Tuesday, 11 September 2012

Jabatan Alam Sekitar


Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada awalnya diwujudkan sebagai  Bahagian Alam Sekitar di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar pada 15 April 1975. Bahagian Alam Sekitar kemudiannya ditempatkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar  pada Mac 1976. Berdasarkan kepada kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, tanggal 1 September 1983, Bahagian Alam Sekitar telah dinaikkan taraf ke sebuah Jabatan sepenuhnya dan dikenali  sebagai Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pada Mac 2004 JAS dipindahkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Penubuhan Jabatan ini adalah berasaskan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang diwartakan pada Mac 1974 dan dikuatkuasakan pada 15 April 1975.
Sehingga kini, JAS menjadi salah sebuah Agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan melaksanakan prinsip-prinsip yang tersenarai di bawah
Pengurusan alam sekitar di Malaysia telah menjadi lebih sistematik apabila Akta Alam Sekeliling ( AKAS) diwartakan pada 14 Mac 1974. Turutan dari itu sesebuah agensi penguatkuasaan, Bahagian Alam Sekitar ( mula dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar 1983) telah ditubuhkan pada tahun 1645 tenaga kerja apabila beroperasi sepenuhnya) yang ditempatkan di 15 buah Pejabat Negeri dan 25 buah Pejabat Cawangan di seluruh Negara. Fungsi utama JAS ialah mencegah, menghapus, mengawal dan membaiki alam sekeliling melalui penguatkuasaan AKAS, 1974 dan peraturan-peraturan di bawah.
.Di samping itu juga, DASN bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.
Jabatan Alam Sekitar
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli No.25,
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya,
Malaysia.

Talian Aduan: 03-8889 1972
Hotline: 1-800-88-2727
Emel Aduan: aduan_k@doe.gov.my

Talian Umum
(Memohon Maklumat & Menghubungi Kakitangan JAS)
Telefon: 03-8871 2000/2200
Faks: 03-8888 9987 / 03-8889 1040
Perkhidmatan Teras Utama
Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.  JAS juga bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen mengenai alam sekitar peringkat antarabangsa seperti Vienna Convention for the protection of the Ozone Layer1985, Protocol Montreal on Substances that Deplete the Ozone Layer 1987, Basel Convention on the Transboundary Movement of Hazardous Waste and their Disposal 1989 dan lain-lain di samping menjayakan program-program kerjasama dua hala dan pelbagai hala di antara Indonesia, Singapura dan Negara-negara ASEAN lain mengenai pengurusan alam sekitar. Perkhidmatan teras Jabatan dilaksanakan oleh bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat JAS Negeri dan Cawangan seperti berikut:
a) Fungsi utama Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat
  • Merangka strategi dan hala tuju tindakan penguatkuasaan serta sasaran pematuhan bagi premis-premis punca tetap dan punca-punca bergerak.
  • Mengurus dan mengendalikan kes-kes aduan pencemaran alam sekitar.
  • Mengurus dan menganalisa data-data berkaitan tindakan penguatkuasaan.
  • Merancang, merangka dan melaksanakan program pengauditan pegawai-pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS).
  • Merancang, merangka dan melaksanakan program pengauditan pematuhan premis-premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (AKAS).
. b) Fungsi Utama Bahagian Udara Ibu Pejabat
Fungsi utama Bahagian Udara adalah untuk memastikan kualiti udara sentiasa bersih dan terpelihara bagi kesejahteraan hidup rakyat.
.c) Fungsi Utama Bahagian  Air dan Marin Ibu Pejabat
Menyelaras dan memantau program penguatkuasaan pencemaran marin dan kawalan tumpahan minyak; mengawalselia dan memantau program pengawasan kualiti air sungai, air tanah dan marin serta pengurusan data pengawasan dan pelaporan; melaksana kajian sungai serta memantau program pencegahan dan kawalan pencemaran air daratan (termasuk  punca tetap dan punca tidak tetap);dan mengurus hal-ehwal hubungan luar mengenai pemeliharaan alam sekitar marin.
.d) Fungsi Utama Bahagian Bahan Berbahaya Ibu Pejabat
  • Merancang dan melaksanakan  strategi pengurusan bahan/ buangan berbahaya.
  • Menggubal peraturan, garispanduan, dan Peraturan Tetap Operasi (SOP) mengenai buangan terjadual/benda berbahaya (EHS) dan tanah tercemar.
  • Melaksana dan mematuhi obligasi Konvensyen Antarabangsa mengenai bahan/buangan berbahaya.
  • Mengawalselia lesen pengolahan dan perlupusan buangan terjadual.
  • Mengkoordinasi operasi tindakan pengurusan pelupusan haram buangan terjadual.
  • Merancang dan melaksanakan rangka kerja pengurusan tanah  tercemar.
  • Merancang, mengurus dan mengawal EHS.
.e) Fungsi Utama Bahagian Penilaian Ibu Pejabat
Melaksanakan undang-undang berkaitan Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987.
.f) Fungsi Utama Bahagian Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar Ibu Pejabat
Merancang, mengenalpasti dan membangunkan strategi dan kaedah program promosi kesedaran alam sekitar yang berkesan kepada  orang awam, industri, golongan belia, wanita, NGO dan  Persatuan Pekerja.
.g) Fungsi Utama EiMAS termasuk Unit Teknologi Bersih (UTB)
Mengenalpasti keperluan, merekabentuk dan melaksanakan program latihan dalam Jabatan agensi lain yang berkaitan serta sektor industri.
.h) Fungsi Utama Pejabat-pejabat JAS Negeri
  • Melaksanakan program penguatkuasaan AKAS 1974 dan peraturan-peraturan yang digubal dibawahnya.
  • Memulihara dan mempertingkatkan  kualiti alam sekeliling.
  • Mengawas dan mengawal pencemaran udara dari kilang, kenderaan dan pembakaran terbuka.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pemaju pembangunan.
  • Memberi input dan nasihat kepada Kerajaan Negeri  dan pihak berkuasa tempatan dalam perancangan projek pembangunan.
  • Menjalankan siasatan aduan pencemaran alam sekitar.
  • Memproses laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA)

