsip Pencemaran Membayar dan lain-lain galakan tekno-ekonomi dan penghalang yang sesuai.

3.    Industri-industri akan digalkkan untuk mencegah dan mengawal pencemaran melalui peraturan kawal dan bantu diri terutama di kalangan syarikat yang besar yang berupaya menggunakan teknologi bersih serta mempunyai sumber kewangan untuk berbuat demikian. Inisiatif pihak swasta untuk mewujud dan melaksanakan sistem pengurusan alam sekitar (EMS) akan digalakkan untuk mewujudkan skim perkongsian dengan perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) untuk membantu memudahkan pertukaran pengalaman dalam EMS.
 
4.    Penekanan khas akan diberi bagi menangani masalah pencemaran dari SMEs. Pendekatan bersepadu teknologi, kewangan dan inovasi untuk menyelesaikan masalah pencemaran industry berkenaan akan ditinjau termasuk opsyen menggunapakai teknologi pengeluaran bersih, mengadakan kemudahan pengolahan bersama, atau menempatkan semula ndustry tersebut ke kawasan perindustrian yang ada kemudahan sedemikian.
 
5.    Sektor perniagaan dan ndustry akan digalak untuk meningkatkan penyelidikan dan pembangunan teknologi mesra alam serta EMS, melalui kerjasama dengan para akademik dan institute-institut penyelidikan yang lain.
 
6.    Perbelanjaan untuk pemuliharaan alam sekitar akan digakkan untuk penjimatan kos membaikpulih.
 
7.    Galakan dan pentadbiran yang lebih kemas akan digunakan untuk menggalakkan ndustry, pengeluaran produk dan perkhidmatan yang mesra alam.
 
8.    Satu pelan induk bersepadu akan diadakan untuk mencegah dan menghapuskan pencemaran udara, air dan persekitaran laut.
 
9.    Amalan dan teknologii pertanian yang kurang menggunakan racun perosak dan baja bukan organic akan digalakkan. Amalan pengurusan makhluk perosak yang bersepadu, perladangan organic, kaedah pertanian dan akuakultur yang mesra alam akan digalakkan.
 
10.    Pelaburan dalam sistem pengangkutan massa yang berkesan dari segi kos, kecekapan, kurang mencemar dan lebih selamat, seperti sistem pengangkutan massa Bandar dan pengangkutan laut bersepadu akan digalakkan. Pengangkutan tidak bermotor juga akan digalakkan manakala satu skim pengurusan dan kawalan trafik yang sistematik akan dibangun dan dilaksanakan.
 
11. Pelaburan dalam infrasturktur alam sekitar bersepadu termasuk pembentungan, sistem saliran dan pengurusan buangan pepejal akan digalakkan. Kawasan yang telah tercemar dan merosot akan di baikpulih.
 
12. Sistem pengurusan yang mesra alam bagi bahan kimia berbahaya dan buangan tiksik akan dibangun dan dikukuhkan khusus bagi penyimpanan, pengangkutan di darat dan di laut, pengolahan dan pelupusan bahan-bahan tersebut.
 
13. Tahap kesedaran awam yang lebih tinggi akan dipupuk bagi mencegah kemalangan ndustry dan masalah alam sekitar yang berkaitan. Teknik dan prosedur penilaian risiko yang betul, amalan operasi yang selamat, serta peningkatan keupayaan tindak balas kecemasan dan kesediaan yang cukup di kalangan ndustry, orang ramai dan pihak berkuasa awam, akan digalakkan.
 
14. Keutamaan akan diberi kepada pemindahan tekonologi dan penyelidikan serta projek pembangunan dalam bidang teknologi alam sekitar untuk mengalakkan inovasi teknikal dan saingan peringkat kebangsaan dalam bidang-bidang penting seperti pengurangan sisa, kitarsemula, pemerolehan kembali, pengolahan dan pelupusan yang selamat, kaedah baru dalam menangani pencemaran dalam bidang-bidang yang diberi keutamaan dan pembangunan langkah-langkah kawalan untuk mencegah dan mengurangkan pencemaran.
                                                                                                                  
*      Konvensyen antarabangsa:
Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan, mahupun antarabangsa. Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah melalui Deklarasi Langkawi (1989).
  
Ø  Deklarasi Langkawi 1989
Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi.

Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat. Keuntungan dari pelaburan itu adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka – England – Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Hutan_tropika)

Ø  Agenda 21 (Persidangan Bumi) 1992
Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992. 

Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan.  (http://ms.wikipedia.org/wiki/Agenda_21)

Latar belakang Agenda 21:
* Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan;

* Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka “ 21 “ menandakan abad ke-21;

* Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan

* Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk ” Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21 ”

Ø  Kuala Lumpur Accord 1990 (Asean)
Dari 15 “Dokumen ASEAN” tersebut diketahui bahawa ASEAN memiliki kepedulian terhadap permasalahan lingkungan regional. Namun, ASEAN belum memberikan perhatian khusus pada aspek pengendalian pencemaran udara lintas batas. Dokumen ASEAN yang mengatur secara “sederhana” mengenai pengendalian pencemaran udara lintas batas dan pemanasan global mahupun perubahan iklim adalah:

a.    Agreement on the Conservation of Nature and Natural Resources (ACNNR), 1985
b.    Jakarta Resolution on Sustainable Development (1987)
c.    Joint Press Release, Fourth ASEAN Ministerial Meeting on the Environment (AMME), 1990
d.    Kuala Lumpur Accord on the Environment and Development (1990)
e.    Singapore Resolution on Environment and Development (SRED) 1992
f.     Informal ASEAN Ministerial Meeting on the Environment 1994

Perbincangan dan deklarasi yang berkaitan dengan persekitaran dan pembangunan mapan juga telah dibentuk secara khusus untuk memastikan bahwa semua negara memelihara persekitaran meraka  dan pada masa yang sama mencapai pembangunan yang mereka ingini secara saksama dan adil. 

Antara  perjanjian atau dokumen penting yang mendasari prinsip pembangunan mapan ialah: The Brundtland Commisison (1987), Agenda 21 Local Agenda 21, Johannnesburg Declaration on Sustainable Development (2003) dan Kyoto Protocol (2005). Pada peringkat ASEAN juga telah banyak perjanjian dibuat untuk memastikan persekitaran kehidupan dan pembangunan antara negara dikawal dan diselia dengan sewajarnya. 

Antara perjanjian yang telah dimeterai: Jakarta Declaration on Environment and Development (1997), Bandar Sri Begawan Resolution on Environment and Development, ( 1994) Singapore Resolution on Environment and Development (1992), The Kuala Lumpur Accord on Environment and Development (1990) dan Persidangan Protokol Kyoto di Indonesia 2007.


No comments:

Post a Comment