Tuesday, 11 September 2012

Isu-Isu Alam Sekitar


Disediakan oleh: Chin Lee Mei & Lee Phooi San 



Pertambahan Penduduk                   



Penduduk yang semakin meningkat akan mengakibatkan bumi kita berubah. Antara perubahan yang berlaku adalah:-
         1.    Pencemaran Alam Sekitar
         2.    Tanah dikerjakan untuk pertanian(Sumber makanan)
         3.    Imigrasi penduduk secara haram
         4.    Penyakit meningkat




 Faktor-faktor yang mendorong pertambahan penduduk:
          1.    Peluang pekerjaan yang meningkat
          2.    Kadar kelahiran semakin meningkat

Tindakan Individu:
  1. Perkongsian kereta perlu dilaksanakan
  2. Penanaman sayur di ruang tanah tepi rumah
  3. Membuat perancangan keluarga sendiri


Kepupusan flora dan fauna serta pembalakan


Dunia kini semakin berpenyakit tinggi kerana dicemar oleh manusia. Ini kerana flora dan fauna sering  diakibat daripada pembangunan sesebuah negara. Dengan itu, kini fauna diancam kepupusan ratusan spesies binatang. Tidak mustahil binatang-binatang seperti  gajah, harimau dan singa hanya mampu dikenali generasi akan datang dengan menerusi muzium binatang yang diawetkan. Apakah puncanya dan sejauh manakah manusia bertanggungjawab mengatasi masalah ini?

Bagi menikmati penambahan kemudahan infrastruktur dan tuntutan permodenan serta kemajuan, kita sanggup mengorbankan fauna di sekeliling kita. Sebagai kesannya yang dapat kita lihat adalah seperti kebanyakkan spesies fauna yang diancam kepupusan. Misalnya, bilangan harimau di negara Malaysia semakin berkurangan atas sebabnya pembalakan secara berleluasa yang berlaku.

1.0 Pengenalan
 Menurut Kamus Dewan mendefinisikan Flora sebagai keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala Fauna bermaksud seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya.
Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh – tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan.
Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti menjadi sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air.
 Kepupusan flora dan fauna ini dapat kita lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebebkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali speisi penyu ini.
      
Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Flora dan fauna menjadi kian penting kepada semua orang di bumi, tidak kira dimana mereka tinggal. Kepentingan hutan dan lautan adalah sebagai satu sumber tadahan yang dapat menampung berbagai jenis penghidupan flora dan fauna .Kawasan hutan dan lautan amat kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga yang saling hidup dalam beraneka cara serta kadangkala berintergrasi antara satu sama lain kerana adanya pertalian pemakanan.

2.0  Punca / Faktor
2.1  Pembalakan Haram

Pembalakan haram yang beroperasi berleluasa akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menunjukkan  antara tahun 1986 hingga jun 1990 , dianggarkan 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang iaitu melebihi 320,000 hektar kawasan yang dibenarkan. Operasi pembalakan haram ini telah menyebabkan penebangan spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Kebiasaanya aktiviti pembalakan haram ini berlaku di kawasan perlindungan seperti kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Pembalakan haram ini turut memusnahkan hidupan flora dan fauna yang lain.Pokok balak yang tumbang memusnahkan tumbuhan kecil disekitarnya dan menyebabkan haiwan kehilangan tempat tinggal dan secara tidak langsung tumbuhan dan haiwan itu mengalami kepupusan.

Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat. Dengan itu, aktiviti pembalakan harus dikawal kerana kemusnahan sesebuah kawasan hutan memerlukan masa selama 40 tahun untuk pulih semula.

2.2  Pembakaran hutan

Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling hutan tersebut akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia. Sudah pasti hidupan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan tersebut akan mati.

Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan satu-satu kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan flora dan fauna.

2.3  Pembukaan Tanah Baru.

Pembukaan tanah seperti untuk pertanian, tanah - tanah rancangan oleh Felda dan Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan. Masalah pembukaan tanah baru ini kerana  jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah.

Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan.

2.4  Pemburu Haram

Aktiviti pemburuan secara haram yang berleluasa adalah merupakan salah satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Keadaan ini berlaku kerana pemintaan binatang yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Contohnya, Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.


2.5  Aktiviti Perikanan

Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan. Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.


2.6  Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair. Oleh itu, pencemaran air juga merupakan faktor kepada penyumbang kepupusan flora dan fauna. Antara punca-punca pencemaran air ialah sisa bahan buangan kilang seperti sisa-sisa tosik yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan binatang laut terjejas.


2.7  Peningkatan Suhu Dunia

Faktor peningkatan suhu dunia  adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Faktor perubahan iklim bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinosour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia dan menyebabkannya maut. Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan suhu dunia menyebabkan sesetengah speisis haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. 


Selain itu, cuaca panas terjadi akibat daripada pembakaran hidrokarbon yang menghasilkan CO. Interaksi CO dengan O diatmosfera menghasilkan CO2 yang menjadi terampai di atmosfera dan menghalang gelombang panjang sinar suria daripada lepas daripada lingkungan ini.


3.0 Implikasi / Kesan

3.1 Kepupusan hidupan liar dan spesis pokok

Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan boleh menyebabkan kesan negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan yang keterlaluan menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau dan binatang seperti gajah, badak, harimau kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan. Kegiatan penebangan hutan untuk tujuan pertanian juga membawa permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah runtuhterutama sekali apabila berlaku hujan

Sekali lagi, keseimbangan ekologi terancam dan dunia kehilangan suatu khazanah yang tidak dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam semula jadi telah membina semuanya selama jutaan tahun, sementara tangan manusia mampu menghancurkannya dalam tempoh hanya beberapa dekad.


3.2  Menyebabkan kepupusan hidupan akuatik

Tumpahan minyak dan serta pembuangan sisa toksik ke dalam laut menyebabkan kemusnahan hidupan laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat, manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air

Pencemaran laut juga menyumbang kepada kepupusan hidupan laut. Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut, dan membawa pencemaran bersama-samanya. Minyak yang tumpah kapal merebak di lautan lalu membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang lain. Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa-sisa kilang seperti industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien, bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut


3.3  Menyebabkan hakisan Tanah

Pembalakan yang berleluasa akan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Ini kerana kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan. Pembukaan tanah baru dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

3.4  Menyebabkan pencemaran udara dan pemanasan global

Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan berlakunya jerebu. Penggondolan hutan dan pembalakan yang dilakukan secara meluas akan menyebabkan tiada tempat untuk menyerap haba yang dilepaskan oleh aktiviti manusia. Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global.

Kesannya Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.Kekeringan sumber air permukaan bumi dan kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas


3.5  Mecacatkan pemandangan alam

Kegiatan manusia yang berterusan dan tidak terancam menyebabkan pemandangan yang indah bertukar menjadi sebuah pemandangan yang menyakitkan mata.Pembuangan sampah sarap ke dalam laut


4.0  Langkah-langkah

4.1  Pemuliharaan dan pemeliharaan

Pemeliharaan
Usaha yang dilakukan untuk melindungi, merancang dan mengurus alam semulajadi supaya kekal dan berterusan.


Pemuliharaan
Usaha yang dilakukan untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal.


4.1  Penghutanan Semula

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan.penghutanan semula dilkukan di kawasan pokok balak yang telah ditebang Tujuan Penghutanan semula,Memastikan spesies pokok tidak pupus. Mengekalkan kualiti alam sekitar. Memulihara tanah dan sumber air. Mengekalkan habitat fauna dan flora. . Mengekalkan warisan hutan.


4.2  Menguatkuasakan akta yang telah sedia ada

Pelbagai akta telah diwartakan untuk menjaga alam sekitar. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani isu ini. Antara contoh akta yang telah sedia ada: Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.

Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan ) mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi.

Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan – TAMAN NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid .
Masalah pembalakan haram – Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 –500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter.

Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.

Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia)

Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan Akta kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974
Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000. Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986.


4.3  Pendidikan alam sekitar melalui kurikulum

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitardan Biologi Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Melalui pendedahan ini dapat memupuk kesedaran kepentingan alam sekitar kepada masyarakat.
 
4.4 Pendedahan Media Massa

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaannya


5.0 Kesimpulan

Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara flora dan fauna semula jadi yang masih ada pada hari ini.  Ingatlah, tanpa hutan, kita tidak akan berada di sini pada hari ini. Jika kita memusnahkan hutan-hutan kita, mungkin kita tidak akan berada lagi di sini pada hari esok

Tiada salahnya meneroka sedikit hutan untuk dibina rumah bagi golongan yang selama ini tiada tempat berlindung, atau untuk bercucuk tanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat yang telah lama kebuluran, atau menebang pokok bagi dijadikan kayu papan dan sumber ekonomi. Tetapi ia mesti bersyarat. Syaratnya, secara keseluruhan persekitaran semula jadi tidak menerima kesan negatif yang teruk, dan ia dijalankan dengan terancang dan mengambil perhatian terhadap penjagaan alam sekitar.