Dasar Alam Sekitar

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DSN adalah untuk : Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengna penyertaan berkesan semua sektor masyarakat. Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari. Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
  • Pengawasan Alam Sekitar
  • Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
  • Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
  • Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
  • Membuat Keputusan Bersepadu
  • Peranan Sektor Swasta
  • Komitment dan Kebertanggungjawaban
  • Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
.penDasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.
Visi
Pemuliharaan alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat.
Misi
Memastikan pembangunan lestari di dalam proses memajukan Negara.
Fungsi
Mentadbir dan Menguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Bahagian IV, Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984.
MISI Perkhidmatan Pelanggan
Penerangan Logo JAS
DOE Logo
Reka bentuk ini terdiri daripada sepasang tangan dan bunga kebangsaan, iaitu bunga raya (bunga raya). Ia juga berkonsepkan bentuk gasing beserta “wau” (layang-layang) yang merupakan simbol kebangsaan yang menggambarkan identiti kebangsaan.
Gasing Yang Berputar
Ia  menggambarkan kedinamikan, kejujuran dan pendekatan seimbang JAS dalam perlindungan alam sekitar.
Layang-Layang Yang Meninggi 
Ia menggambarkan peningkatan kesedaran nasional terhadap alam sekitar.
Sepasang Tangan
Sepasang tangan yang melambangkan perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan warisan semula jadi. Ia juga merupakan keupayaan JAS untuk menjaga dan untuk menguatkuasakan.
Bunga Raya
Ia adalah simbol kebangsaan yang menggambarkan semangat patriotisme dan keberanian dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
Keseluruhan
Unsur-unsur semula jadi, termasuk akuatik daratan, dan suasana yang diwakili oleh gelombang air (akuatik), bunga raya (daratan) dan biru langit (atmosfera).
Warna-Warna
Warna hijau, biru dan merah dipilih melambangkan:
  • Hijau – persekitaran hijau; perlindungan dan pemuliharaan warisan semula jadi terutamanya tumbuh-tumbuhan semulajadi termasuk gunung dan bukit.
  • Biru – air yang bersih dan udara bersih, perlindungan dan pemuliharaan sumber air dan udara bersih termasuk lapisan ozon.
  • Merah – bersemangat dan keberanian dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan mengenai perlindungan alam sekitar.
Perkhidmatan Teras Utama
Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.  JAS juga bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen mengenai alam sekitar peringkat antarabangsa seperti Vienna Convention for the protection of the Ozone Layer1985, Protocol Montreal on Substances that Deplete the Ozone Layer 1987, Basel Convention on the Transboundary Movement of Hazardous Waste and their Disposal 1989 dan lain-lain di samping menjayakan program-program kerjasama dua hala dan pelbagai hala di antara Indonesia, Singapura dan Negara-negara ASEAN lain mengenai pengurusan alam sekitar. Perkhidmatan teras Jabatan dilaksanakan oleh bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat JAS Negeri dan Cawangan seperti berikut:
a) Fungsi utama Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat
  • Merangka strategi dan hala tuju tindakan penguatkuasaan serta sasaran pematuhan bagi premis-premis punca tetap dan punca-punca bergerak.
  • Mengurus dan mengendalikan kes-kes aduan pencemaran alam sekitar.
  • Mengurus dan menganalisa data-data berkaitan tindakan penguatkuasaan.
