4.3 PENGURUSAN
RISIKO BENCANA
Dalam dunia pengurusan, setiap
organisasi tidak dapat lari daripada risiko dan bencana yang akan mengancam
reputasi dan kredibiliti organisasi. Pengurusan risiko boleh dirujuk kepada
suatu proses mengenal pasti, mengukur, mengawal dan meminimakan risiko dan
bencana yang mungkin timbul. Tujuan utama Pelan Pengurusan Risiko Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) ini adalah untuk memastikan kesinambungan
fungsi atau sistem penyampaian perkhidmatan dan kemudahan pemprosesan operasi
dipulihkan dengan segera apabila berlaku bencana atau gangguan dari dalam dan
luaran organisasi.
Strategi
Antarabangsa Bagi Mengurangkan Risiko Bencana (Kerangka Tindakan Hyogo / Hyogo
Framework For Action)
FORUM Global untuk Pengurangan Risiko Bencana
berlangsung di Geneva, Switzerland baru-baru ini dengan tema 'Melabur hari ini
untuk keselamatan esok' dengan dihadiri kira-kira 2,000 peserta dari lebih 300
negara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada peringkat global.
Ramai Presiden, Naib Presiden, Menteri dan pegawai kanan kerajaan hadir dan
menyampaikan ucapan dasar pada forum ini. Perwakilan Malaysia diketuai Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan diselaraskan oleh
Majlis Keselamatan Negara.
Antara agensi kerajaan yang turut serta ialah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Institut Penyelidikan Hidrolik Malaysia (NAHRIM) dan Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM).

Forum yang dianjurkan setiap dua tahun
sekali ini adalah pertemuan pemimpin peringkat global paling penting untuk
membincangkan pelbagai isu dan cabaran yang sedang dihadapi dunia untuk
mengurangkan risiko bencana alam. Perbincangan memberikan tumpuan kepada
pencapaian negara dunia melaksanakan 'Kerangka Tindakan Hyogo' terutama dalam
lima perkara berikut:
- Cabaran untuk menyediakan peruntukan bagi pengurangan risiko bencana;
- Pengurangan risiko dalam keadaan perubahan iklim;
- Memperkukuhkan kepemimpinan komuniti melalui tindakan penghindaran bencana;
- Kemudahan sekolah dan hospital yang selamat; dan
- Pembinaan infrastruktur lebih baik selepas mengalami bencana.
Bencana alam adalah cabaran paling genting yang sedang dihadapi sejumlah besar
komuniti dunia. Tahun lalu saja, sekitar 236,000 orang terkorban membabitkan
lebih 300 kejadian bencana, terutama akibat gempa bumi, banjir, ribut taufan
dan tanah runtuh. Lebih 200 juta komuniti dunia terimpak secara terus daripada
bencana ini dan dianggarkan kerosakan harta benda melebihi ratusan juta
ringgit.
Beberapa isu utama mendapat perhatian
kebanyakan negara yang berdepan bencana alam besar ketika membincangkan isu
'pengurangan risiko bencana' iaitu:
o Bagaimana untuk mengubah set minda
kepemimpinan daripada respons terhadap bencana kepada proses penghindaran
bencana;
o Usaha untuk memperkasa komuniti
terbabit secara aktif dalam proses pengurangan risiko bencana;
o Meningkatkan kesedaran dan pendidikan
masyarakat terhadap risiko bencana;
o Mengurangkan kemiskinan, terutama di
kalangan komuniti yang terdedah kepada risiko bencana; dan
o
Mewujudkan
platform kebangsaan yang berkesan untuk mengurus
bencana.
Kebanyakan negara terpaksa berbelanja
besar untuk bertindak balas terhadap bencana, terutama kerja menyelamat,
pemindahan dan penempatan mangsa, membaik pulih infrastruktur yang musnah dan
kerja susulan yang perlu untuk pemulihan perkhidmatan secara jangka panjang.
Walaupun tindakan ini perlu dilakukan, banyak lagi usaha boleh diberikan kepada proses perancangan dan aktiviti penghindaran dan pengurangan risiko bencana. Dasar pembangunan infrastruktur dan komuniti kebanyakan negara masih belum mengintegrasikan aspek berkaitan pengurangan risiko bencana alam.
Pengalaman lalu menunjukkan pendekatan paling berkesan untuk mengurangkan risiko bencana ialah apabila komuniti terbabit diperkasa. Mereka adalah golongan yang berdepan terus dengan risiko dan mempunyai komitmen untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda paling tinggi.