Dalam menghadapi isu alam sekitar, antara peraturannya adalah "menerima hakikat" - hakikat bahawa manusia memiliki keperluan, dan alam sekitar memerlukan perlindungan. Jika kita dapat mencari titik pertemuan kedua-dua ini, dengan izin Tuhan bumi ini akan terus menjadi tempat hidup yang terbaik.


Penebangan Hutan

 



       Pembalakan yang berlaku akan menjejaskan:

           1.    Bukit menjadi tandus
           2.    Kawasan perumahan atau pembinaan jalan raya bertambah
           3.    Keindahan alam semula jadi terancam
           4.    Hakisan Tanah—Sistem pengairan terganggu
           5.    Habitat haiwan terjejas
           6.    Pencemaran Udara, Air, tanah
           7.    Pokok tua semakin berkurangan

    Faktor-faktor yang mendorong penebangan hutan

  

    1.    Pembalakan yang tidak terkawal dan secara haram
    2.    Projek penanaman semula pokok tidak dijalankan
    3.    Pembangunan

   Tindakan Individu
  • Mempengaruhi atau menggalak rakan untuk cintakan alam sekitar
  • Bekerjasama dengan kerajaan untuk memulih dan memeliharakan alam sekitar
   
   Tindakan Masyarakat
  • Menganjurkan kempen dan penanaman semula pokok
  • Mengambil tindakan terhadap aktiviti pembalakan haram

   Tindakan Kerajaan
  • Penguatkuasaan undang-undang atau Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
  • Mewartakan taman Negara dan hutan simpanan


PENGHAPUSAN PAYA

PENGENALAN
Paya bakau di Malaysia terancam dan mengalami kemusnahan disebabkan oleh kegiatan manusia. Jika langkah-langkah yang sewajarnya tidak dijalankan akan mengakibatkan kebanyakan paya bakau mengalami kepupusan. Terdapat beberapa strategi-strategi yang diberikan oleh antarabangsa dalam menjalankan pemeliharaan paya bakau. Bagi memastikan pengurusan ekosistem paya bakau di Malaysia yang berkesan maka rangka perundangan dan juga peraturan-peraturan tambahan adalah penting. Ini dapat memastikan pemeliharaan ekosistem paya bakau dan pembangunan yang lestari dapat dijalankan.

Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Empat genus utama tumbuhan bakau yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah Avicennia (Api-api), Rhizophora (Bakau), Sonneratia (Perepat) dan Bruguiera (Berus/Tumu).

Habitat bakau menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus (zooplankton) sehinggalah kepada reptilia yang besar iaitu Buaya Muara. Penghuni hutan bakau yang paling biasa ditemui ialah Ketam Rebab, Ketam Lumpur, Ikan Belacak, Ular Bakau, Lotong Kelabu, Memerang Licin, Berok dan Kelawar. Banyak spesies ikan, krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari makanan. Siput, tiram dan teritip pula merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung yang boleh dijumpai di atas akar pokok bakau.



FUNGSI-FUNGSI HUTAN PAYA BAKAU

(a) Nilai Ekologi

(b) Kepentingan Fizikal

(c) Nilai ekonomi

(d) Nilai Sosio-Budaya



ANCAMAN KEMUSNAHAN

1. Pembalakan Secara Berleluasa

2. Tebusguna Tanah

3. Pencemaran

4. Penggunaan Terlebih Sumber-sumber Hutan Paya Bakau


KESAN-KESAN PENGHAPUSAN PAYA

1. Kehilangan habitat semula jadi untuk haiwan dan tumbuhan

2. Kepupusan flora dan fauna

3. Pengurangan kawasan sumber makanan

4. Menjejaskan keseimbangan ekosistem kawasan paya


PEMULIHARAAN HUTAN DI KAWASAN PAYA

1. Penanaman semula pokok bakau

2. Mempelajari tentang hutan bakau

3. Mengamalkan amalan 3R 



Peningkatan Gurun

PENGENALAN

Proses degradasi lahan yang dipuncaki dengan penggurunan melanda sebahagian besar negara berkembang dan negara miskin. Laporan menunjukkan negara kaya dan negara miskin belum segera mencari cara paling efektif untuk menghentikan proses penggurunan, yang akan memusnahkan manusia dan planet Bumi tersebut.
Degradasi di tanah gersang, semi-gersang dan kawasan kering sub-lembap hasilan dari pelbagai faktor termasuk variasi klimaks dan aktiviti manussia. Penggurunan moden selalunya adalah pertambahan permintaan populasi dalam penanaman tumbuhan dan penternakan haiwan. 


  

PUNCA-PUNCA PENINGKATAN GURUN

Pertambahan populasi sejagat yang terlalu pesat seterusnya telah membawa kepada pengeksploitasian alam yang berikut:

1. Penebangan hutan untuk pembinaan rumah dan perindustrian

2. Pengeksploitasian sistem saliran air semulajadi seperti air bawah tanah untuk kegunaan domestik dan perindustrian

3. Banyak tanah diteroka atau dibakar untuk dijadikan lebih banyak tempat pertanian dan penternakan


•Kemarau
Ini adalah satu konsepsi yang salah bahawa kemarau menyebabkan penggurunan. Kemarau adalah perkara lazim di kawasan gersang dan semi gersang. Tanah yang diuruskan dengan baik akan dapat dipulihkan sebaik sahaja hujan turun. Penyalahgunaan tanah yang berterusan semasa kemarau akan menambahkan penggurunan tanah. Penambahan populasi dan ternakan menekan pada tanah yang tidak digunakan akan mempercepatkan penggurunan. Di sesetengah tempat, nomad bergerak ke tempat yang kurang gersang mengganggu ekosistem tempatan dan menambah kadar hakisan tanah. Nomad melarikan diri dari gurun tetapi kerana pengunaan tanahnya, mereka membawa gurun kepada diri mereka.

Tekanan populasi

Pertambahan populasi akan menyebabkan penyesakan di satu kawasan. Kawasan baru akan diteroka. Apabila kawasan baru diteroka, banyak tumbuhan akan dtebang dan permukaan tanah akan terdedah kepada angin dan batuan akan mudah terluluhawa kerana perbezaan suhu semakin tinggi kerana tumbuhan telah ditebang


•Penternakan yang melampau

Mempunyai haiwan ternakan yang terlalu banyak memerlukan padang ragut yang sangat luas. Sekiranya suatu kawasan padang ragut telah habis rumput pada satu masa seperti yang berlaku di New Zealand, ini akan membolehkan penggurunan berlaku.


Penyahhutanan.
Kawasan tanah akan terdedah kepada luluhawa kimia dan fizikal. Ini akan membawa kepada penggurunnan jika kawasan tersebut mendapat julat hujan tahunan yang rendah.

 

KESAN-KESAN PENINGKATAN GURUN

Mengurangkan kepelbagaian spesis organisma (biodiversiti) 

Semakin banyak flora dan fauna pupus dan banyak lagi yang berada pada pinggir kepupusan.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENINGKATAN GURUN

1. Menanam pokok dan rumput untuk melindungi tanah daripada terus terhakis.

2. Merancang sistem pembekalan air untuk penggunaan domestik dan perindustrian supaya sistem saliran air tidak terjejas.

3. Penyemburan petroleum untuk melindungi biji benih tumbuhan daripada kekeringan dan ditiup.



Hakisan Tanah

Air merupakan satu agen yang sangat berbahaya. Air bukan sahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan. Kehilangan permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian. Selain itu, juga akan mengakibatkan hakisan tanah berlaku.
Hakisan ialah proses pemecahan ketulan-ketulan tanah dipermukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin yang bergerak.
Hakisan tanah merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan 
kegelongsoran tanah dan akan menyebabkan kematian.





BENTUK HAKISAN TANAH

1. Hakian Serata

2. Hakisan Alur

3. Hakisan Gaung

4. Hakisan Tebing Sungai

5. Tanah Runtuh


CARA-CARA HAKISAN

a) Tindakan Hidraul

-Melibatkan penyerbuan dan hempasan yang mengalir ke dalam struktur batuan yang lemah seperti rekahan, retakan dan lubang ditebing dan dasar sungai. Hakisan ini amat berkesan apabila halaju air adalah tinggi.Mencungkil keluar butiran batuan daripada struktur batuan yang lemah.lemah. Aliran air yang deras akan menghasilkan kuasa yang kuat untuk melakukan hakisan ini.melakukan hakisan ini. Hakisan ini giat berlaku di kawasan hulu di bahagian air terjun,jeram, lubang periuk.

-Melibatkan kegiatan geselan antara muatan sungai dan air sungai terhadap tebing dan dasar sungai.sungai.




b) Proses Lelasan/Liliran

Proses lelasan dapat melicinkan permukaan batuan yang berbucu tajam kepada yang lebih bulat.bulat. Bekalan muatan bergantung kepada keberkesanan proses-proses luluhawa dan pergerakan jisim di sepanjang lurah sungai. Lelasan boleh mendalam dan melebarkan alur sungai.



c) Proses Lagaan

Merujuk kepada pergeselan antara batuan atau muatan sungai itu sendiri apabila berlaga sesama sendiri semasa pengalirannya.semasa pengalirannya. Ketulan batuan besar boleh mengalami penghausanl sehingga menjadi kumin- kumin batuan yang kecil apabila mengalami proses lagaan.



d) Proses Larutan

Air sungai bertindak balas secara kimia terhadap batuan.terhadap batuan. Amat berkesan di lurah sungai yang terdapat di kawasan batuan lemah seperti batu kapur, dolomit atau batuan mudah lerut kapur, dolomit atau batuan mudah lerut seperti yang berunsur kalsium, seperti yang berunsur kalsium, natrium’sulfat atau klorida.