  • Merancang, merangka dan melaksanakan program pengauditan pegawai-pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS).
  • Merancang, merangka dan melaksanakan program pengauditan pematuhan premis-premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (AKAS).
. 
b) Fungsi Utama Bahagian Udara Ibu Pejabat
Fungsi utama Bahagian Udara adalah untuk memastikan kualiti udara sentiasa bersih dan terpelihara bagi kesejahteraan hidup rakyat.
.
c) Fungsi Utama Bahagian  Air dan Marin Ibu Pejabat
Menyelaras dan memantau program penguatkuasaan pencemaran marin dan kawalan tumpahan minyak; mengawalselia dan memantau program pengawasan kualiti air sungai, air tanah dan marin serta pengurusan data pengawasan dan pelaporan; melaksana kajian sungai serta memantau program pencegahan dan kawalan pencemaran air daratan (termasuk  punca tetap dan punca tidak tetap);dan mengurus hal-ehwal hubungan luar mengenai pemeliharaan alam sekitar marin.
.d) Fungsi Utama Bahagian Bahan Berbahaya Ibu Pejabat
  • Merancang dan melaksanakan  strategi pengurusan bahan/ buangan berbahaya.
  • Menggubal peraturan, garispanduan, dan Peraturan Tetap Operasi (SOP) mengenai buangan terjadual/benda berbahaya (EHS) dan tanah tercemar.
  • Melaksana dan mematuhi obligasi Konvensyen Antarabangsa mengenai bahan/buangan berbahaya.
  • Mengawalselia lesen pengolahan dan perlupusan buangan terjadual.
  • Mengkoordinasi operasi tindakan pengurusan pelupusan haram buangan terjadual.
  • Merancang dan melaksanakan rangka kerja pengurusan tanah  tercemar.
  • Merancang, mengurus dan mengawal EHS.
.    e) Fungsi Utama Bahagian Penilaian Ibu Pejabat
Melaksanakan undang-undang berkaitan Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987.
.f) Fungsi Utama Bahagian Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar Ibu Pejabat
Merancang, mengenalpasti dan membangunkan strategi dan kaedah program promosi kesedaran alam sekitar yang berkesan kepada  orang awam, industri, golongan belia, wanita, NGO dan  Persatuan Pekerja.
.g) Fungsi Utama EiMAS termasuk Unit Teknologi Bersih (UTB)
Mengenalpasti keperluan, merekabentuk dan melaksanakan program latihan dalam Jabatan agensi lain yang berkaitan serta sektor industri.
. h) Fungsi Utama Pejabat-pejabat JAS Negeri
  • Melaksanakan program penguatkuasaan AKAS 1974 dan peraturan-peraturan yang digubal dibawahnya.
  • Memulihara dan mempertingkatkan  kualiti alam sekeliling.
  • Mengawas dan mengawal pencemaran udara dari kilang, kenderaan dan pembakaran terbuka.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pemaju pembangunan.
  • Memberi input dan nasihat kepada Kerajaan Negeri  dan pihak berkuasa tempatan dalam perancangan projek pembangunan.
  • Menjalankan siasatan aduan pencemaran alam sekitar.
  • Memproses laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
Piagam Pelanggan JAS
MISI PERKHIDMATAN PELANGGAN
“PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR – TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
“Kami semua adalah peka, prihatin dan sentiasa mengkaji semula setiap peruntukan undang-undang, peraturan, kaedah, piawaian, prosedur dan budaya kerja kami supaya tidak menjejaskan atau membawa kepada kesan-kesan negatif kepada pertumbuhan pembangunan yang berterusan;malah kami akan membawa pelbagai pembaharuan yang mungkin, untuk bersama-sama mencapai matlamat WAWASAN 2020 menerusi piagam pelanggan berikut:”
.KELULUSAN PERANCANGAN PROJEK
  • Keputusan permohonan Kebenaran Bertulis untuk membina Premis-Premis Yang Ditetapkan   (Buangan Terjadual) dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu.
  • Keputusan permohonan Kelulusan Bertulis untuk memasang alat-alat pembakaran bahan api dan alat-alat kawalan pencemaran udara dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu.