Oleh itu, semua proses perancangan dasar dan aktiviti penghindaran atau respon terhadap risiko bencana perlu membabitkan mereka. Komuniti yang sudah diperkasa adalah komponen pengurusan bencana paling berkesan untuk berdepan peristiwa bencana.
Beberapa pengalaman pahit dihadapi warga dunia, umpamanya ketika bencana tsunami 2004 ialah kebanyakan mangsa tidak menyedari mereka berdepan bahaya. Ketika air laut surut secara luar biasa, tidak ramai mengetahui mereka sedang berdepan gelombang tsunami yang besar. Ramai yang tidak beredar dari pantai, malah ada yang masih turun ke laut untuk mengetahui keanehan peristiwa yang berlaku.
Akibatnya, kebanyakan kematian berpunca daripada kurang kesedaran dan pendidikan mengenai risiko bencana. Kesedaran dan pendidikan awam mengenai bencana bukan saja penting ketika masyarakat berdepan bencana, malah ia permulaan kepada pembinaan 'budaya pengurangan risiko bencana' di kalangan komuniti yang berdepan bencana alam.
Beberapa peserta pada forum global menyatakan dengan lantang bahawa 'kemiskinan itu bencana'. Mengapa tidak, sebahagian besar komuniti yang menjadi mangsa bencana ialah mereka yang miskin. Golongan miskin menghadapi kehidupan dengan serba kekurangan. Rumah tidak dibina dengan sempurna dan lazimnya di lokasi berisiko bencana yang tinggi.
Keutamaan mereka lebih untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan dan pakaian, tanpa mengizinkan mereka memikirkan soal keselamatan. Akibatnya, apabila berlaku bencana, golongan ini yang paling terancam. Oleh itu, pengurangan kemiskinan adalah tindakan paling bijak untuk mengurangkan risiko bencana.
Ramai peserta forum berpendapat cabaran genting untuk melaksanakan 'Kerangka Tindakan Hyogo' ialah ketiadaan atau kelemahan platform kebangsaan mengenai pengurusan bencana. Bencana adalah peristiwa yang merentasi sektor dan membabitkan semua pihak. Hampir semua sektor pembangunan dan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan terbabit secara terus dengan bencana.
Oleh itu, sukar untuk mewujudkan agensi khas mengenai bencana yang dapat berfungsi dengan efektif. Dasar mengenai bencana alam dan perancangan holistik serta bersepadu diperlukan. Platform kebangsaan memerlukan kepemimpinan tertinggi pada peringkat kerajaan dan komitmen semua pihak berkepentingan yang mampu bergerak sebagai sebuah pasukan.
Forum Global ini umumnya memberi tumpuan kepada negara atau rantau yang berdepan bencana alam yang serius. Apakah Malaysia berdepan dengan tahap bencana yang tinggi, sama dengan negara jiran seperti Indonesia atau Filipina?
Malaysia sebenarnya bertuah kerana dilindungi daripada bencana alam yang besar seperti gempa bumi dan letupan gunung berapi. Bagaimanapun, kita masih berdepan bencana banjir dan pada tahap yang rendah, bencana tanah runtuh dan ribut taufan.
Oleh itu, Malaysia seharusnya tidak menghadapi masalah untuk mewujudkan dasar bencana alam yang bersifat holistik sambil memberikan tumpuan kepada isu pengurangan risiko bencana. Majlis Keselamatan Negara mampu memperkukuhkan platform kebangsaan mengenai pengurusan bencana dengan menggembleng semua agensi pelaksana, institusi penyelidikan dan NGO yang mempunyai kepentingan untuk menangani isu bencana alam.
Malaysia boleh menjadi negara contoh untuk melaksanakan 'Kerangka Tindakan Hyogo' secara berkesan, dan mampu menjadi pemimpin di rantau Asia Tenggara dalam menyahut cabaran warga global mengenai usaha pengurangan risiko bencana.
(Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo ialah Pengarah SEADPRI-UKM)

Dasar
dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara
(Arahan MKN No. 20)
Arahan MKN No. 20, Dasar dan Mekanisma
Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara telah diwujudkan dan ditandatangani oleh
YAB Perdana Menteri pada 11 Mei 1997. Arahan ini menggariskan dasar pengurusan dan
bantuan bencana serta menentukan peranan serta tanggungjawab agensiagensi yang
terlibat semasa bertindak menangani sesuatu kejadian bencana yang berlaku.