FAKTOR-FAKTOR HAKISAN TANAH



1)Hakisan geologi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan agen-agen
yang menyebabkannya iaitu:


A ) hakisan oleh air

Hakisan oleh air boleh terbahagi kepada 4 kategori iaitu percikan, galur atau lurah kecil , gerakan jisim dan hakisan sungai. Hakisan air bermula dengan titisan hujan yang terdedah ke tanah dalam jangka masa yang panjang akan mencungkilkan tanih, merosakkan penggranulan dan percikannya bertindak sebagai agen pengangkutan bagi setengah-setengah keadaan. Daya yang dihasilkan oleh titisan hujan adalah begitu kuat sekali sehingga granul-granul tanih yang terkenal bukan sahaja tercungkil tetapi juga mungkin terpecah-pecah. Di bawah pukulan titisan hujan, tanih akan terdedah dan mungkin lenyap.


Hakisan galur pula adalah secara meluas. Misalnya permukaan yang dikatakan licin itu terdapatnya lekukan-lekukan kecil di mana air boleh berkumpul. Menurut kajian, sebahagian besar daripada mendak yang tersingkir dari cerun bukit adalah akibat hakisan galur. Oleh itu, sebahagian dari bahan-bahan ini diperolehi dari kawasan antara galur yang dihanyutkan ke dalam galur oleh aliran dataran dan percikan hujan.


Hakisan gerakan jisim bergantung sebahagian besarnya kepada pembasahan jisim yang bergerak iaitu pengaliran campuran batu dan tanah bersama air hujan. Apabila bahan-bahan yang mengalir itu sudah banyak bercampur dengan air, maka mulalah ia mengalir sebagai jisim yang likat.


B ) hakisan oleh angin

Hakisan jenis ini ialah semua jenis tanih dan serpihan-serpihan batu ditiup oleh angin ke tempat lain. Di kawasan lembap, hakisan angin selalu diketepikan kerana kesannya jarang sekali teruk berbanding dengan kesan hakisan air. Bahan tanih yang subur di permukaan ditiup angin sehingga berpuluh-puluh kilometer ke atas.


C ) hakisan oleh salji dan glasier

Hakisan glasier terhad kepada gunung-gunung tinggi seperti ALP dan ROCKY dan sedikit sebanyak di kawasan garisan lintang tinggi. Hakisan salji adalah keadaan yang menyebabkan air yang terdapat dalam retakan di bawah glasier mengalami pembekuan dan pencairan yang membantu dalam tindakan pemecahan. Hakisan oleh perbuatan manusia :

a) Pertanian pindah, iaitu penebangan pokok secara besar-besaran untuk membuka tanah baru bagi aktiviti penanaman. Oleh itu, kawasan tersebut terdedah kepada hakisan. Kawasan itu akan hilang perlindungan pokok . Ini akan menyebabkan air larian permukaan tidak dapat meresap ke dalam tanah akibat tidak mempunyai akar tumbuhan yang menyerap air dan juga tidak mempunyai akar tumbuhan untuk mencekam tanah. Ini akan membawa kepada wujudnya hakisan galur-galir
 .

b) Perumahan, penebangan dan pembakaran hutan untuk membuka tanah baru secara tidak terkawal bagi menjadi tapak pembinaan. Tanah secara lansung mendedahkan kepada hakisan. Apabila hari hujan, tanah dan batu di tapak pembinaan akan mengalir bersama air hujan ke dalam sungai yang berhampiran. Ini menyebabkan air sungai menjadi keruh dan kotor. 


c) Pembalakan, penebangan pokok untuk memenuhi keperluan sekunder telah mendorong kepada pembukaan tanah secara meluas. Kehilangan hutan menyebabkan berlakunya kehilangan kawasan tandahan air . Apabila hujan turun dengan lebatnya, permukaan tanah yang terdedah akan tercungkil dan menyebabkan hakisan tanah berlaku.


d) Perlombongan , aktiviti perlombongan dijalankan secara besar-besaran untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang. Akibat daripada aktiviti perlombongan ini telah menyebabkan tumbuh- tumbuhan musnah dan secara tidak lansung telah membawa kepada kerosakkan ekosistem.

KESAN-KESAN HAKISAN TANAH

Gangguan ekosistem :
- Akibat daripada Tanah dan batu yang terhakis akan terjatuh terus ke dalam sungai , ini akan menyebabkan kematian hidupan laut.

Pencemaran air:
- Tanah yang terjatuh ke dalam sungai akan mengeruhkan air sungai dan ini akan menjejaskan kualiti air sungai.

Sungai semakin cetek
- Bahan-bahan yag dihakis dan diangkut oleh air hujan akan termendap di bahagian-bahagian dasar sungai, ini menyebabkan keluasan dan kedalaman sungai terjejas.
Banjir
- tanah-tanih yang termendap di dalam sungai menyebabkan sungai menjadi cetek, ini seterusnya menyebabkan air sungai tertumpah keluar dan berlakunya banjir.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HAKISAN TANAH
Kerja-kerja membangunkan tanah bercerun untuk pertanian boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah mengenai pembukaan kawasan, peringkat kedua ialah mengenai pembinaan struktur pemuliharaan tanah dan yang ketiga ialah mengenai amalan agronomi yang sesuai untuk mengawal hakisan.

(i) Pembukaan Kawasan

Kerja-kerja pembukaan tanah melibatkan kerja menebang pokok, memotong kayu, mencabut tunggul, melonggok kayu, membakar kayu dan membersihkan kawasan. Semasa menjalankan aktiviti ini beberapa peraturan di bawah hendaklah diikuti:


Bagi kawasan yang luas, kerja pembukaan tanah hendaklah dijadualkan berperingkat-peringkat bagi mengelakkan pendedahan tanah terlalu lama kepada proses hakisan.

Pembukaan tanah lebih sesuai dilakukan pada musim kering.
Penebangan bersih hanya perlu dilakukan bagi tanaman biasa seperti sayur-sayuran, buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Sekiranya tidak perlu menebang bersih, seperti untuk sistem tanaman agro-forestry, penebangan pokok secara selektif adalah digalakkan. Pokok yang ditinggalkan akan membantu melindungi tanah daripada hakisan.

Tunggul-tunggul kayu hanya perlu dicabut jika sistem penanaman memerlukan. Bagi tanaman jangka panjang seperti durian, getah dan kelapa sawit, tunggul-tunggul kayu tidak menghalang kerja operaso ladang dan ia dapat membantu menakan hakisan.
Pembakaran sisa kayu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Sisa kayu yang dilonggok atau dibaris membantu menahan hakisan. Pokok-pokok asal di tepi sungai hendaklah dibiarkan bagi menahan tebing daripada terhakis.


(ii) Membina Struktur Pemuliharaan Tanah

Struktur-struktur pemuliharaan tanah boleh mengawal hakisan dengan berkesan. Sistem perparitan dan struktur yang dibina dapat menyalirkan air dengan selamat. Kebanyakan struktur dibina dengan menggali tanah dan menggunakan bahan asli yang mudah didapati seperti tanah, batu dan kayu. Struktur-struktur yang disenaraikan di bawah adalah sesuai dibina dalam ladang-ladang pertanian.


Parit dan laluan air bagi menyalir air hujan yang berlebihan. Dinding parit hendaklah ditanam dengan rumput. Perangkap kelodak. Pentas untuk tapak pokok atau tanaman. Teres-teres bagi menyekat larian air. Empangan kecil bagi menampan had laju air parit. Pembentungan di bawah jalan.

Pencemaran
Pencemaran Bunyi


Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanymelebihi 80 desibel (dB).




Klasifikasi Pencemaran Bunyi

•Kebisingan selenjar

Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.

•Kebisingan fluktasi

Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.


Hentakan impuls

Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.


Kebisingan selang-seli

Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.


Punca Pencemaran Bunyi

•Pembangunan kawasan industri

Bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.


•Kawasan petempatan

Bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.


•Kenderaan
Kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga.


•Aktiviti masyarakat

Mendengar radio/ televisyen dengan kuat.


•Kuari
Bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu


Kesan Pencemaran

•Wujud pelbagai penyakit

•Menjejaskan produktiviti

•Gangguan psikologi

•Hilang imbangan diri

•Pekak

•Kesan kepada ibu yang mengandung






Pencemaran Air



Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

PUNCA PENCEMARAN AIR

Kumuhan kilang

Kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.

Sikap individu

Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis.


Aktiviti Pertanian

Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.


KESAN PENCEMARAN

1.Kesan kepada kesihatan

2.Kesan kepada hidupan akuatik

3.Kesan kepada tumbuhan biomass

4.Kesan kepada tanah basah


LANGKAH MENGATASI

a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.

c) Pemasangan perangkap sampah.