  • Keputusan ke atas Laporan EIA Awal yang lengkap dikeluarkan dalam tempoh 5 minggu.
  • Keputusan ke atas Laporan EIA Terperinci yang lengkap dikeluarkan dalam tempoh 12 minggu.
  • Keputusan Permohonan Penilaian Awal Tapak bagi pembinaan kilang baru dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
.PENGELUARAN LESEN / KELULUSAN
  • Keputusan permohonan lesen baru bagi operasi kilang pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual
  • dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
  • Keputusan permohonan pembaharuan lesen bagi operasi kilang pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
  • Keputusan permohonan pengeksportan buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 3 hari setelah menerima persetujuan daripada negara pengimport dan negara transit.
  • Keputusan permohonan mengimport buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu
  • Keputusan permohonan untuk mengimport dan mengeksport bahan kimia yang dikawal di bawah Konvensyen Rotterdam dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
  • Keputusan permohonan pengurusan khas buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
  • Keputusan permohonan lesen baru kilang getah asli mentah dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
  • Keputusan permohonan pembaharuan lesen kilang getah asli mentah dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
  • Keputusan permohonan lesen baru kilang kelapa sawit dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
  • Keputusan permohonan pembaharuan lesen kilang kelapa sawit dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
  • Keputusan permohonan kelulusan jenis (type approval) bagi kenderaan berenjin petrol, diesel dan motorsikal dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
.PENGUATKUASAAN
  • Semua aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dipertingkatkan secara berterusan dan diperketatkan untuk menjamin pematuhan maksimum dan dijalankan dengan tegas, penuh adil dan saksama.
  • Setiap kompaun dikeluarkan serta-merta atau dalam tempoh 1 minggu.
  • Semua kes tindakan mahkamah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penyiasatan atau tarikh kesalahan dilakukan.
.PENGADUAN AWAM
  • Semua kes aduan disalurkan kepada pejabat JAS Negeri atau agensi-agensi lain yang berkaitan untuk tindakan penyiasatan pada hari yang sama aduan diterima.
  • Akuan penerimaan dikeluarkan pada hari yang sama aduan diterima.
  • Pengadu diberi maklum balas status aduan berkenaan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh aduan diterima.
  • Semua kes aduan berkaitan alam sekitar diuruskan secepat mungkin dan diselesaikan dalam tempoh 3 hingga 30 hari
  • Aduan kecemasan alam sekitar seperti kes tumpahan minyak di laut dan pembuangan buangan terjadual akan disalurkan sebaik sahaja aduan diterima kepada pejabat JAS Negeri atau Cawangan dan Pusat Penyelarasan
  • Penguatkuasaan Maritim (kes tumpahan minyak sahaja).
.PERHUBUNGAN AWAM
  • Layanan kepada semua pelawat diberikan dengan serta merta atau selewat-lewatnya dalam tempoh 5 minit dengan penuh hormat dan bersopan santun.
  • Semua temujanji dengan pegawai menepati masa. Temujanji yang perlu ditunggu atau diubah masa diberitahu dan tetamu akan diberi bahan-bahan bacaan terbitan JAS sementara menunggu.
  • Maklumat data kualiti udara, air dan marin yang dipohon secara bertulis dikemukakan kepada pemohon dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan diterima
.PENGURUSAN KEWANGAN
  • Semua pungutan hasil diuruskan segera dan resit dikeluarkan serta-merta.
  • Bayaran bil dibuat dalam tempoh 14 hari.