Arahan ini juga meliputi tindakan pemantauan terhadap aktiviti-aktiviti pencegahan
dan persediaan agensi-agensi tertentu untuk menghadapi sesuatu bencana.
Berdasarkan Arahan ini, Jawatankuasa
Pengurusan dan Bantuan Bencana telah dibentuk meliputi Peringkat Pusat, Negeri
dan Daerah bagi menguruskan bencana mengikut tahap masing-masing. Selaras
dengan pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa ini, perintah dan kawalan di
tempat kejadian juga dibentuk di mana Polis Diraja Malaysia dilantik sebagai
Komander dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai Timbalan Komander untuk
mengurus situasi di tempat kejadian dengan dibantu oleh agensi sokongan yang
lain.
Tujuan Arahan MKN No. 20
- Tujuan Arahan MKN No. 20 ialah untuk menggariskan satu Dasar Pengurusan Dan Bantuan Bencana di Darat mengikut tahap bencana dan mewujudkan satu mekanisme pengurusan yang menentukan peranan serta tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu bencana yang berlaku.
- Tindakan menjadi lebih kemas, terselaras dan teratur
- Mengelakkan pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan
Peranan MKN
- Khidmat keurusetiaan kepada jawatankuasa
- Memantau amalan serta pelaksanaan dasara dan mekanisme pengurusan bencana berjalan lancar
- Post-mortem bencana diadakan
- Menggerakkan SMART untuk operasi mencari dan menyelamat
- Menyelaras pengendalian latihamal pengurusan bencana dan mencari dan menyelamat
- Mengawasi langkah pencegahan dan kawalan bencana dijalankan
- Merancang dan menyelaras serta mengawasi strategi kependidikan, latihan dan pencegahan kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota Jabatan Kerajaan, masyarakat dan Badan-badan Bukan Kerajaan dalam menghadapi dan mencegah bencana
- Memberi nasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana apabila diminta ke arah kelancaran pengendalian serta pengurusan suatu bencana
Kejadian-Kejadian Bencana
- Bencana Alam - banjir, kemarau, tanah runtuh, ribut
- Bencana Industri - letupan, kebakaran, pencemaran dan kebocoran
- Kemalangan yang melibatkan pengangkutan, penyaluran dan pemindahan bahan-bahan berbahaya.
- Keruntuhan bangunan tinggi dan struktur khas.
- Kemalangan udara di kawasan binaan dan orang ramai.
- Pelanggaran atau kegelinciran keretapi.
- Kebakaran yang melibatkan kawasan yang luas atau kebakaran bangunan tinggi atau struktur khas yang mempunyai orang ramai.
- Kepecahan empangan hidro atau takungan air (reservoir).
- Kemalangan nuklear atau radiologi.
- Kejadian pelepasan gas beracun di tempat awam.
- Kejadian jerebu - serantau dan tempatan
Bencana Udara
Bencana udara yang melibatkan kapal
terbang yang jatuh di gunung, di hutan dan di laut ditangani oleh Jabatan
Penerbangan Awam (DCA). Namun begitu, bencana udara yang melibatkan kawasan
berpendudukan tertakluk di bawah Arahan MKN No. 20 ini.
Bencana Laut
Bencana laut dikendalikan oleh
Jabatan Laut. (Namun pada 13 Ogos 2008 Kabinet bersetuju bahawa Agensi
Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM akan mengambil tugas daripada Jabatan
Laut.)
Kejadian-kejadian Bukan Bencana
Kejadian kemalangan yang bersifat
kecemasan seperti kemalangan kenderaan, kebakaran kecil, kemalangan di tasik
atau sungai. Kejadian-kejadian ini dapat dikendali dalam masa yang singkat oleh
agensi-agensi berkaitan dengan menggunakan sumber yang minima di peringkat
tempatan.
Bencana
dan Risiko
Sejak beberapa bulan terakhir ini,
Malaysia kelihatan seperti sebuah negara yang berada dalam zon bencana alam
serius. Apa tidaknya, bermula dengan beberapa tragedi tanah runtuh di Selangor,
termasuk Bukit Antarabangsa, batuan runtuh di Ipoh, tanah runtuh di Miri, dan
banjir besar di beberapa daerah, termasuk di Sabah dan Sarawak. Walhal,
Malaysia sebetulnya boleh dikategorikan sebagai negara yang 'hampir bebas'
daripada bencana alam.