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.

e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.

f) Rawat air kumbahan industri


Sejumlah 796 permohonan kebenaran bertulis bagi pemasangan alat kawalan pencemaran air diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri, iaitu pertambahan sebanyak 27% daripada tahun sebelumnya. Rajah menunjukkan Negeri Johor menerima paling banyak permohonan (42%), dan ini diikuti oleh Negeri Selangor (15 %). Jumlah kelulusan yang dikeluarkan dalam tahun 1995 ini menghasilkan penambahan sebanyak 4,468,473 meter padu/hari effluen yang diolah.

 



                                 Pencemaran Tanah                             




Perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.  Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.





PUNCA PENCEMARAN TANAH

a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.

c.Penggunaan racun serangga seperti pestisid secara berlebihan

d. Aktiviti manusia
:
1. penebusan tanah secara besar-besaran

2. Perlombongan

3. pembuangan sampah sarap dan kumpahan

4.Penebangan hutan yang tidak terkawal


 KESAN PENCEMARAN

◦Tanah beracun

◦Penyebaran kuman-kuman penyakit

◦Kualiti tanah terjejas

◦Tanah gersang

◦Membunuh haiwan bawah tanah

◦Hakisan tanah


LANGKAH MENGATASI

◦Tidak membuang sisa-sisa industri

◦Kurangkan aktiviti menebus tanah

◦Membuat R&D untuk mencari penyelesaian yang lebih mesra alam

◦Memisahkan sampah ke dalam sampah organik yang dapat diuraikan oleh mikroorganisme (biodegradable).

◦Mengurangkan penggunaan baja kimia yang boleh mencemari tanah.




                                Pencemaran Udara                                

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.




PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara antaranya berpunca dari pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.


JENIS-JENIS PENCEMARAN

Pencemaran Primer

Pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara.


Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal


Pencemaran Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.


Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

BAHAN PENCEMARAN UDARA

•Karbon monoksida

•Oksida nitrogen

•Oksida sulfur

•CFC

•Hidrokarbon

•Ozon

•Volatile Organic Compounds

•Partikulat


KESAN GAS PENCEMARAN UDARA

Gas CO / Karbon Monoksida / Karbon Mono Oksida Karbon monoksida adalah gas yang bersifat membunuh makhluk hidup termasuk manusia. Zat gas CO ini akan mengganggu pengikatan oksigen pada darah karena CO lebih mudah terikat oleh darah dibandingkan dengan oksigen dan gas-gas lainnya. Pada kasus darah yang tercemar karbon monoksida dalam kadar 70% hingga 80% dapat menyebabkan kematian pada orang.


Gas CO2 / Karbon Dioksida / Karbon Di Oksida Karbon dioksida adalah zat gas yang mampu meningkatkan suhu pada suatu lingkungan sekitar kita yang disebut juga sebagai efek rumah kaca. Dengan begitu maka temperatur udara di daerah yang tercemar CO2 itu akan naik dan otomatis suhunya menjadi semakin panas dari waktu ke waktu seperti di wilayah DKI Jakarta. Hal ini disebabkan karena CO2 akan berkonsentrasi dengan jasad renik, debu dan titik-titik air yang membentuk awan yang dapat ditembus cahaya matahari namun tidak dapat melepaskan panas ke luar awan tersebut. Keadaan seperti itu mirip dengan kondisi rumah kaca tanpa AC dan fentilasi udara yang cukup.


Gas NO, NO2, SO dan SO2 Gas-gas di atas akan dapat menimbulkan gangguan pada saluran pernapasan dari mulai yang ringan hingga yang berat.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Penggunaan CFC

Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.  Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

Perundangan
Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya,
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)

Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.

Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)

Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.

Pengasing Elektrostatik

Alat ini menggunakan daya elektrostatik untuk mengasingkan partikel udara. Misalnya,
apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai daya elektrostatik dan mampu menarik bendasing. Pengasing elektrostatik menggunakan prinsip ini untuk menarik partikel-partikel kecil dari udara. Contohnya, apabila cerobong kilang dicas, asap yang mengandungi partikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi cerobong.


'Wet Scrubber'

Alat ini paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil. Alat ini digunakan berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan pencemar dapat larut dalam cacair.


Penampalan Ozon

Bahagian ozon yang berlubag boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.


Lain-lain:
•Pengolahan atau daur ulang limbah asap industri

•Penghijauan dan reboisasi atau penanaman kembali pohon-pohon pengganti

•Menghentikan pembakaran hutan.

Sepanjang tahun 1995, sebanyak 1,189 permohonan kelulusan bertulis bagi pemasangan ala pembakaran bahanapi telah diterima dan jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 17% dari tahun 1994. Permohonan yang paling banyak telah diterima daripada Negeri Sabah (20%), diikuti oleh Negeri Selangor (19%) dan Johor (17%) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.11. Jumlah penggunaan bahanapi cecair dan gas adalah sebanyak 268,562 tan/hari manakala jumlah penggunaan bahanapi pepejal pula ialah sebanyak 12,516 tan/hari.






                          Penipisan Lapisan Ozon                                    


Ozon(O3) merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul. Pada suhu dan tekanan biasa ia berbentuk gas biru. Ozon membentuk cecair biru tua pada suhu bawah -112 C, dan cecair biru tua gelap pada suhu di bawah -193 C. Ozon dijumpai oleh Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1840. Ozon diketahui berupaya menyerap radiasi UV-B. Ozon terbentuk secara semulajadi di lapisan ozon. Lapisan ozon terhakis oleh klorofluorokarbon (CFC). Secara semulajadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmosfera bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.


Penipisan lapisan ozon

Berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon leh Kloroflorokarbon (CFC) dab Halon yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(GLO). ikatan kovalen GLO akan putus apabila menerima sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.

Perubahan-perubahan yang diperhatikan selama ini:

- Lapisan Ozon semakin menipis.

- Penggunaan bahan yang mengandungi Kloroflorokarbon(CFC) semakin bertambah.

- Semakin banyak industri berkembang di merata dunia.

- Kerajaan mengalakan berkereta kongsi.

- Isu ujian nuklear sering diperbincangan.

- Penyakit kulit semakin berleluasa.

- Paras air semakin menigkat.

- Suhu dunia semakin meningkat.


Punca-punca
                                                                                    
1) Penggunaan bahan kloroflorokarbon
CFC boleh bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon dengan kehadiran cahaya ultraungu yang tinggi contohnya dalam industry peti sejuk, pendingin hawa.

2) Peningkatan kegiatan perindustrian
Melalui kegiatan perindustrian, asap mengandungi gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan sulfur doksida dibebaskan ke ruang udara menyebabkan haba terperangkap di lapisan troposfera dan mengalami kekurangan bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk.


3) Pelepasan nitrogen dioksida

Terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom, buklear, pelancaran roket. Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan lapisan ozon musnah. Contohnya, negara Amerika, India dan Pakistan.


4) Penyahhutanan secara meluas

Tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksien dan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan pembentukan ozon terjejas.


5) Bilangan kenderaan bermotor

Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di straosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.

Kesan-kesan
1. Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit mudah demam, ketarak mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuaca panas.


2.Menjejaskan bekalan air kepada penduduk – cuaca panas melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan akan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas.


3. Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut.


4. Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah keranan cuaca terlalu panas.

5. Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang mungkin menjadi penempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.


6. Penipisan lapisan ozon meyebabkan sinaran ultraungu berlebihan lalu memyebabkan perubahan iklim dunia dalam jangka pendek berlakunya pemanasan global manakala dalam jangka masa panjang kekurangan ozon menyebabkan haba bumi terbebas ke angkasa dan tidak terperangkap oleh atmosfera menyebabkan suhu bumi menjadi sejuk.


7. Peningkatan suhu global menyebabkan aras lautan meningkat dan menengelamkan kawasan rendah, peningkatan aras lautan berlaku sebanyak 2mm setahun.


8. Ekosostem akuati terjejas dengan penigkatan sinaran ultraungu menganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan.


9. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu meningkat dan memusnahkan se dan mikro organism yang terdapat di dalm badan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.


10. Pertambahan sinar ultraungu menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia disebabkan kerana menyebabkan kulit semakin tebal dan pembentukan kedut serta keanjalan kulit dikurangkan.

11. Memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota daya ketahanan serta mengurangkan pengeluaran antibody badan dan melemahkan sistem uminiti badan dan gangguan pernafasan.


12. Pemanasan global dan penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu menjejaskan pertumbuhan tanaman seperti proses berbunga antara tananman yang terjejas ialah gandum, kacang soya.


13. Menyebabkan kemusnahan fitoplankton yang menjadi makanan ikandan pemusnahan terumbu karang dan tempat pembiakan ikan.


Langkah-langkah mengatasi:

1. Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

- Denda, kompaun, menarik lesen ke atas penyumbang masalah/punca penipisan ozon.