Sunday, 9 September 2012

Ekosistem - Tasik


EKOSISTEM – TASIK
(Disediakan oleh PH.Poh)

Aliran Tenaga dan Siratan Makanan dalam Ekosistem Tasik
    Tasik Chini

     Ekosistem tasik merupakan sebahagian daripada ekosistem air (ekosistem akuatik) yang tidak berarus yang turut dipanggil sebagai ekosistem Lentus. Ekosistem tasik mempunyai unsur atau komponen biotik (hidupan) dan abiotik (bukan hidupan) yang unik dan tersendiri.

  
     Oleh kerana ciri atau sifat air tasik adalah tidak berarus, maka hidupannya juga adalah agak berbeza dengan ekosistem akuatik yang berarus seperti sungai, terutamanya dari segi bahan substrat, kadar dan kuantiti penerimaan cahaya matahari dan suhu airnya.
     
     Pada asasnya, zon-zon hidupan yang terdapat dalam tasik terbahagi kepada

beberapa peringkat dan setiap peringkat zon tersebut mempunyai organisma hidupan yang berlainan. Zon-zon yang dimaksudkan ini terdiri daripada :

 i) zon litoral

ii) zon limne
                                    
iii) zon profundal

Pembahagian zon hidupan dalam ekosistem tasik




Komponen abiotik (bukan hidupan) dalam sesebuah ekosistem tasik termasuklah 
- cahaya matahari, air, udara, pelbagai jenis garam galian, dll.

Komponen biotik (hidupan) dalam sesebuah ekosistem tasik pula adalah berbeza-beza berdasarkan zon-zon hidupan, iaitu:


i. Zon Litoral terdiri daripada;
- pokok keladi, teratai, lembayung dsb, zooplankton, kumbang air, jentik-jentik, berudu, katak, telur / larva pelbagai serangga dsb.
- zon yang paling kaya dengan pelbagai jenis organisma.

ii. Zon Limne terdiri daripada;
 - dipenuhi oleh tumbuhan autotrof yang bertindak sebagai pengeluar.
 - cth: plankton, diatom, lumut, alga, beberapa jenis tumbuhan air spt hidryll sp., elodea sp., utricularia sp., hidupan seni spt krustasea, protozoa, rotifera spt philodium gregaria,dsb.
 - zon yang sentiasa terima cahaya matahari.

iii. Zon Profundal terdiri daripada;
 - organisma hetertrof selaku karnivor.
 - cth: pelbagai jenis ikan, labi-labi, kura-kura, ular air dsb.
 - kawasan yang tidak terima cahaya matahari dan merupakan dasar tasik.

Aliran tenaga dalam siratan makanan ekosistem tasik


Aliran Tenaga Dalam Ekosistem Tasik
     Interaksi antara komponen biotik dan abiotik telah membentuk pola rantaian atau siratan makanan yang unik dan tersendiri.

     Pola-pola siratan makanan ini memperlihatkan berlakunya aliran atau pergerakan atau perpindahan tenaga dari satu peringkat pengguna ke peringkat pengguna yang seterusnya.


 Aliran tenaga yang berlaku dalam siratan makanan tasik boleh dijelaskan seperti berikut:

 i) Tenaga (haba) dari matahari diterima oleh tumbuhan hijau (keladi, teratai, lumut, alga). Tenaga kimia terhasil melalui proses fotosintesis yang dijalankan apabila tumbuhan selaku pengeluar membuat makanannya sendiri. Matahari bertindak sebagai pembekal utama tenaga asas kepada semua hidupan yang terdapat dalam tasik.

ii) Tenaga kimia yang disimpan dalam tumbuhan pengeluar itu seterusnya akan dipindahkan pula kepada hidupan zooplankton apabila hidupan tersebut memakan tumbuhan berkenaan. Pada aras trofik ini, zooplankton (pelbagai hidupan seni) berperanan sebagai pengguna primer.

iii) Tenaga kimia dalam zooplankton (pengguna primer) ini pula berpindah kepada pengguna sekunder (ikan-ikan kecil dan cacing) apabila haiwan berkenaan memakan zooplankton tadi. Tenaga kimia yang dipindahkan ini digunakan untuk tumbesaran, bergerakan dan membiak.

iv) Seterusnya tenaga kimia yang disimpan di dalam pengguna sekunder pula akan dipindahkan / berpindah ke pengguna tertier (ikan-ikan yang lebih besar) apabila ikan-ikan ini memakan ikan-ikan kecil dan cacing/ ulat. Dalam konteks ini, sekali lagi tenaga kimia yang dipindahkan itu berfungsi untuk tumbesaran, bergerak dan membiak.

v) Akhirnya, tenaga kimia yang terdapat di dalam pengguna tertier akan berpindah / dialirkan kepada pengurai yang terdiri daripada bakteria, fungi dan protozoa apabila ianya menguraikan segala pengguna yang telah mati dan reput daripada tumbuhan dan haiwan yang terdiri daripada pengguna primer, sekunder dan tertier. Bahan organik yang reput ini akan menambahkan nutrien dalam tasik tersebut. Nutrien-nutrien tadi akan digunakan kembali oleh tumbuhan autotrof untuk tumbesaran.

Kesimpulan - aliran dan perpindahan tenaga dari satu tingkat pengguna ke tingkat pengguna yang seterusnya hanya akan berlaku apabila berlakunya proses makan dan memakan serta penguraian dan pereputan oleh organisma pengurai.


Bioaccumulation and Biomagnification

(Prepared by P.H.Poh and C.F.Kuan) 

One of the classic examples of bioaccumulation that resulted in biomagnification occurred with an insecticide called dichlorodiphenyltrichloroethane (DDT). 

DDT is an insecticide that was sprayed in the ABC farm to help the control of mosquitoes and other insects because the insecticide is cheap and highly effective against the mosquitoes that spread malaria. During rainy day, the rain water washed away the DDT, infiltration of liquid state and leachate of DDT into creeks, where it eventually found its way into lakes and the ocean.

The toxic pollutant bioaccumulated within each organism and then biomagnified through the food web to very high levels in predatory birds such as bald eagles, osprey, peregrine falcons and brownpelicans that ate the fish.

Levels of DDT were high enough that the birds' eggshells became abnormally thin. As a result, the adult birds broke the shells of their unhatched offspring and the baby birds died. The population of these birds plummeted.

Marine fish such as swordfish, shark, and tuna often have bioaccumulated levels of the toxic pollutant from DDT will finally hunted by human beings as protein sources. Pregnant women exposed to the insecticide DDT are much more likely to give birth prematurely, or to full-term but low birth weight babies. Studies in mice have found that DDE blocks the binding of the hormone progesterone to its receptors, and in theory, this could cause both prematurity and low birth weight in humans. DDT concentrations are especially high in human milk. Milk production depends heavily on the use of stored body fat, and this is where DDT tends to stay in our bodies. At concentration above 236 mg DDT per kg of body weight, you'll die. Concentration of 6-10 mg/kg leads to such symptoms as headache, nausea, vomiting and confusion.

DDT was sprayed in the United States prior on 1972 to help the control ofmosquitoes and other insects.  Because the population of those birds plummeted. DDT was finally banned in the United States in 1972, and since that time there have been dramatic increases in the populations of many predatory birds.
Example : Food Chain Story


 

Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar


TAJUK 1: PENGENALAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 
(Disediakan oleh : P.H.POH dan C.F.KUAN)
Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar
Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah Sir Patrick Geddes (1854-1933) manakala orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah Thomas Pritchard semasa persidangan IUCN di Paris dalam tahun 1958.  Beberapa persidangan di peringkat antarabangsa seperti Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975), Malta (1991), Agenda 21 (1992) sehinggalah terhasilnya Laporan Kabinet (1979) di Malaysia. Ini merupakan faktor pencetus kepada arena perbincangan tentang alam sekitar dunia serta peranan Pendidikan Alam Sekitar dalam memastikan keseimbangan alam sekitar.

Ekoran daripada Persidangan Stockholm serta beberapa persidangan lain ini akhirnya telah berjaya merangka suatu garis panduan, prinsip, matlamat dan juga objektif Program Pendidikan Alam Sekitar. Persidangan Stockholm telah diadakan pada 5-16 Jun, 1972 di Stockholm, Sweden dengan tema “Prinsip dan Alam Sekitar Manusia” (Human Environment and Principles) dan dianjurkan oleh United Nations. Tujuan persidangan ini adalah untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah.

Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan Pendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan ramai pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia. Persidangan ini dikendalikan oleh United Nations Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dengan kerjasama U.N. Environment Programme (UNEP) dan diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977. Persidangan ini telah dihadiri oleh 265 delegasi dan 65 pembentang serta pemerhati termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasi bukan kerajaan antarabangsa.

Dalam persidangan ini, garis panduan, matlamat, serta objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan latihan dalam dan pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan. Kesinambungan dengan itu, satu Seminar Latihan Alam Sekitar telah diadakan di Malta pada tahun 1991 di bawah anjuran UNESCO. Seminar ini mengesyorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar di samping dapat menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta dalam masa yang sama dapat mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. Hasil Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979 memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum bermula dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4 hingga 6. Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sehubungan dengan itu juga pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telah membina satu garis panduan untuk guru-guru dengan mengeluarkan satu buku bertajuk “Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR” pada tahun 1998.

Matlamat Pendidikan Alam Sekitar
Semasa Deklarasi Tblisi 1977, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bersetuju menetapkan matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam Sekitar bagi negara-negara di seluruh dunia. Matlamat Pendidikan Alam Sekitar ialah untuk:
(i) Menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap ekonomi, sosial, politik, and saling bergantungan ekologikal di bandar dan luar bandar.
(ii) Menyediakan peluang kepada semua orang untuk memperoleh pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan kemahiran untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar.
(iii) Menghasilkan corak tingkah laku baru terhadap alam sekitar dalam kalangan individu, kumpulan dan masyarakat seluruhnya.

Menurut UNESCO (1976), matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah seperti kenyataan berikut. 

“…. to develop a world population that is aware of and concerned about environment and its associated problems and which has the knowledge, skills, attitudes, motivation and commitment to work individually and collectively towards the solution of its current problem and prevention of new ones.”
(UNESCO, 1976)

Objektif Pendidikan Alam Sekitar
Persidangan Tbilisi 1977 juga telah menetapkan lima objektif Pendidikan
Alam Sekitar seperti berikut:
(i) Kesedaran - untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh kesedaran dan sensitiviti terhadap alam sekitarseluruhnya dan permasalahan alam sekitar.
(ii) Pengetahua - untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas terhadap alam sekitar dan permasalahan alam sekitar.
(iii) Sikap - untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh satu set nilai dan perasaan keprihatinan terhadap alam sekitar dan motivasi untuk aktif terlibat dalam pemeliharaan dan pembaikan alam sekitar.
(iv) Kemahiran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu
memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah alam sekitar.
(v) Penglibatan - untuk menyediakan peluang kepada kumpulan sosial dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat bagi menghasilkan resolusi terhadap masalah alam sekitar.

Menurut Muthoka (1985), objektif utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil tindakan. Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mengubahsuai kefahaman dan sikap manusia agar lebih prihatin terhadap alam yang telah banyak berjasa kepadanya (Abdul Manaf Muda, 1993).

Semasa Persidangan Tbilisi 1977 juga terdapat 12 prinsip Pendidikan Alam Sekitar telah ditetapkan iaitu:
(i) Mengambil kira keseluruhan alam sekitar termasuklah alam sekitar semula jadi dan buatan, teknologi dan sosial seperti ekonomi, politik, sejarah, budaya, etika dan estetika.
(ii) Menjadi satu proses sepanjang hayat, bermula dari peringkat prasekolah dan disambung sehingga peringkat pendidikan formal dan bukan formal.
(iii) Menggunakan pendekatan merentas kurikulum dengan menerapkan nilai-nilai alam sekitar kepada mata pelajaran khusus setiap disiplin dalam bentuk perspektif yang holistik dan seimbang.
(iv) Menilai isu-isu utama alam sekitar dari pandangan tempatan, nasional dan antarabangsa.
(v) Memfokuskan kepada potensi situasi alam sekitar terkini dengan mengambil kira perspektif sejarah.
(vi) Mempromosikan nilai dan keperluan berasaskan tempatan, nasional dan kerjasama antarabangsa dalam mencegah dan menyelesaikan masalah alam sekitar.
(vii) Mengambilkira dengan terperinci setiap aspek alam sekitar
dalam plan pertumbuhan dan pembangunan.
(viii) Membolehkan pelajar berperanan dalam merancang pengalaman pembelajaran dan mendapat peluang untuk membuat dan menerima keputusan bersama.
(ix) Menghubungkait sensitiviti alam sekitar, pengetahuan, kemahiran penyelesaian masalah dan nilai yang jelas kepada semua peringkat umur dengan memberi penekanan khusus terhadap sensitiviti alam sekitar.
(x) Membantu pelajar meneroka simptom dan penyebab bagi masalah sebenar alam sekitar.
(xi) Menekankan kompleksiti masalah alam sekitar dan keperluan untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah.
(xii) Menggunakan pembelajaran alam sekitar secara pelbagai dan pendekatan pendidikan yang meluas bagi mengajar, belajar tentang dan dari alam sekitar dengan menekankan kepada aktiviti praktikal dan pengalaman sebenar.

Buku Rujukan
Abdul Manaf Muda. (1993). Pendidikan Alam Sekitar. Jurnal Akademik
Maktab Perguruan Kuala Terengganu. 8: 67-75.
Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar:
Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru. (1997). Huraian Sukatan Pendidikan Alam
Sekitar Diploma Perguruan Malaysia. Malaysia: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kartini Abdul Mutalib. (2008). Keberkesanan modul pengajaran
Ekosistem Hutan Tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan
sikap pelajar. Tesis Phd. Fakulti Pengajian Alam Sekitar. UPM.
Serdang. Tidak diterbitkan.
Barraza, L., Duque-Aristizabal, A.M. dan Robolledo, G. (2003).
Environmental Education: from policy to practice. The Journal of
Environmental Education. 9(3): 347-357.
Hart, E.P. (1981). Identification of key characteristics environmental
education. The Journal of Environmental Education. 13(1): 12-16.
Hungerford, H.R. dan Volk, T.L. (1990). Changing learner behaviour
through environmental education. The Journal of Environmental
Education. 21(3): 8-12.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru:
Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum KBSR. Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Palmer, J. dan Neal, P. (1994). The handbook of environmental
education. London and New York: Routledge.
Rozita Ibrahim. (2001). Pendidikan alam sekitar: Isu dan cabaran. Dlm,
Jamaluddin Md Jahi dan Mohd Jailani Mohd Nor. Environmental
management 2001. Proceeding national seminar on environmental
management: Current development and future planning (hlm. 23-30).
14-15 Ogos 2001, Bangi, Selangor.
UNESCO-UNEP. (1978). Final Report: Intergovernmental Conference on
Environmental Education (Tbilisi, USSR). Paris: UNESCO.

Rujukan Laman Web:
http://en.wikipedia.org/wiki/United_Nations_Conference_on_the_Human_
Environment
http://en.wikipedia.org/wiki/Agenda_21
http://unesdoc.unesco.org/images/0013/001334/133472eo.pdf
http://www.gdrc.org/uem/ee/tbilisi.html
http://www.un.org/documents/ecosoc/cn17/2000/ecn172000-8.htm
http://www.unep.org/Documents.Multilingual/Default.asp?DocumentID=97
http://www.un-documents.net/unchedec.htm
http://www.un-documents.net/rio-dec.htm
http://www.un.org/esa/dsd/agenda21/