Malaysia pada umumnya bukan sebuah
negara yang bergunung-ganang, dengan ramai penduduk tiada pilihan, melainkan
terpaksa tinggal di kawasan pergunungan yang berisiko tanah runtuh. Sungai kita
tidak terlalu panjang dan berdataran banjir yang luas sehingga penempatan yang
sesuai untuk membina kawasan perumahan amat terhad.
Negara kita juga jauh daripada 'jalur
lingkaran api', di mana bencana gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi
berada pada tahap risiko yang sangat rendah. Begitupun, negara kita begitu
prihatin dengan rakyatnya yang ditimpa bencana alam.
Pendekatan pengurangan risiko bencana
yang paling efektif ialah dengan mewujudkan dasar dan perancangan pengurusan
bencana secara bersepadu dan jangka panjang.
Pengurangan
Risiko Bencana (DRR)
Bencana dapat ditakrifkan sebagai
sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan
mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan alam sekitar serta
menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Pengurusannya memerlukan kecekapan
menggembelingkan serta penyelarasan yang berkesan sumber, peralatan, kekerapan
dan penggunaan tenaga manusia yang ekstensif daripada pelbagai pihak. Ianya
juga melibatkan tindakan yang kompleks dan memerlukan jangkamasa yang panjang
untuk diselesaikan.
Bahagian
Pengurusan Bencana Operasi telah diwujudkan, bertujuan untuk
memudahkan lagi pengurusan operasi menyelamat ketika berlakunya bencana sama
ada bencana kecil mahupun besar. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam
menguruskan perkhidmatan " Rescue 999 " seluruh Malaysia.
Misi
Menjadikan Bahagian Bencana Operasi
sebagai bahagian utama yang menerajui pengurusan bencana dan operasi serta
berperanan penting dalam melaksanakan “core business” Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia.
Visi
Mewujudkan satu sistem pengurusan
yang lebih efisien dalam menangani Hal Ehwal Pengurusan Bencana dan
Operasi meliputi Pasukan PASPA, MERS 999, Pengurusan Operasi, Pengurusan
Bencana, Pengurusan Paramedik, Penyelamat Pantai ( Baywatch), Khidmat
Kemanusiaan, Sistem Amaran Bencana dan Pasukan Gerak Pantas 999 demi menjadikan
memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa
dan selepas sesuatu bencana.
Objektif
Mengambil langkah-langkah proaktif dan
melaksanakan perkhidmatan MERS 999 dengan cekap, sistematik dan berkesan.
Menguruskan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) yang
terlatih, cekap dan berdisiplin.
Merancang, melaksanakan dan menyelaras
aktiviti khidmat kemanusiaan untuk memantapkan perkhidmatan organisasi.
Menyelaras perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan. Bekerjasama dalam semua pihak di dalam
melaksanakan tugas-tugas Pertahanan Awam.
Fungsi
- Melaksanakan dan menyelaras Dasar Pertahanan Awam selaras dengan kehendak semasa.
- Menguruskan, melengkapi dan melatih Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA).
- Melaksanakan Khidmat Kecemasan MERS 999 yang cekap, berkesan dan mesra rakyat melalui talian 999 di seluruh negara.
- Mendidik dan melatih orang awam dengan ilmu pengetahuan Pertahanan Awam.
- Menyelamat mangsa dan harta benda semasa sebelum, semasa dan selepas bencana.
- Menyelaras Eksesais dan latihan bersama agensi-agensi luar.
Ø Pelan Tindakan
Pelan Tindakan Kecemasan ini merupakan panduan umum tentang
cara-cara menyelamatkan diri iaitu dengan mengosongkan bangunan jika berlaku
sebarang insiden kecemasan.
Insiden Kecemasan yang dimaksudkan termasuklah
ancaman kebakaran, gempa bumi dan sebagainya yang mana memerlukan penghuni
sesebuah bangunan mengosongkannya secepat mungkin untuk mengelakkan dari risiko
kemalangan yang lebih serius.
Ø Latihan Kecemasan Semasa Bencana
Untuk menjadikan rakyat Malaysia yang
berwibawa, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah menubuhkan satu ruang khas
latihan untuk orang awam. Latihan ini bertujuan untuk Menjadikan orang awam di
Malaysia mahir dalam segi menyelamat dan peka terhadap bencana yang dihadapi di
negara kita.
- Memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam Malaysia.
- Memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya.
- Usaha promosi untuk menarik orang awam menganggotai pertahanan awam Malaysia
Jenis
latihan: Latihan orang awam sehari ( 8 jam )
- Latihan ringkas dan padat dalam subjek menyelamat kecemasan, CPR, rawatan kecemasandan melawan kebakaran kecil dalam masa 1 hari
Latihan
mengikut mata pelajaran
- Latihan pilihan mengikut kesesuaian dan keperluan organisasi sama ada dalam subjek menyelamat atau pertolongan cemas atau melawan kebakaran.
Ø Kempen Kesedaran Keselamatan Dan Risiko
Bencana
Pada 16 Disember 2011,
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah mengadakan Kempen Kesedaran Awam
Mengenai Bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Cuaca Ekstrem bertempat di Dewan
Persidangan, Majlis Perbandaran Tawau di Tawau, Sabah.
Program kempen kesedaran
awam ini merupakan aktiviti tahunan JMM dalam usaha untuk meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran orang ramai terhadap bencana gempa bumi, tsunami dan
cuaca ekstrem yang berlaku di Malaysia. Tawau, Sabah merupakan lokasi terakhir
dalam siri kempen pada tahun 2011 ini selepas berjaya diadakan di Kuala Kedah,
Kedah; Penaga, Pulau Pinang; Kota Bharu, Kelantan dan Pulau Pangkor, Perak
sebelum ini.
Program ini mengandungi dua sesi taklimat yang disampaikan oleh
pegawai-pegawai JMM berkenaan bencana gempa bumi, tsunami dan cuaca ekstrem
serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil disusuli dengan sesi soal
jawab.
Seramai 63 orang peserta
iaitu wakil daripada pelbagai agensi kerajaan di daerah Tawau telah hadir ke
program ini. Kempen kesedaran awam ini telah menerima respons yang baik
daripada peserta.
Berdasarkan maklumbalas yang diterima, majoriti peserta amat
berminat untuk mengetahui tentang kaedah penyebaran amaran awal bencana dan
berharap agar sesi taklimat yang sama diadakan setiap tahun dan latih amal yang
melibatkan komuniti setempat perlu juga diadakan bagi meningkatkan kefahaman
dan siap siaga masyarakat dalam menghadapi bencana.
Kempen ini diharapkan telah
berjaya untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran para peserta terhadap
bencana gempa bumi, tsunami dan cuaca ekstrem dan menjadi titik tolak kepada
pewujudan suatu sistem pengurangan risiko bencana di peringkat masyarakat
tempatan di Tawau, Sabah pada masa akan datang.
Ø Koordinasi dengan agensi-agensi
kecemasan seperti Bomba, Rakan Cop, MERCY
Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia komited untuk memberi
perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan
yang profesional bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar dengan
menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini.
Visi
Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf dunia.
Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf dunia.
Objektif
Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2000.

Untuk memenuhi objektif
tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan
dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)
seperti berikut :
1. Memadam, menentang, mencegah dan
mengawal kebakaran.
2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya
berlaku kebakaran.
3. Menentukan adanya jalan keluar
kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
4. Menjalankan penyiasatan tentang
sebab, punca dan hal kebakaran.
5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan
termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.
JBPM boleh selain daripada
tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang
dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang
diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.
MERCY
Malaysia adalah organisasi non-profit yang bertumpukan kepada penyediaan
bantuan perubatan, pembangunan kesihatan berterusan dan aktiviti pengurangan
risiko bencana bagi masyarakat yang terdedah kepada kedua situasi krisis dan
tanpa krisis.
Organisasi ini lahir pada tahun 1999, ketika perang berkecamuk di Kosovo mengakibatkan ribuan korban nyawa dan penderitaan di merata tempat. Sepanjang dekad ini, organisasi ini telah berkembang pesat dengan lebih banyak pasukan yang dihantar secara berterusan ke daerah yang ditimpa bencana untuk menghulurkan program bantuan perubatan di pelbagai negara bagi bencana yang berbeza.

Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang dilancarkan oleh
Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur pada 9
Ogos 2005 untuk membantu dalam membenteras jenayah di
ibukota dan bandar-bandar lain di Malaysia. Objektifnya yang utama ialah untuk memberi
lebih banyak peluang kepada masyarakat bekerjasama dengan polis serta terlibat
secara langsung dengan pencegahan jenayah.