- Laporan EIA bagi projek pembangunan kepada Pengarah JAS


2. Pengurusan strategik

- Guna Tenaga alternatif

- Mengurangkan ujian tenaga nuklear

- Mengurangkan pembakaran terbuka

- Sektor pertanian menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik kawalan
biologi

- Melakukan penghutanan semula/perladangan hutan


3. Pendidikan

-kempen, forum, seminar kepentingan menjaga alam sekitar.

-pendidikan melalui subjek di sekolah.


4. Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri.

- Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan pembebasan CFC yang banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan lapisan ozon.

- Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya dan seterusnya kurangkan pembebasan CFC ke atmosfera.

- Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia.

- Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan tidak berapa lama yang lalu adalah satu contoh yang baik ke arah ini.


5. Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kloroflokarbon (CFC).

- Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC dalam pelbagai industri tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu jalan yang terbaik.

- Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen pembersih, dalam industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen pengembang dalam keluaran foam, konsep beberapa bahan kimia untuk menggantikan CFC ini boleh diamalkan.

- Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen klorida asid formik atau teknik `vacuum expansion', gas helium mungkin menggantikan fungsi CFC dalam alat pendingin udara sebagai agen pendingin.


6. Kerjasama dan komitmen antarabangsa.

- Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara semua negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu.

- Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini.

- Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan di USM pada 20-23 Februari 1990.


7. Komitmen dan usaha peringkat nasional.

- Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti.

- Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.

- Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam negara.


8. Tindakan atau peranan sebagai pengguna dalam mengawal masalah penipisan ozon.

- Galakan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon.

- Tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang rosak merata tempat.

- Memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan pemulihan.











                                  Pemanasan Global                                 


 Pengenalan
Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.


Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratus tahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21. Fenomena ini kita panggil pemanasan global.


                         


Kesan Rumah Hijau

Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti perubahan aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar sains percaya bahawa pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita.

Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek bergantung kepada suhunya. Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya didalam gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa lepas. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosfera bawahan,seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.


Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu. Kita jangka bahawa gas karbon-dioksida telah dinaikkan sebanyak 30 peratus sejak bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan besar yang memburukkan kesan rumah hijau.


Kesan Pemanasan Global

Seperti yang telah ditunjukkan, pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat.

Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan ais di Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.

Langkah Mengatasi

 Dihadapkan dengan ancaman tersebut dan keperluan usaha untuk menangani masalah ini, komuniti antarabangsa didapati agak segan. Protokol Kyoto telah dirundingkan dalam tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan rumah hijau. Hasil dari keputusan Russia untuk menyertai protokol ini, usaha ini ada peluang untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa penyertaan Amerika Syarikat, yang buat masa ini merupakan pencemar udara terbesar di dunia, hasil usahan dari protokol ini agak terhad. Disebabkan perjanjian ini tidak begitu ambitious, kami percaya ia tidak begitu mampu untuk melambatkan pemanasan global dengan berkesan. Oleh yang demikian, bencana yang amat dahsyat masih mengancam.

1.Menggunakan Pengangkutan Awam

2.Mengenakan Kelengkapan Bekerja




                                      Kekurangan Sunber                             

Kekurangan Sumber Galian


Semakin kurang dan akan habis jika digunakan secara berterusan, contoh bijih timah.

FAKTOR MENYEBABKAN BERLAKU
KEKURANGAN BEKALAN SUMBER GALIAN

• Harga pasaran meningkat

• Meningkatkan hasil penerokaan

• Permintaan tinggi

• Perkembangan teknologi

• Penerokaan yang tidak terkawal


FAEDAH
• Teknologi meningkat

• Pendapatan negara bertambah

• Taraf hidup rakyat ditingkatankan

• Penambahan peluang pekerjaan


KEBURUKAN
• Semakin kekurangan

• Generasi akan datang tidak dapat menimati faedah

• Pencemaran tanah, air dan udara

• Menjejaskan ekosistem


TINDAKAN
Individu
- kesedaran atas sikap jimat-cermat


Masyarakat
- kajian geoteknik


Kerajaan
- Malaysia bekerjasama dengan ITRI (Penyelidikan Bijih Timah Antarabangsa) dan SEATRAD (Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Asia Tenggara) untuk memperbaiki dan memperluas kegunaan bijih timah 


FAKTOR KEKURANGAN BEKALAN SUMBER BAHAN API




Penambahan penggunaan kenderaan secara tidak lansungnya telah menambahgunakan sumber bahan api kerana kenderaan memerlukan bahan api fosil ( petrol dan diesel) untuk berfungsi. Bahan api fosil ini dihasilkan daripada sumber bahan


Sumber bahan api juga digunakan untuk menjana elektrik di Malaysia. penjanaan elektrik di Malaysia masih bergantung kepada bahan api fosil di mana ia merangkumi 85 peratus daripada jumlah elektrik yang dijana dalam negara. Hanya 1 peratus sahaja menggunakan sumber yang boleh diperbaharui.


Kesesakan lalu lintas juga menyebabkan penggunaan petrol yang banyak dan secara tidak langsungnya telah menambahgunanya bahan api fosil.


FAEDAH
Mengambarkan pembangunan negara dan masyarakat.


KEBURUKAN
Memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkan alternatif sumber bahan api yang berkesan dan berguna.

Generasi yang akan datang mungkin tidak dapat menikmati sumber bahan api semula jadi.

TINDAKAN
Indivdu
- berjimat cermat dalam penggunaan sumber.


Masyarakat-
mengamalkan amalan berongsi kereta dan menggunakan pengangkutan awam sperti ystem transit ringan(LRT), bas dan keretapi.  Mengubah tabiat dan cara hidup seiring dangan usaha kerajaan untuk menggurangkan masalah ini.


Kerajaan
- member intensif cukai kepada mereka yang membeli peralatan yang jimat tenaga seperti panel solar .  Berusaha untuk menghasilan sumber-sumber yang boleh diperbaharui untuk menggantikan sumber yang tidak dapat diperbaharui seperti hidro,ombak, angina dan bahan api bio.




Kekurangan Sumber Air



FAKTOR KEKURANGAN BEKALAN SUMBER AIR

• Pencemaran sumber air.

• Tindakan manusia yang membazir.

• Perkembangan aktiviti pembangunan dan perindustrian.

• Populasi semakin meningkat



FAEDAH
• Teknologi meningkat

• Pendapatan negara bertambah

• Taraf hidup rakyat ditingkatankan

• Penambahan peluang pekerjaan



KEBURUKAN
• Semakin kekurangan

• Generasi akan datang tidak dapat menikmati faedah

• Kekurangan sumber minuman

• Menjejaskan ekosistem



TINDAKAN
Individu
- kesedaran atas sikap jimat-cermat



Masyarakat
 - lawatan dan tinjauan ke kilang-kilang untuk mengawal pembuangan sisa buangan ke dalam sungai


kerajaan
- membina empangan

- saluran paip dibina supaya tidak bocor

- pengawalan bekalan air bersih oleh Jabatan Bekalan Air

- mengkaji kualiti 86 batang sungai

- pengurusan sumber air di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974



                                        Pemendapan Asid                                 


PUNCA-PUNCA PEMENDAPAN ASID

1. Kegiatan Membakar:Minyak + Arang

2. Pelepasan Gas dari:Loji Tenaga, Kilang, Ekzos Kenderaan, Gunung Berapi, Kilat dan Proses Mikrobiologi.


Sejarah pengasidan bermula sejak beberapa ratus juta tahun dahulu. Ketika itu, kehidupan zaman batu dan raksasa yang mati telah bertukar menjadi bahan api seperti arang batu, minyak dan gas asli. Sejak beberapa ratus tahun yang lalu, kita telah membakar khazanah bahan organik.

Apabila kita membakar minyak dan arang contohnya loji tenaga serta pelepasan dari ekzos kenderaan, kita membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin disamping mengalami perubahan kimia untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik yang mana akan dikembalikan ke bumi sebagai pemendapan berasid.


JENIS-JENIS PEMENDAPAN ASID

1. Mendapan Basah

• Hujan Asid

• Salji Asid

• Asid(Sulfurik/Nitrit) + Wap Air = Awan


2. Mendapan Kering

• Berlaku semasa Cuaca Baik

• Gas: Sulfur Dioksida, Nitrogen Oksida,Asid Nitrik & Aerosol Asid + Zarah-zarah terampai
di udara

• Tersentuh & terlekat pada permukaan: Tumbuhan, tanah, bangunan dll


Pemendapan berasid boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu mendapan basah dan mendapan kering. Pemendapan basah berasid lebih dikenali dan disebut sebagai hujan asid. Walaubagaimanapun, hujan asid adalah salah satu komponen pemendapan berasid. Di negara-negara tropika, kira-kira separuh daripada jumlah asid yang termendap adalah dalam bentuk jatuhan kering.



Dalam proses pemendapan basah, asid sulfurik dan asid nitrik akan bergabung dengan wap air semasa pembentukan awan. Titisan-titisan ini akan terjatuh ke bumi dalam bentuk hujan dan salji. Hujan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asid tinggi.
Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga termendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain semasa cuaca baik. Proses ini dikenali sebagai pemendapan kering. Disamping itu juga, asid-asid tersebut melekat pada zarah-zarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaan tanah, bangunan, tumbuhan dan sebagainya lalu berlakunya pemendapan kering berasid.


KESAN-KESAN PEMENDAPAN ASID

1. Terhadap Manusia

• Menjejaskan Kesihatan:

a. Iritasi Mata / Kulit

b. Kepekatan asid yang keterlaluan di udara merosakkan sistem respiratori

c. Sebatian(alkali+asid), Ammonium Sulfat(kebakaran) di udara - Keracunan


Dalam kes ekstrem, paras asid yang tinggi dalam udara boleh menyebabkan iritasi terhadap kulit dan mata. Tindakbalas kimia berlaku di antara asid dan alkali dalam proses pembentukan sebatian, apabila terhidu, boleh menjejaskan kesihatan. Salah satu daripada sebatian ini ialah ammonium sulfat yang banyak dihasilkan semasa aktiviti pembakaran. Apabila dihidu pada kepekatan yang tinggi, sebatian ini didapati merosakkan sistem respiratori pada mereka yang sensitif. Sifat higroskopik ammonium sulfat yang menyerap air dalam keadaan lembap mengakibatkan ketampakan rendah dan keadaan berjerebu.


Masalah utama air berasid ialah ketelarutan logam, samada dari tanah atau paip air. Di Sweden, perigi yang tercemar oleh air bawah tanah berasid didapati airnya menjadi lebih korosit dan mengandungi tahap logam berbahaya yang tinggi terutamanya kuprum dan aluminium. Kesan terhadap kesihatan akibat meminum air berasid masih menjadi topik pendebatan oleh pakar-pakar. Bagaimanapun meminum air yang mengandungi kuprum, besi, zink dan kadmium terkakis pada kadar yang tinggi dari paip terbukti membahayakan kesihatan.

2. Akuatik

• Sumber air dicemari oleh bahan-bahan terhakis

• Menjejaskan keseimbangan ekosistem: Laut, Sungai, Tasik

Populasi spesis yang sensitif menurun -> pupus

kerana Ketidaktahanan terhadap kepekatan asid

• Gangguan Pembiakan


Pengasidan menjejaskan keseimbangan ekosistem dalam tasik dan sungai. Spesies akuatik, serangga, tumbuhan dan mikro-organisma yang sensitive terhadap perubahan besar tahap keasidan didapati populasinya berkurangan apabila nilai pH menurun. Akhirnya, spesies tersebut akan pupus dalam air berasid. Antara hidupan yang sensitif dan merosot dalam air berasid adalah serangga, haiwan akuatik serta plankton, manakala katak dan kodok mengalami gangguan pembiakan. Sebaliknya, lumut dan alga berkembang maju dalam air berasid.
Beberapa jenis spesies ikan yang tidak tahan kepada perubahan mendadak keasidan manakala yang lain mati disebabkan keracunan aluminium. Selepas sungai dan tasik menjadi berasid di negara-negara Scandinavia, pelbagai spesies ikan termasuk salmon Atlantic dan trout telah pupus. Kejadian yang sama juga berlaku di Amerika Utara dimana salji yang mengandungi bahan-bahan berasid mencair pada musim bunga menyebabkan peningkatan keasidan air tasik dan sungai. Pada musim luruh, ikan salmon bertelur dan meninggalkan anak-anaknya untuk membesar sehingga musim berbunga. Kebanyakan anak ikan salmon mati akibat lebihan asid daripada saiji yang mencair.


3. Tanah & Hutan

• Memusnahkan khazanah zat semulajadi tanah

• Membebaskan alumunium + logam berat ke dalam air bawah tanah mengakibatkan Kerosakan Tumbuhan.

• Kerosakkan Hutan berlaku:

Loji janakuasa -> Penggunaan arang batu -> Sulfur

Penapisan Logam -> Kuprum & Nikel -> Sulfur

Udara yang tercemar memudaratkan ketahanan tumbuh-tumbuhan terhadap iklim ketara

Peningkatan pengasidan memusnahkan khazanah zat semulajadi dalam tanah dan membebaskan aluminium serta logam berat tertentu ke dalam air bawah tanah yang mana apabila diserap oleh tumbuhan akan menyebabkan kerosakan. Di kawasan tropika, pembakaran dan aktiviti pembersihan hutan sepanjang tahun membebaskan oksida sulfur dan oksida nitrogen ke dalam atmosfera. Walaupun kesan terhadap hutan tidak begitu ketara, namun pelepasan asid didapati meningkatkan tekstur tanah.
Kajian saintifik menunjukkan bahan pencemar udara, secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kerosakan hutan serantau. Tempoh kering dan dingin memberi kesan yang lebih buruk dan impak berkekalan ke atas pokok-pokok yang telah terdedah kepada pencemaran. Tahap kerosakan hutan di Eropah sangat membimbangkan. Contohnya, penggunaan arang batu yang mengandungi sulfur yang tinggi oleh loji janakuasa dan industri Black Triangle berdekatan sempadan Jerman, Czech dan Poland telah menyebabkan kerosakan yang ketara kepada hutan mereka. Fenomena yang sama juga diperhatikan di Chonging, China.

Sulfur dioksida dilepaskan semasa proses penapisan logam seperti kuprum dan nikel, yang mana mengandungi paras sulfur yang tinggi. Pada masa dahulu, kepupusan hutan berlaku di Ashio, Jepun disebabkan oleh kepekatan sulfur dioksida yang tinggi hasil daripada penapisan kuprum. Kini boleh kita lihat kerosakan yang sama di beberapa tempat di dunia seperti kemusnahan hutan sekitar sepuluh kilometer berdekatan kilang penapisan logam Kora Peninsula, Rusia barat.


4. Bangunan & Harta Benda

Keasidan udara + hujan menghakis:

• Bangunan-bangunan moden/bersejarah

• Arca (statue)

• Tugu Peringatan (monument)

• Artifak Purba/ Peninggalan zaman tertentu

• Menjejaskan kualiti harta benda awam + peribadi:

• Komposisi kulit, fabrik, kertas = Kemerosotan Mutu Struktur Besi + Keluli di tapak industri Kenderaan

Udara kotor boleh menyebabkan kerosakan yang tidak terhingga kepada bangunan-bangunan bersejarah kita. Sekiranya tahap pencemaran ini berterusan dan tidak di bendung segera, kerosakan bangunan-bangunan bersejarah, arca, tugu peringatan dan artifak yang diperbuat daripada batu atau mamar akan berlaku dengan pantas. Sanggupkah kita melihat pertalian sejarah kita dimakan hari di depan mata kita ?

Sulfur dioksida menjejaskan komposisi kulit, fabrik dan kertas menyebabkan kemerosotan mutu. Kadar tertinggi penghakisan struktur besi dan keluli berlaku di tapak-tapak industri tercemar. Ini menyebabkan kebanyakan industri memastikan bahawa setiap kenderaan baru yang dikeluarkan akan dicat lebih daripada dua lapis bagi mengelakkan kakisan pada dinding kereta.

Pernahkah anda melihat apa yang merupai isikel pada dinding dan cucur atap dari bangunan lama ? Titisan hujan yang kotor menyusup masuk melalui pecahan dinding dan melarut kalsium di dalam konkrit sebelum meresap keluar melalui dindingnya. Ia bergabung dengan karbon dioksida dalam udara dan menghasilkan kalsium karbonat lalu membesar seperti isikel. Apabila kita memerhatikan isikel , kita boleh lihat titisan kekotoran di atas permukaannya.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI
PEMENDAPAN ASID

1. Secara Keseluruhan adalah melalui Pencegahan dan Kawalan:

• Peraturan (akta-akta) Undang-undang

• Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996)

• Kaedah + Teknologi Kawalan Pencemar

• Guna Petrolem (rendah Sulfur) dalam kegiatan Industri

• Guna sistem denitrifikasi dan nyahsulfur boleh kurangkan pelepasan Oksida (Sulfur +
Nitrogen)

• Pasang pengubah bermangkin (ubah sifat pencemar) pada enjin kenderaan

• Perancangan Alam Sekitar


Pengawalan pelepasan yang berpunca daripada kegiatan industri biasanya dikawal dengan dua kaedah iaitu bagi aktiviti yang menggunakan petroleum, maka mereka akan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Manakala satu lagi kaedah ialah dengan menggunakan peralatan yang dapat mengurangkan kandungan pencemar udara di dalam gas yang akan dilepaskan. Penggunaan sistem denitrifikasi dan nyahsulfur ini dapat mengurangkan pelepasan oksida nitrogen dan oksida sulfur.
Kawalan dari kenderaan juga dilakukan dengan cara mengawal pelepasan dari ekzos kenderaan. Kebanyakan kenderaan di seluruh dunia mula memasang pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin kenderaan. Pemasangan pengubah beermangkin ini akan membolehkan sifat pencemar yang terhasil dari pembakaran bahanapi diubah sebelum ianya dilepaskan ke atmosfera.

Di samping penggunaan teknologi dan peralatan dalam pengawalan pencemaran udara, pihak kerajaan juga telah mengubal pelbagai undang-undang bagi mengawal pelepasan pencemaran udara. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996), terdapat pelbagai peraturan bagi mengawal pelepasan pencemar udara seperti :

i) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978

ii) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996

iii) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996

Penentuan tahap pelepasan yang dibenarkan di dalam sesuatu peraturan biasanya mengambilkira dua prinsip utama iaitu :

• Standard yang dihad bagi mencapai tahap pengurangan yang dikehendaki dengan andaian teknologi bagi kawalan pelepasan ini akan wujud di masa akan datang, dan

• Mengambilkira teknologi sedia ada yang bersesuaian serta menentukan standard yang mana teknologi tersebut mampu lakukan.


2. Secara Individu

• Jimat Tenaga

Kurang Tenaga maka Kurang sumber (minyak, gas & arang batu) yang digunakan untuk menghasilkan tenaga.

• Menyelenggara Kenderaan (service/maintenance)

Kenderaan Baik -> Meminimakan pelepasan gas pencemar

• Guna Pengangkutan Awam

Kurang Kenderaan -> Kurang Pelepasan Gas Pencemar

• Amalkan Sikap Cinta Alam Sekitar

Tak melakukan pembakaran terbuka sesuka hati

Banyak menanam tumbuh-tumbuhan -> meneutralkan pencemaran
 


-          Impak Isu Alam Sekitar
·         Kualiti hidup menurun
·         Degradasi alam dan sumber
·         Pengaruh negative politik dan hubungan antarabangsa



Degradasi alam dan sumber

Sumber asli dan alam sekitar adalah aset terpenting negara kerana ia sumber menjana kekayaan negara, bahan asas membangun ketamadunan bangsa, sumber warisan budaya, dan memberi khidmat untuk kesejahteraan masyarakat. Peningkatan degradasi tanah, pengurangan sumber asli yang tidak boleh diperbaharui dan kemerosotan kualiti alam sekitar semakin kritikal.

Impak kepada alam sekitar adalah:
  • degradasi sumber asli dan pengurangan sumber asli yang tidak boleh diperbaharui masih kurang kelas. Akibatnya keadaan kesihatan alam sekitar semakin merosot dan sumber asli penting sedang mengalami kepupusan;
  • pencemaran alam sekitar dan degradasi tanah masih tidak mencapai kemajuan yang memuaskan. Usaha gigih Jabatan Alam Sekitar dan agensi kerajaan yang lain masih belum menunjukkan kemajuan memberangsangkan;
  • Aktiviti pengnyah-hutan untuk aktiviti guna tanah lain, umpamanya, pertanian dan penempatan, berlaku pada kadar membimbangkan sehingga menjejas fungsi hutan sebagai ‘perkhidmatan alam sekitar’ untuk kesejahteraan manusia. Walaupun guna tanah lain masih diperlukan, mengorbankan hutan primer yang menjadi nadi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat bukan satu langkah bijak;
  • Pemuliharaan sumber asli di Malaysia tertumpu kepada pemuliharaan hutan dan hidupan liar melalui mekanisme perundangan sedia ada. Usaha memulihara sumber asli secara terintegrasi belum mencapai tahap memuaskan, khususnya negara belum mengenali sepenuhnya ‘warisan asli kebangsaan’ yang perlu dijaga dan diwarisi untuk generasi akan datang;
  • Pengurusan sumber asli (khususnya sumber tidak boleh diperbaharui), seperti bahan binaan, bahan industri dan mineral ekonomi masih boleh dilaksanakan dengan memuaskan, terutama dalam konteks untuk meminimumkan impaknya terhadap degradasi tanah dan kepupusan sumber penting;
  • Konfliks guna tanah, khususnya pilihan untuk pembangunan dan pemuliharaan di kawasan sensitif alam sekitar masih menjadi isu kritikal yang menarik perhatian masyarakat umum. Pertembungan nilai dan kepentingan pertumbuhan ekonomi sering mengorbankan kawasan sensitif alam sekitar yang kritikal untuk kelestarian pembangunan;
  • Pembangunan di kawasan berisiko bencana masih memerlukan perhatian dasar, perancangan dan pelaksanaan untuk mengurangkan impak kepada masyarakat dan harta bendanya. Dalam kebanyakan kes, bencana dapat dihindarkan apabila pemaju peka dan masyarakat menyedari risiko bencana yang mereka sedang hadapi dan melaksanakan keputusan bijak;
  • Pembangunan tenaga alternatif, mesra alam dan isu pemuliharaan sumber tenaga masih perlu diberi perhatian dalam strategi pembangunan tenaga alternatif negara. Dalam masa terdekat ini, negara akan berdepan krisis tenaga dan ketika itu, urusan penyelesaian menjadi lebih sukar dan dengan kos sangat tinggi;
  • Pembangunan dan pemuliharaan sumber air bersih belum mampu ditangani dengan baik. Krisis air akan menjadi semakin meruncing dan mengundang situasi darurat. Negara belum mampu memperkenalkan strategi pembangunan dan kawalan bekalan air bersih yang berpandangan ke hadapan;
  • Aspek governans dan pengurusan sumber asli, khususnya memberi nilai ‘ekonomi dan perkhidmatan sumber alam sekitar’ belum berjaya diterapkan dalam amalan pentadbiran dan perniagaan. Masyarakat masih melihat sumber ini disediakan oleh Ilahi untuk kita menggunakannya tanpa batasan. Masyarakat masih belum cukup keinsafan untuk menghormati sumber alam sekitar;
  • Hubungan masyarakat tempatan dan sumber asli di sekitarnya masih terbatas. Memperkasa komuniti tempatan untuk memulihara sumber asli dan menggunakan secara bijaksana adalah pendekatan terbaik untuk menjamin kelestarian alam sekitar; dan
  • Beberapa aspek hubungan manusia dan alam sekitar dalam konteks kepenggunaan, etika alam sekitar, aspek kitar semula atau guna semula sumber asli masih memerlukan kesedaran dan iltizam tinggi.


Walaupun banyak usaha dilakukan oleh pihak berkepentingan yang prihatin terhadap kesihatan alam sekitar, keberkesanan dalam minda, hati dan perbuatan ‘kebanyakan masyarakat’, khususnya golongan peniaga masih terbatas. Urusan harian masyarakat Malaysia masih memberikan tumpuan kepada prioriti tersendiri: mengumpul harta kekayaan, membina kesejahteraan keluarga, dan hanya jika diperlukan membantu memulihara alam sekitar.

Satu masa nanti, apakah ertinya harta yang banyak jika keluarga kita tidak lagi mempunyai air dan udara bersih, makanan berkhasiat dan sentiasa dilanda pelbagai penyakit akibat kesihatan alam sekitar yang buruk.

Apabila kami memerhatikan model ekonomi baru, masih terserlah keghairahan untuk meningkatkan kekayaan negara. Kami mencadangkan ‘model kelestarian untuk pembangunan negara’ dan ditekankan keseimbangan antara meningkatkan kekayaan negara dengan pengukuhan kesejahteraan masyarakat serta kesihatan alam sekitar.

Dengan cara ini, negara membangun seiring dan sejalan bersama warganya dan alam sekitarnya. Apalah ertinya kekayaan negara saja, apabila kekayaan itu tidak dapat dinikmati masyarakat dan bangsanya, dan apabila kekayaan berkenaan terhasil dengan mengorbankan kesihatan alam sekitar – asas ketamadunan bangsa.



                                                   Punca isu alam sekitar                                                                         

1.0  Penggunaan Teknologi

Pada masyarakat kini, kehidupan harian manusia amat bergantung kepada teknologi, teknologi amat membantu manusia dan memberi banyak kemudahan dalam kehidupan seharian. Contohnya, teknologi dalam bidang pengangkutan. Manusia sekarang tidak perlu lagi mengambil masa yang  panjang untuk berjalan kaki untuk sampai ke satu-satu tempat. Tetapi, dalam kealpaan manusia memperkenalkan pelbagai teknologi baru, kita lupa bahawa kita telah mengabaikan satu faktor yang amat penting dalam hidup kita, iaitu alam sekitar. Kemusnahan alam sekitar semakin meningkat, seiring dengan kemajuan teknologi di muka bumi ini berkembang.

Perkembangan dalam bidang pengangkutan telah memberi banyak kemudahan kepada kita, tetapi ia juga talah menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Hal ini demikian kerana kenderaan akan mengeluarkan asap yang mengandungi gas-gas merbahaya seperti karbon monoksida, karbon dioksida, ozon, serta nitrogendioksida, yang mana kesemua gas-gas ini dipanggil gas rumah hijau, merupakan faktor utama yang menyumbang ke arah peningkatan pemanasan global. Pemanasan global berlaku kerana gas-gas ini menyerap radiasi inframerah iaitu haba diatmosfera. Pemanasan global mempunyai kesan yang sangat besar. Antaranya peningkatan suhu muka bumi dan meningkatkan purata global aras laut.  Keadaan ini terjadi adalah disebabkan suhu muka bumi yang tinggi menyebabkan ketulan-ketulan ais serta glasier diseluruh bumi mencair. Di samping itu, peningkatan suhu muka bumi dan juga laut juga akan menjejaskan keseluruhan rantai makanan ekosistem, dan akhirnya akan menyebabkan populasi burung laut sertaikan yang memakan plankton turut berkurang.

Selain daripada itu, penggunaan racun dan baja dalam bidang pertanian juga membawa kesan kepada alam sekitar. Salah satu contohnya ialah penggunaan pestisid dalam bidang pertanian. Para petani menggunakan pestisid bagi mengelakkan hasil tani mereka musnah dimakan oleh serangga. Namun, penggunaan pestisid secara berlebihan boleh menyebabkan pencemaran, disamping mengganggu kitaran makanan dalam sesuatu populasi itu, serta mengakibatkan kepupusan atau kecacatan sesuatu organisma. Manakala ada juga petani yang menggunakan baja nitrogen tanpa kawalan. Penemuaan baja nitrogen telah membantu peningkatan hasil tani disebabkan kadar imunisasi tumbuhan kepada jangkitan disamping membekalkan nutrien tambahan kepada tumbuhan tersebut. Namun begitu, penggunaan baja nitrogen yang berlebihan ke atas tanah boleh menyebabkan masalah kualiti air yang mana dalam masa jangka panjang akan mempengaruhi haiwan akuatik. Amaun nitrat di dalam sistem akuatik adalah terhad, jadi ia mengehadkan pertumbuhan alga. Apabila hujan turun, ia menghanyutkan sekali baja tersebut ke dalam sungai serta tasik yang mana merangsang pertumbuhan alga, yang ada antaranya mengandungi toksik. Apabila algaini mati, ia terurai dan membebaskan toksik tersebut ke seluruh kawasan tersebut, yang boleh menyebabkan hidupan akuatik lain, termasuk ikan akan mati.

Sebagai kesimpulannya, kehadiran teknologi baru dalam kehidupan harian manusia telah membawa manfaat, tetapi penggunaan teknologi yang berleluasa turut memberikan banyak kesan buruk kepada manusia. Teknologi boleh diguna pakai dalam kehidupan kita, namun ia patut dihadkan supaya tidak menjejaskan alam sekitar dengan teruk dan membawa kesan buruk yang  dan kesan tersebut akan ditanggung oleh generasi masa hadapan.


2.0 Bencana Alam

            Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Bencana alam yang sering dilanda adalah seperti banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan. Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan pembangunan yang pesat dan kemusnahan alam sekitar terutamanya kemusnahan hutan di negara kita. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap sebagai pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau, hal ini demikian kerana hutan mempunyai keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini.


Sebagai contoh ialah tanah runtuh, tanah runtuh berlaku biasanya dikaitkan dengan pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan serta aktiviti perlombangan yang tidak dikawal. Hal ini demikian disebabkan aktiviti perlombongan melibatkan penerbangan pokok dan mengorek permukaan atau mengserudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral. Kejadian ini akan menyebabkan tanah hilang perlindungan dan seterusnya menyebabkan kejadian hakisan tanah dan merosakan stuktur tanah.      

Selain daripada itu, banjir atau banjir musim juga merupakan bencana alam yang diakibatkan oleh pembangunan dan perlombangan yang tidak terancang. Proses pembandaran merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejadian banjir. Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan dipermodenkan, kawasan-kawasan tanah rendah akan ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Manakala anak-anak sungai juga akan ditimbus untuk dijadiakn tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti sebegini menyebakan anak-anak sungai tidak dapat berfungsi sebagai kawasan aliran air untuk menakung dan mangalirkan air semasa hujan. Oleh itu apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir akan berlaku. Hal ini akan bertambah serius semasa musim hujan.

Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik dan tidak membawakan bencana alam kepada kita.


3.0  Politik dan Peperangan

Pada masa Kini, kebanyakan negara akan mencipta dan menggunakan teknologi yang canggih untuk melindungi negara daripada diserang musuh terutamnya bagi negara yang menpunyai kemanpuan dari segi ekonomi. Oleh itu, pelbagai bentuk alat pertahanan daripada senjata dan alat kelengkapan perang turut diciptakan. Dari sudut keselamatan, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara, tetapi jika difikirkan balik banyak kesan buruk juga akan timbul akibat daripada penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi.

Salah satu contoh pengunaan teknologi yang akan membawa kesan yang serius kepada manusia ialah penggunaan senjata api. Penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar dan pengorbanan nyawa manusia. Penggunaan bom bukan saja mengakibatkan kematian manusia, tetapi ia juga menbawa kemusnahan kepada alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam dan menyebabkan wabak-wabak penyakit merebak, hal ini demikian kerana keadaan persekitaran menjadi kotor dan tercemar.  Salah satu jenis bom yang membawa kerosakan yang besar kepada alam sekitar ialah bom nuklear, peletusan bom nuklear akan menghasilkan gelombang letupan, gelombang terma, sinaran gamma dan neutron, luruhan radioaktif, denyutan elektromagnet dan gangguan-gangguan atmosfera. Penghasilan ini akan mengakibatkan pencemaran yang dahsyat di mana telaga-telaga minyak diletupkan. Kebakaran itu akan mengakibatkan pencemaran yang menbawa pelbagai kesan sampingan kepada industri minyak dan nyawa manusia.

Peletupan Bom Nuklear bukan saja menyebabkan kebakaran yang besar tetapi ia juga menyebabkan bahan-bahan pepejal yang berada pada jarak yang lebih jauh menjadi cecair. Selain daripada itu, kesan pencemaran radioaktif juga mengakibatkan masalah kepada zuriat manusia seperti kecacatan pada generasi yang seterusnya. Sebagai contohnya ialah serangan nuklear yang berlaku pada Perang Dunia II, iaitu serangan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap Jepun. Walaupun serangan nuklear ini telah lama berlalu tapi kesanya masih dirasai dan diingati oleh ahli masyarakat Jepun.

            Kesimpulannya, teknologi boleh memanfaatkan kehidupan manusia, tetapi ia juga boleh menghapuskan kehidupan manusia serta menjejaskan alam sekitar. Oleh itu, kita haruslah mempertimbangkan pengunaan teknologi dengan berhati-hati, supaya tidak disalah gunakan.


4.0  Budaya dan Etika

         Budaya dan etika manusia yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah dan membakar sampah di merata-rata tempat juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan alam sekitar tercemar.

pada masa kini semakin ramai ahli masyarakat suka memilih untuk membakar sampah sebagai salah satu cara yang cepat untuk menghapuskan sampah yang terkumpul. Membakar sampah di merata-rata tempat telah menjadi satu budaya bagi ahli masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana mereka rasa ini merupakan cara yang paling senang dan tidak meliputi kos yang tinggi. Keadaan ini terjadi kerana mereka tidak perlu untuk mengumpulkan sampah dengan baik untuk menunggu pihak berkuasa datang untuk membersihkannya. Sampah yang sering dibakar oleh ahli masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini adalah perabot yang besar atau barang-barang yang susah diluput seperti plastik.

Kelakuan membakar sampah sering berlaku di kawasan luar bandar adalah disebabkan mereka tidak disedari bahawa membakar sampah amat merbahayakan kesihatan kita. Hal ini demikian kerana mereka tidak tahu bahawa pembakaran sampah yang baik akan membutuhkan oksigen yang cukup. Semasa membakar sampah akan menghabiskan banyak oksigen dan menghasilkan banyak karbon monoksida. Gas karban monoksida merupakan gas yang berbahaya, ia boleh membunuh manusia secara masaal. Keadan ini berlaku kerana apabila kita menghirup karbon monoksida , hemoglobin darah yang seharusnya mengangkat dan mengedarkan oksigen ke seluruh tubuh akan terganggu. Dengan itu tubuh badan kita akan mengalami kekurangan oksigen dan  akhirnya akan mengakibatkan kematian.

Sebagai kesimpulannya, ahli masyarakat haruslah melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan meninggalkan budaya yang tidak baik ini.  Supaya kita dapat hidup dalam kawasan yang lebih selesa dan selamat. Pihak berkuasa pula haruslah berkuatkuasakan undang-undang untuk mengawal dan mengatasi masalah pembakaran sampah di merata-rata tempat.

5.0  Penguatkuasaan undang-undang

         Sudah pasti langkah yang paling penting dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar ialah kerajaan mengetatkan peraturan berkaitan dengan alam sekitar dengan lebih baik. Di samping itu, hukuman yang berat harus dikenakan kepada pesalah-pesalah alam sekitar supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain. Kerajaan harus menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistik tanpa mengecualikan sesiapa jua dalam pemeriksaan ini. Jika kerajaan tegas dalam hal ini, sudah pasti masalah ini mampu diselesaikan dengan mudah.

Malahan, kempen kesedaran terutama kepada generasi muda harus dilaksanakan. Kempen yang dijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana merekalah yang bakal menghuni negara ini serta mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang menghargai alamnya lebih baik daripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen yang berkesan mampu menangani isu-isu alam sekitar  yang telah berlaku di masyarakat kita dengan berkesan.

         Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggungjawab mereka telah menyebabkan masalah ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. mokka paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete