Tuesday, 11 September 2012

DASAR WAWASAN NEGARA


DASAR WAWASAN NEGARA
MATLAMAT DAN RANGKA DASAR
PENDAHULUAN
1.01 Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) yang meliputi tempoh 2001-2005 merupakan fasa
pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001-2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam RRJP3 akan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21. RMKe-8 menggabungkan strategi, program dan  projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama.

1.02 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7), negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, kecuali pada tahun 1998 apabila negara dilanda krisis ekonomi yang teruk. Walau bagaimanapun, penguncupan ekonomi yang mendadak hanya berlaku dalam jangka masa yang singkat. Ekonomi kembali mengalami pertumbuhan dengan cepat hasil pelaksanaan dasar fiskal dan kewangan serta strategi yang berkesan oleh Kerajaan dan prestasi sektor luaran yang menggalakkan. Pada tahun 2000, ekonomi mencatat kadar pertumbuhan sebelum krisis dengan harga secara relatifnya stabil dan kadar penggangguran yang rendah. Tahap kemiskinan dapat dikurangkan dengan ketara dan kualiti hidup dapat ditingkatkan.

1.03 Dalam tempoh RMKe-8, ekonomi Malaysia akan menghadapi cabaran yang lebih besar kesan daripada peningkatan globalisasi dan liberalisasi serta kemajuan teknologi yang pesat, terutamanya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bagi meningkatkan daya saing dan memperkukuhkan daya tahan ekonomi, usaha yang bersungguh-sungguh akan dilaksana untuk meningkatkan produktiviti faktor keseluruhan (TFP) serta memudahkan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Keutamaan akan diberi untuk meningkatkan penawaran tenaga buruh yang berkualiti, meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan mempercepatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan. Penekanan juga akan diberi kepada memperkukuhkan nilai-nilai positif di kalangan rakyat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu dan saksama.

II. DASAR WAWASAN NEGARA
1.04 Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

1.05 Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh Negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial. Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut:
·         Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan
·         Semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih
·         Bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan
·         Kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;
·         Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan
·         Dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta Wilayah;
·         Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber
·         Pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;
·         Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi;
·         Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk
·         Meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya
·         Pemikiran rakyat;
·         Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang
·         Cekap, produktif dan berpengetahuan; dan
·         Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.

III. TERAS PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN
 1.06 Dalam tempoh RMKe-7, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara keseluruhan adalah positif walaupun krisis kewangan menyebabkan ekonomi menguncup sebanyak 7.4 peratus pada tahun 1998. Krisis ini merupakan satu ujian getir ke atas ketahanan negara dan menyerlahkan kekuatan dan kelemahan ekonomi. Kesan globalisasi, liberalisasi dan kemajuan pesat ICT memerlukan dasar, strategi dan program sedia ada dinilai dan disusun semula serta pendekatan baru dilaksanakan. Dasar dan strategi akan ditumpukan bagi mencapai pertumbuhan mampan dengan daya tahan serta memperkukuhkan infrastruktur kewangan dan ekonomi.
 1.07 Pelaksanaan strategi yang sesuai pada masa yang tepat dan secara berkesan adalah penting bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara dalam membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Sehubungan dengan ini, Kerajaan akan terus memastikan pendekatan menyeluruh dan seimbang diambil dalam melaksanakan agenda pembangunan negara. Melalui pendekatan ini, penekanan bukan sahaja akan diberi kepada pembangunan sumber manusia dari segi ekonomi tetapi juga pembangunan aspek-aspek penting yang lain iaitu sosial, kebudayaan dan psikologi.
 1.08 Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 akan memberi tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mampan dengan berdaya tahan. Teras RMKe-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan. Peralihan kepada strategi ini penting dalam usaha meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, mempercepatkan perubahan struktur sektor pembuatan dan perkhidmatan serta menggiatkan sektor pertanian dan memperkukuhkan kestabilan sosioekonomi melalui pengagihan kekayaan dan pendapatan negara yang saksama. RMKe-8 akan memberi lebih tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta. Dalam usaha meningkatkan daya saing negara, penekanan khusus akan diberi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber manusia, peningkatan aktiviti P&P serta penggunaan teknologi terkini, terutamanya ICT.
 1.09 Strategi utama yang akan dilaksana dalam tempoh Rancangan bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara adalah seperti berikut:
·         Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap dan memastikan dasar kewangan
·         Dan fiskal yang berhemat serta meningkatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan
·         Pengetahuan;
·         Memperkukuh dan menyelaras program dan strategi pengagihan bagi memastikan
·         Penyertaan yang seimbang di kalangan dan antara kumpulan etnik dan kumpulan
·         Pendapatan serta wilayah;
·         Meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan pengetahuan, kemahiran
·         Dan kepakaran pekerja serta mengukuhkan p&p dan sains dan teknologi (s&t);
·         Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan mempercepatkan peralihan
·         Sektor ekonomi utama kepada proses pengeluaran yang lebih cekap dan aktiviti nilai
·         Ditambah yang lebih tinggi;
·         Memperluaskan penggunaan ict dalam semua sektor ekonomi bagi mempercepatkan
·         Proses pertumbuhan;
·         Memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan bekalan tenaga manusia yang
·         Mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran berfikir yang tinggi;
·         Melaksanakan pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu-isu sumber
·         Asli dan alam sekitar bagi mengekalkan pembangunan yang mampan;
·         Meningkatkan lagi kualiti hidup melalui peningkatan akses kepada perkhidmatan sosial
·         Serta membangunkan aspek estatik dalam kehidupan;
·         Dan
·         Mempergiatkan usaha bagi memupuk dan menyemai nilai-nilai positif dan sifat murni di
·         Kalangan rakyat menerusi sistem pendidikan, pertubuhan sosial dan agama serta media.

Pengekalan Kestabilan Ekonomi Makro
1.10 Ekonomi makro yang stabil adalah penting untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi mampan dengan berdaya tahan. Usaha untuk mengekalkan kestabilan ekonomi makro, termasuk meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap, memastikan dasar kewangan dan fiskal yang berhemat, menggalakkan pelaburan yang berkualiti dari dalam dan luar negara, meningkatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan dan mengekalkan kedudukan imbangan pembayaran yang sihat.
 1.11 Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap. Malaysia akan meneruskan matlamat untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan kadar inflasi yang rendah dan akaun luar negara dan belanjawan yang mampan. Bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, KDNK sebenar perlu berkembang pada kadar minimum 7.0 peratus setahun. Kadar pertumbuhan ini akan dicapai selaras dengan potensi ekonomi jangka panjang dan asas pengurusan ekonomi makro yang mantap khususnya dalam keadaan harga yang stabil dan mengekalkan lebihan dalam imbangan akaun luar negara dan akaun fiskal. Dalam tempoh RMKe-8, melalui pelaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan potensi keluaran, pertumbuhan ekonomi disasarkan pada kadar 7.5 peratus setahun. Usaha akan diambil bagi meningkatkan kecekapan dalam penggunaan modal, melaksanakan pelaburan berkualiti dan produktif serta meningkatkan produktiviti buruh dan sumbangan TFP kepada pertumbuhan ekonomi.
1.12 Dalam mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi, pengalaman daripada krisis ekonomi pada tahun 1998 telah memberi petunjuk perlunya ekonomi mempunyai daya tahan bagi menghadapi sebarang kemungkinan di luar jangkaan dan keupayaan untuk pulih dengan kesan minimum. Dalam suasana system kewangan global yang semakin berintegrasi, negara akan terus terdedah kepada risiko aliran modal spekulatif jangka pendek yang tidak terkawal. Oleh yang demikian, pengurusan ekonomi makro yang mantap akan dilaksana bagi mengelak ketidakseimbangan serta menyumbang kepada pengukuhan daya tahan ekonomi dan meningkatkan daya saing.
1.13 Memastikan dasar kewangan dan fiskal berhemat. Dalam tempoh RMKe-8, Kerajaan akan meneruskan dasar fiskal yang berhemat bagi memastikan nisbah khidmat hutang jangka panjang yang mampan dan terkawal. Sistem percukaian dan pentadbirannya akan terus diperkukuhkan untuk menjana hasil dan meningkatkan kecekapan ekonomi dan produktiviti. Dasar kewangan akan mengukuhkan lagi dasar fiskal dalam menggalakkan pertumbuhan jangka panjang yang mampan. Dalam konteks ini, kecairan akan diuruskan dengan berhemat untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi tanpa menyebabkan berlakunya inflasi. Dasar kewangan juga akan memastikan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank tidak menjadi punca ketidakstabilan yang membawa kepada kenaikan harga aset yang seterusnya menyebabkan tekanan inflasi. Bagi menggalakkan simpanan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi, kadar pulangan sebenar deposit yang positif akan dikekalkan. Di samping itu, pasaran bon akan dibangunkan bagi melengkapi sistem perbankan dalam memenuhi keperluan kewangan khususnya untuk projek infrastruktur yang besar.
 1.14 Menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negeri dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang berkualiti. Usaha akan ditumpu bagi menggalakkan pelaburan swasta dalam negeri supaya ekonomi dapat dibangun berasaskan strategi pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri serta mengukuhkan daya tahan ekonomi. Kerajaan akan terus melaksana dasar properniagaan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan perniagaan. Sektor swasta akan digalak meningkatkan kualiti pelaburan dan mengembangkannya kepada aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi. Sehubungan dengan ini, dalam usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing, usahawan tempatan digalak meningkatkan penggunaan pengetahuan dalam operasi dan menjadikan amalan dan standard antarabangsa sebagai pengukur keupayaan mereka. Di samping itu, perolehan kepakaran dan kontrak pengeluaran akan menjadi bertambah penting khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengembangkan pasaran dalam negeri dan antarabangsa. Dasar penswastaan akan terus dilaksana sebagai kaedah memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi serta meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor korporat.
 1.15 Kerajaan juga akan terus menggalakkan FDI terutamanya dalam aktiviti pembuatan berteknologi tinggi, ICT, tenaga dan aktiviti strategik lain. Galakan akan diberi kepada FDI yang mempunyai komponen P&P serta dapat memberi manfaat yang ketara dalam aspek pembangunan sumber manusia, pemindahan teknologi dan akses kepada pasaran baru. Syarikat multinasional (MNC) akan terus diberi galakan untuk mengukuhkan rantaian dengan industry dalam negeri melalui penggunaan lebih banyak input tempatan. Pelabur asing juga digalakkan membentuk kerjasama dan perkongsian strategik dengan PKS dalam negeri.
 1.16 Mengekalkan kedudukan imbangan pembayaran yang sihat. Kerajaan akan terus melaksana dasar serampang dua mata untuk mengekalkan kedudukan imbangan pembayaran yang sihat iaitu mengurangkan defisit dalam imbangan perkhidmatan dan meningkatkan lebihan dagangan. Bagi menangani defisit akaun perkhidmatan, industri perkhidmatan akan terus dibangunkan untuk meningkatkan pendapatan tukaran asing daripada pelancongan, perjalanan dan pendidikan, perkapalan dan insurans, kewangan dan pembinaan. Di samping itu, bagi mengekalkan pendapatan eksport, Kerajaan akan terus menyediakan persekitaran yang kondusif yang dapat membangunkan lagi sektor eksport. Usaha juga akan diambil bagi mengurangkan bil import menerusi promosi PKS secara aktif untuk mengeluarkan input perantaraan bagi industri dalam negeri.
 1.17 Dalam tempoh Rancangan, industri tempatan dijangka menghadapi persaingan yang lebih hebat kesan daripada peningkatan liberalisasi, iaitu selaras dengan pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Kematangan ekonomi negara membangun yang lain dan negara dalam peralihan kepada ekonomi berasaskan pasaran akan meningkatkan lagi persaingan negara di peringkat global. Usaha berterusan akan diambil untuk memperbaiki kualiti kemudahan infrastruktur dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk inisiatif swasta serta meningkatkan pembangunan kelompok industri yang berdaya saing.
1.18 Menggiatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Selaras dengan arah aliran global, peningkatan kandungan pengetahuan dalam semua aktiviti ekonomi adalah perlu untuk meningkatkan nilai ditambah dan mewujudkan guna tenaga. Ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan strategi penting bagi meningkatkan produktiviti dari segi TFP dan tahap potensi keluaran serta menyediakan asas untuk mengekalkan daya saing negara di peringkat antarabangsa dalam jangka masa pendek dan sederhana. Pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan, antara lain, memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk meningkatkan lagi pembangunan sumber manusia, mengukuhkan P&P dan S&T, menaik taraf infrastruktur ICT dan memastikan wujudnya kemudahan pembiayaan yang bersesuaian.
 1.19 Malaysia perlu membangunkan dengan segera tenaga manusia yang kreatif dan inovatif dalam jumlah yang besar. Bagi mencapai tujuan ini, sistem pendidikan akan dikaji semula untuk
menyediakan kemahiran yang diperlukan. Sistem pembelajaran sepanjang hayat akan diperkenalkan dan program peningkatan kemahiran diperkukuhkan untuk menyokong pembentukan masyarakat yang mengutamakan pemerolehan pengetahuan secara berterusan. Di samping itu, program yang lebih teratur akan dilaksana untuk menarik warganegara Malaysia di luar negara serta warga asing yang mempunyai kemahiran tinggi dan berbakat bekerja di Malaysia. Usaha memperkukuhkan P&P dan S&T termasuklah meningkatkan keupayaan dalam negeri untuk menjalankan P&P, memperkemaskan mekanisme pembiayaan sektor awam untuk P&P, menggalakkan sektor swasta supaya memperuntukkan peratusan yang lebih besar daripada pendapatannya untuk aktiviti ini, menumpukan semula usaha P&P dalam bidang strategik dan memperbaiki penyebaran penemuan penyelidikan dan meningkatkan keupayaan pengkomersilannya. Bagi membantu pertumbuhan aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan, Kerajaan secara berterusan akan menaik taraf infrastruktur komunikasi dan multimedia, menggalakkan pembangunan industri dengan kandungan tempatan dan memastikan regim kawal selia yang menyokong pertumbuhan. Sistem kewangan akan disusun semula bagi memenuhi keperluan aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan. Pembangunan industri modal teroka dan pasaran modal akan dipercepatkan untuk menjadi sumber penting pembiayaan aktiviti berinovatif dan berteknologi tinggi.

Pembasmian Kemiskinan dan Penyusunan Semula Masyarakat

1.20 Agenda pengagihan akan terus diberi penekanan untuk mencapai matlamat membina masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pelaksanaan strategi dan
program pengagihan akan diperkukuh dan diselaraskan bagi memastikan penyertaan seimbang di kalangan dan antara kumpulan etnik, pendapatan dan wilayah. Untuk memastikan objektif ini
tercapai Kerajaan akan mengkaji semula dan memperbaiki kelemahan pelaksanaan strategi dan program sedia ada.

1.21 Mengukuhkan program pembasmian kemiskinan. Teras pembasmian kemiskinan dalam tempoh Rancangan adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan mutlak kepada 0.5 peratus pada tahun 2005. Pertumbuhan ekonomi yang dijangka pesat dalam tempoh Rancangan akan mewujudkan lebih banyak peluang kepada golongan miskin untuk meningkatkan lagi pendapatan mereka dan keluar daripada belenggu kemiskinan. Di samping itu, Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan program pembasmian kemiskinan yang lain akan diperkukuhkan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Bagi membasmi kemiskinan di kawasan dan di kalangan golongan yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi, SPKR akan dilaksana sebagai satu pakej bersepadu yang mengandungi komponen ekonomi, sosial dan fizikal.

1.22 Kerajaan akan terus menangani isu ketidakseimbangan pendapatan khususnya antara kumpulan etnik, bandar dan luar bandar dan wilayah. Usaha akan dipergiat untuk mewujudkan kumpulan berpendapatan sederhana yang lebih besar dan makmur di samping meningkatkan pendapatan kumpulan berpendapatan rendah. Lebih banyak aktiviti yang dapat menjana pendapatan akan diperkenalkan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah miskin dan kumpulan berpendapatan rendah. Antara lain, satu mekanisme akan dibentuk bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil dengan menyediakan bantuan pada masa mereka menghadapi keadaan yang sukar. Bagi memenuhi objektif pembangunan seimbang antara wilayah dan negeri, Kerajaan akan mengambil langkah meningkatkan kadar pertumbuhan bagi negeri-negeri kurang maju dengan menggalakkan pertumbuhan sektor ekonomi seperti pembuatan, pelancongan dan pertanian moden.

1.23 Meneruskan agenda penyusunan semula masyarakat. Berhubung dengan penyusunan semula pemilikan, pelbagai program seperti peruntukan saham, skim unit amanah dan penswastaan akan terus dilaksana untuk meningkat dan mengekalkan pemilikan modal dan kawalan Bumiputera ke atas syarikat. Pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat akan ditingkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus pada tahun 2010 seperti yang terkandung dalam RRJP3. Institusi dan agensi amanah Bumiputera diharap dapat memainkan peranan yang lebih besar terutamanya dalam mengembleng sumber Bumiputera dan mewujudkan peluang kekayaan baru. Usahawan Bumiputera akan digalak mewujudkan usaha sama dan perkongsian strategik dengan usahawan bukan Bumiputera dan asing untuk mendapat manfaat dalam kemajuan teknologi, akses kepada pasaran dan kepakaran pengurusan.

1.24 Usaha yang lebih besar akan diambil untuk memperkemaskan pelaksanaan strategi dan
program penyusunan semula guna tenaga dalam pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan supaya mencerminkan komposisi etnik. Pendidikan dan latihan terus menjadi mekanisme penting untuk mencapai objektif penyusunan semula guna tenaga. Dalam hubungan ini, lebih banyak institusi latihan dan vokasional peringkat tinggi akan dibina dalam tempoh Rancangan untuk membolehkan pekerja dan graduan institusi vokasional dan latihan terutamanya Bumiputera untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

1.25 Dalam tempoh Rancangan, pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) akan tertumpu kepada mewujudkan usahawan Bumiputera yang lebih mampan, berdikari dan bertaraf dunia. Sokongan dan penglibatan langsung Kerajaan secara terpilih masih diperlukan. Walau bagaimanapun, agensi pelaksana akan mewujudkan dasar tamat penyertaan yang menetapkan tempoh masa bagi peserta menyertai program yang dilaksanakan untuk memberi peluang kepada usahawan Bumiputera lain mendapat manfaat daripada program tersebut. Selaras dengan objektif mewujudkan masyarakat Bumiputera kelas pertengahan yang lebih besar dan makmur, langkah sedia ada akan diperkemaskan lagi dan strategi baru dilaksana untuk memperkukuhkan daya tahan usahawan Bumiputera. Di samping itu, usaha akan dilaksana untuk menyemai nilai-nilai positif seperti amanah, disiplin dan akauntabiliti di kalangan usahawan Bumiputera. Sektor swasta termasuk dewan perniagaan dan persatuan perdagangan dijangka terlibat secara aktif dalam melaksanakan program-program baru bagi melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang dinamik dan berdaya tahan.

Pertumbuhan yang Didorong oleh Produktiviti
1.26 Meningkatkan pertumbuhan produktiviti adalah penting bagi mencapai pertumbuhan yang tinggi dengan paras harga yang stabil. Memandangkan sumber dan keupayaan pengumpulan modal yang terhad serta persaingan hebat dalam menarik kemasukan pelaburan asing, peralihan strategi pembangunan ekonomi daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh input kepada strategi pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti melalui peningkatan sumbangan TFP perlu dipercepatkan. Peningkatan dalam TFP melalui penggunaan modal dan buruh yang lebih cekap akan membolehkan ekonomi bergerak ke sempadan pengeluaran yang lebih tinggi. Penekanan akan diberi kepada meningkatkan pendidikan, kemahiran dan keupayaan tenaga buruh, memperkemaskan teknik pengurusan dan organisasi, meningkatkan P&P dan S&T, memperkukuhkan kapasiti inovasi dan melindungi hak milik intelektual serta memperluaskan penggunaan ICT.

1.27 Kejayaan strategi pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti bergantung kepada tenaga kerja yang berkualiti dan berkebolehan. Dalam tempoh RMKe-8, sistem penyampaian pendidikan dan latihan akan diorientasikan semula bagi mempercepatkan pengumpulan modal manusia. Pengukuhan sistem ini amat penting kerana perubahan pesat teknologi menyebabkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari menjadi tidak sesuai dengan keperluan pasaran dalam jangka masa yang lebih singkat. Melalui pengukuhan program latihan dan latihan semula, kualiti tenaga kerja dapat ditingkatkan dan seterusnya memendekkan keluk pembelajaran dan mempercepatkan penggunaan proses pengeluaran yang lebih maju dan perolehan teknologi baru. Kerajaan akan mempergiatkan usaha menyediakan lebih ramai tenaga manusia mahir dan berpengetahuan. Dengan wujudnya tenaga manusia sedemikian, ekonomi akan terus meningkatkan keupayaan penggunaan pengetahuan dalam semua peringkat rantaian nilai.

1.28 Kerajaan akan terus menggalakkan firma tempatan untuk menjalankan aktiviti P&P dan inovasi teknologi melalui penyediaan insentif fiskal dan kewangan serta kemudahan infrastruktur yang bersesuaian. Penekanan akan diberi kepada pembiayaan bersama dan menggalakkan program kerjasama dalam penyelidikan antara industri dan institusi awam serta mengkomersilkan penemuan P&P. Memandangkan pelaburan dalam P&P dan pembangunan industri strategik melibatkan kos dan mempunyai risiko yang tinggi, pendekatan nasional yang bersepadu akan dilaksanakan. Sumber-sumber akan disediakan kepada institusi penyelidikan tertentu untuk membangunkan teknologi perindustrian dalam bidang yang dikenal pasti sama ada secara bersendirian atau usahasama dengan industri. Memandangkan bioteknologi merupakan satu daripada teknologi utama dalam abad ke-21, dasar bioteknologi nasional akan digubal bagi merangka pendekatan yang komprehensif dan bersepadu dalam pembangunan bioteknologi.

Peningkatan Daya Saing Sektor Utama
1.29 Proses liberalisasi dan kemajuan dalam ICT serta perubahan dalam pasaran pengguna akan meningkatkan persaingan di pasaran global. Oleh itu, meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa khususnya dalam sektor-sektor ekonomi utama adalah satu daripada teras pembangunan yang penting bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. Sehubungan dengan ini, langkah yang berkesan termasuk memastikan jentera pentadbiran lebih proaktif akan dilaksanakan. Di samping itu, persekitaran yang kondusif akan disediakan menerusi langkah seperti menggubal undang-undang dan merangka dasar perdagangan yang sesuai. Dalam tempoh Rancangan, sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian akan terus menjadi penggerak utama ekonomi.

1.30 Perindustrian masa hadapan. Dalam tempoh RMKe-8, persaingan antara negara untuk mendapatkan pelaburan, pengeluran dan pasaran akan bertambah hebat. Selain peningkatan dalam persaingan, cabaran yang akan dihadapi berikutan kemajuan pesat teknologi akan mempengaruhi pembangunan industri. Bagi memenuhi cabaran tersebut dan mengekalkan momentum pertumbuhan dalam sektor pembuatan, teras strategik ditumpukan untuk membangun industri yang mampu memenuhi keperluan pengguna yang semakin kompleks. Di samping itu, pakatan strategik dengan syarikat asing akan dibentuk untuk meningkatkan daya saing dan menambah peluang di pasaran luar negara.

1.31 Selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Kedua, industri perlu beralih kepada aktiviti rantaian nilai yang lebih tinggi dengan menumpukan kepada peningkatan inovasi dan penggunaan teknologi baru. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah P&P, rekabentuk pembangunan produk, pembuatan berteknologi tinggi, proses kejuruteraan, lojistik dan pemasaran strategik. Penekanan akan diberi kepada pembangunan kelompok industri yang dinamik. Sehubungan dengan ini, industri elektrik dan elektronik akan terus beralih daripada proses pengeluaran berintensif buruh kepada penggunaan proses pengeluaran berteknologi tinggi. Industri berasaskan sumber pula terutamanya industri petrokimia, farmarsi dan keluaran makanan digalak menjalankan aktiviti yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi.

1.32 Kerajaan akan menggalakkan kepelbagaian di kalangan kelompok industri utama memandangkan komposisi industri yang seimbang akan menyumbang kepada pertumbuhan mampan serta meminimumkan kesan daripada turun naik permintaan. Pada masa yang sama, industri digalak menggunakan proses pengeluaran berintensif pengetahuan untuk meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan. Kerajaan akan terus menggalak kemasukan FDI dalam industri yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi dan industri berintensif teknologi serta memberi penekanan kepada latihan kemahiran untuk memenuhi permintaan tenaga manusia mahir oleh industri.

1.33 Memupuk kestabilan dan kecekapan sektor kewangan. Dalam tempoh RMKe-8, penekanan akan ditumpu kepada mengukuh dan meletakkan sektor kewangan pada kedudukan yang strategik dalam persekitaran pasaran yang lebih global dan liberal. Teras sektor kewangan ialah untuk mewujudkan sektor kewangan yang kompetitif, kukuh dan berdaya tahan yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Bagi mencapai tujuan ini, Pelan Induk Sektor Kewangan dan Pelan Induk Pasaran Modal akan menyediakan rangka kerja yang komprehensif untuk pembangunan strategik sektor kewangan sepanjang tempoh 10 tahun.

1.34 Di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan, usaha akan ditumpu bagi membentuk kumpulan utama institusi perbankan tempatan yang kukuh. Pada masa yang sama, institusi perbankan perlu terus memainkan peranan yang dinamik untuk menyokong ekonomi di samping memelihara kestabilan sistem perbankan. Potensi perbankan Islam akan diperkukuhkan lagi sebagai satu sistem yang canggih dan berdaya maju dalam mengembleng tabungan dan menyediakan sumber pelaburan. Rangka kerja institusi dan infrastruktur pasaran akan diperkukuhkan untuk membolehkan sistem perbankan berfungsi dan beroperasi dengan lancar. Pembangunan dan penyelidikan ke atas instrumen kewangan Islam juga akan digalak bagi menjana produk yang berinovatif dan berorientasikan pelanggan.

1.35 Pelan Induk Pasaran Modal menggariskan strategi bagi pembangunan pengantara dan institusi yang kompetitif dalam bidang utama bagi membantu kecekapan dalam penggemblengan sumber dan membina asas domestik yang kukuh untuk sektor perkhidmatan kewangan. Langkah akan dilaksana bagi membangunkan lagi segmen utama pasaran modal seperti pasaran bon dan derivatif serta industri pengurusan dana. Penekanan juga akan ditumpu kepada membangunkan industri modal teroka bagi memudahkan pembiayaan industri berasaskan teknologi yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi. Selain daripada itu, tumpuan akan diberi kepada membangunkan Malaysia sebagai pusat antarabangsa aktiviti pasaran modal Islam.

1.36 Memaksimumkan potensi pelancongan. Pendekatan bersepadu dan menyeluruh akan diberi
penekanan bagi membolehkan industri pelancongan mencapai tahap kemajuan yang lebih tinggi. Pembangunan industri pelancongan yang mampan merupakan bahagian penting dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pelancongan. Usaha akan ditumpu kepada program yang mempunyai impak yang besar dalam menarik pelancong dan meningkatkan hasil pelancongan. Malaysia akan ditonjolkan sebagai destinasi utama pelancong, penuh dengan perayaan dan acara menarik sepanjang tahun. Di samping itu, langkah akan terus dilaksana bagi meningkatkan pembangunan produk, pemasaran dan promosi, keselesaan dan keselamatan pelancong. Pembangunan sumber manusia akan diberi keutamaan selaras dengan keperluan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan pelancongan. Pakatan strategik dan kerjasama antarabangsa akan terus diperkukuhkan untuk meningkatkan lagi promosi dan pembangunan pelancongan.

1.37 Menggiatkan sektor pertanian. Dalam tempoh Rancangan, perubahan sektor pertanian kepada sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing yang bersepadu dengan sektor ekonomi
lain akan dipercepatkan. Tumpuan utama adalah menambah pengeluaran makanan, meningkatkan daya saing komoditi perindustrian menerusi penyatuan kawasan pertanian dan membangunkan sumber baru pertumbuhan. Langkah juga akan dilaksana bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dengan menggiatkan P&P serta menggunakan kemahiran dan teknologi baru. Perkhidmatan sokongan dan institusi akan diperkemas untuk menggalakkan lagi perladangan tersusun dan penyertaan aktif sektor swasta dalam aktiviti pertanian. Pengkomersilan produk pertanian akan dipromosi melalui penumpuan yang lebih kepada aktiviti P&P gunaan dan interaksi yang lebih rapat dengan pelabur yang berpotensi.

Perluasan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1.38 ICT mempunyai peranan strategik dalam mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi
dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti semua sektor dalam ekonomi. Dalam tempoh
RMKe-8, usaha akan diambil untuk mempercepatkan pelaksanaan program dan projek berkaitan ICT di seluruh negara. Bagi mencapai tujuan ini, penyebaran dan penggunaan ICT dalam dan antara sektor akan terus diperluaskan. Persekitaran institusi, peraturan dan perundangan yang kondusif akan disediakan bagi membantu pembangunan ICT dan aktiviti lain yang berkaitan.

1.39 Usaha juga akan dilaksana bagi mempercepatkan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan membantu melaksana aplikasi perdana MSC. Di samping itu, Malaysia akan dibangunkan sebagai hub ICT dan multimedia global. PKS berasaskan ICT akan dibangun untuk
menyokong ekonomi berasaskan pengetahuan. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program ICT, pembangunan sumber manusia akan diberi penekanan untuk menyediakan pekerja berpengetahuan dan mahir yang mencukupi. Seterusnya, kesedaran terhadap ICT akan
dipertingkatkan di kalangan penduduk melalui kempen di seluruh negara dan pendidikan ICT. Langkah juga akan dilaksana bagi menangani jurang digital antara golongan kaya dan miskin, kawasan bandar dan luar bandar serta antara sektor ekonomi bagi memastikan semua rakyat
mendapat manfaat daripada ICT.

Peningkatan Pembangunan Sumber Manusia
1.40 Dalam tempoh Rancangan, teras utama pembangunan sumber manusia ialah menyediakan asas sumber manusia yang kukuh bagi membantu pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta meningkatkan produktiviti dan daya saing. Sehubungan dengan ini, usaha untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif akan dilaksana bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang dilengkapi dengan nilai dan sikap positif. Di samping itu, pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral akan diperkukuh dengan memasukkan nilai-nilai tersebut dalam kurikulum termasuk latihan guru. Tumpuan khusus akan diberi untuk mengeluarkan lebih ramai tenaga manusia P&P dan S&T di peringkat tinggi. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah peluang memperoleh pengetahuan, penekanan akan diberi untuk meningkatkan kefasihan dan kemahiran berbahasa Inggeris di peringkat sekolah dan tertiari. Lebih banyak sekolah berasrama akan dibina bagi meningkatkan prestasi pelajar terutamanya dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Selaras dengan liberalisasi dalam pendidikan dan latihan, penyertaan sektor swasta akan dipergiatkan terutamanya di peringkat tertiari. Sektor swasta akan digalak menambahkan kapasiti dengan menubuhkan kampus dan institusi baru dan mengendalikan lebih banyak program berkembar dengan universiti awam tempatan dan institusi pengajian tinggi luar negara serta memperluaskan program pengajian jarak jauh. Di samping itu, universiti awam dan swasta tempatan akan digalak membangunkan pusat kecemerlangan setanding dengan universiti luar negara yang bereputasi tinggi.

1.41 Akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti akan ditingkatkan melalui penyediaan kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang mencukupi terutamanya di kawasan terpencil dan pedalaman. Peruntukan bantuan kewangan yang mencukupi bagi meneruskan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari di institusi awam dan swasta akan menambah peluang pendidikan dan latihan, terutamanya di kalangan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

1.42 Pada tahun 2005, belia merupakan 19.1 peratus dan wanita 49.5 peratus daripada jumlah
penduduk. Golongan ini merupakan bahagian penting sumber manusia yang boleh menyumbang kepada pencapaian objektif pembangunan negara. Belia perlu diberi bimbingan serta dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai serta disemai dengan sikap dan nilai yang baik bagi menghadapi cabaran persekitaran yang berubah dengan pantas. Usaha juga akan dilaksana untuk terus menyepadu dan menyediakan akses kepada wanita untuk membolehkan mereka mencapai potensi sepenuhnya dan setanding dengan lelaki dalam menyumbang kepada pembangunan.

Pencapaian Pembangunan Mampan
1.43 Penekanan akan diberi untuk menangani isu alam sekitar dan sumber asli secara bersepadu dan menyeluruh. Langkah akan diambil bagi mengenal pasti pendekatan pengurusan yang berhemat, berkeberkesanan kos dan sesuai yang dapat memberi pelbagai manfaat untuk memastikan pembangunan mampan dan berdaya tahan. Kerajaan akan mengambil langkah pencegahan awal dan menggunakan prinsip berwaspada bagi menangani isu pengurusan alam sekitar dan sumber semulajadi. Kerajaan juga akan mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelaksanaan perubahan polisi yang efektif termasuk strategi mewujudkan peluang kepada sektor swasta menyertai pelaksanaan langkah pemuliharaan alam sekitar.

1.44 Langkah akan diambil bagi memperkukuhkan pangkalan data dalam membuat keputusan mengenai alam sekitar dengan memperkenalkan penggunaan indikator pembangunan mampan.
Ini membolehkan Kerajaan mengenal pasti impak ke atas alam sekitar dan merangka rancangan
tindakan pemulihan dengan lebih baik. Usaha menangani pencemaran udara akan diteruskan, terutamanya daripada kenderaan bermotor. Dasar Air Negara akan digubal bagi memastikan sumber air dikendalikan dengan lebih efisien dan berkesan. Di samping itu, dasar pengurusan sisa yang komprehensif akan diperkenalkan bagi menangani isu pengurangan serta penggunaan
dan pengitaran semula sisa.

1.45 Perancangan guna tanah akan diperkukuh dan peraturan diperkenalkan bagi mengawal akses kepada sumber biologi dan menangani isu keselamatan biologi berkaitan dengan organisma yang diubah secara genetik. Pengurusan hal ehwal laut secara keseluruhan akan dikaji semula bagi menangani konflik antara pelbagai aktiviti di kawasan laut, mengurangkan tekanan ke atas persekitaran laut dan memperluaskan kepelbagaian biologi laut dan pantai. Di peringkat antarabangsa, Kerajaan akan terus memantau dan menyertai perundingan alam sekitar bagi memastikan langkah-langkah yang dicadangkan dalam forum tersebut tidak akan menghalang pembangunan Malaysia atau mendiskriminasikan produk berdasarkan ciri-ciri alam sekitar.

Peningkatan Kualiti Hidup
1.46 Usaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi akan disertai dengan penyediaan peluang yang lebih baik kepada semua rakyat Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Sehubungan dengan ini, penyediaan dan akses kepada perkhidmatan sosial adalah penting untuk memastikan orang ramai dapat hidup dengan aman dan melibatkan diri sepenuhnya dalam masyarakat. Pelaburan dalam perkhidmatan sosial akan menyumbang dan membantu meningkatkan peluang mendapat perkhidmatan sosial yang lebih seimbang dan saksama serta meningkatkan kualiti hidup. Kerajaan akan terus memastikan setiap lapisan masyarakat memperolehi faedah pembangunan menerusi penyediaan perkhidmatan sosial yang mencukupi dan berkualiti kepada semua golongan, khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik serta golongan istimewa. Tumpuan akan diberi bagi menyediakan peluang pendidikan dan meningkatkan akses kepada kemudahan kesihatan yang lebih baik serta perumahan yang mampu dimiliki. Di samping itu, usaha akan dilaksana bagi menambah kemudahan kebudayaan dan riadah serta menggalakkan gaya hidup sihat.

1.47 Kerajaan akan terus menyedia dan memperbaiki kemudahan pendidikan yang merupakan elemen penting untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik. Bagi meningkatkan kadar enrolmen di peringkat prasekolah, menengah dan tertiari, tumpuan khusus akan diberi untuk meningkatkan enrolmen dan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar.

1.48 Teras sektor kesihatan adalah untuk terus memperbaiki status kesihatan penduduk menerusi peluasan program pembangunan kesihatan serta memastikan semua rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti. Sektor swasta akan digalak meluaskan liputan perkhidmatan kesihatan untuk melengkapi peranan sektor kesihatan awam. Mekanisme kawal selia akan dibentuk untuk memastikan sektor awam dan swasta menyediakan rawatan kesihatan berkualiti pada kos yang berpatutan.

1.49 Dalam tempoh RMKe-8, tumpuan akan diberi kepada penyediaan perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki oleh kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana. Di samping itu, penekanan akan terus diberi kepada penyediaan kemudahan perumahan dan infrastruktur yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar. Usaha akan dilaksana untuk meluaskan liputan penyediaan kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik dan pembetungan. Keutamaan akan diberi kepada perluasan bekalan air di kawasan luar bandar dari sumber lain seperti air bawah tanah, sungai dan anak sungai. Tumpuan juga akan diberi untuk meningkatkan kapasiti dan akses kepada infrastruktur di kawasan kurang maju sementara di kawasan bandar usaha akan ditumpu kepada meningkatkan kecekapan dan memperbaiki perkhidmatan pengangkutan.




1.50 Aspek estetik dalam kualiti hidup akan terus diberi penekanan menerusi penglibatan yang
lebih besar dalam aktiviti seni dan kebudayaan. Ini akan digalakkan menerusi kempen, pameran
dan persembahan di peringkat negeri dan daerah. Usaha ini akan diperlengkapkan dengan pembangunan kemudahan fizikal yang diperlukan. Kualiti persembahan kebudayaan juga akan ditingkatkan melalui penyediaan latihan kepada artis dan mengenal pasti bakat-bakat baru.

1.51 Sukan akan terus digalakkan sebagai alat untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia, membina gaya hidup sihat serta menguatkan semangat perpaduan, setiakawan dan semangat kekitaan di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Penyertaan dalam sukan akan digalakkan melalui pelaksanaan program bersesuaian yang dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing.

1.52 Langkah perlindungan dan pendidikan pengguna akan dipergiatkan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kebajikan pengguna. Ini akan meningkatkan kesedaran pengguna dan melindungi kepentingan mereka. Bagi memenuhi permintaan dan harapan pengguna yang
semakin tinggi, pengeluar dan peniaga perlu meningkatkan kecekapan dan produktiviti secara berterusan bagi menyediakan barang-barang berkualiti pada harga yang kompetitif.

Penanganan Isu Sosial
1.53 Pembangunan ekonomi dan pembandaran akan memberi kesan ke atas norma serta institusi sosial dan kebudayaan. Di samping itu, globalisasi mempunyai impak dan mungkin mengancam keutuhan struktur kekeluargaan dan komuniti tradisional serta mempengaruhi nilai-nilai budaya dan norma dalam integrasi sosial dan pembinaan nusa bangsa. Usaha-usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan masyarakat mempunyai daya tahan untuk menghadapi pengaruh negatif yang mungkin memberi kesan kepada asas keharmonian dan toleransi sosial. Ketidakupayaan berhadapan dengan perubahan sosial termasuk perubahan gaya hidup dan struktur kekeluargaan akan menimbulkan pelbagai masalah sosial dan menafikan faedah pembangunan ekonomi. Oleh itu, strategi dan program pembangunan sosial perlu digubal serta mekanisme sokongan sosial yang sesuai disediakan.

1.54 Pelan Tindakan Sosial (PINTAS) yang digubal pada tahun 1998 menyediakan rangka kerja
untuk membentuk sistem yang seimbang yang menyepadukan pelbagai komponen pembangunan sosial dan akan dilaksanakan di seluruh negara. Bagi menangani isu-isu sosial, PINTAS akan memberi tumpuan kepada aspek promosi, pencegahan, penglibatan dan pemulihan. Melalui sistem ini, perkhidmatan dan sumber yang disediakan oleh Kerajaan dan agensi bukan kerajaan akan disepadu dan diselaraskan untuk menyokong usaha pembangunan sosial secara berkesan. Sehubungan dengan ini, iltizam dan kerjasama daripada semua kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta, komuniti setempat dan individu adalah perlu untuk memastikan masalah sosial dapat dicegah dan diuruskan secara profesional.

1.55 Menyedari bahawa keluarga adalah asas kestabilan sosial dan masyarakat penyayang, tumpuan akan terus diberi untuk memperkukuhkan unit keluarga. Usaha akan terus diambil untuk membolehkan keluarga menghadapi cabaran kesan daripada kepesatan pembangunan ekonomi serta memastikan kestabilan dan keharmonian dalam keluarga. Di samping itu, program pembangunan keluarga akan terus dilaksana bagi memastikan keluarga dan masyarakat pada umumnya berdaya tahan.

Pengukuhan Nilai Moral dan Etika
1.56 Sistem nilai murni yang menekankan tingkah laku bermoral dan beretika yang berasaskan
agama, adat dan tradisi merupakan komponen penting dalam semua usaha pembangunan. Sifatsifat yang baik seperti amanah, disiplin, rajin, jujur, hormat dan toleransi akan terus dipupuk dan dipelihara melalui sistem pendidikan, pertubuhan agama dan sosial, badan perniagaan dan media. Tumpuan yang lebih akan diberi untuk menyemai nilai-nilai positif ini di kalangan belia melalui pelaksanaan program Rakan Muda.

1.57 Dalam usaha menjadi sebuah negara maju sepenuhnya seperti terkandung dalam Wawasan 2020, adalah perlu untuk memupuk semangat identiti bersama dan bangga terhadap negara berasaskan warisan dan pencapaian yang lepas serta meningkat dan mengoptimumkan potensi yang sedia ada. Semangat identiti bersama dan berkongsi tujuan sangat penting dalam usaha pembangunan nusa bangsa. Pemupukan nilai positif dan kepercayaan terhadap nilai moral dan tingkah laku beretika sebagai satu cara hidup di kalangan rakyat akan terus menjadi asas kepada kejayaan negara.

IV. PENUTUP
1.58 Teras RMKe-8 adalah untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing bagi menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasi. Pengurusan berhemat ekonomi makro bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum dan cekap serta usaha memperkukuhkan daya
tahan sistem kewangan diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan. Strategi untuk menangani cabaran utama dalam tempoh Rancangan termasuk meningkatkan produktiviti, menambah penawaran tenaga manusia yang berkualiti, menggiatkan aktiviti P&P dan meningkatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan. Bagi membolehkan negara membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, ekonomi negara perlu beroperasi pada sempadan pengeluaran yang lebih tinggi dan mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan yang didorong oleh input kepada pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa yang sama, tumpuan akan juga diberi bagi meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan, perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan. Usaha juga akan dilaksana bagi memastikan kehidupan sosial masyarakat diperkukuh dan mempunyai daya tahan untuk menghadapi pengaruh negatif yang mungkin akan memberi kesan terhadap asas toleransi dan keharmonian sosial serta pembinaan nusa bangsa.

Akta Perhutanan 1984

https://mail.google.com/mail/u/0/?shva=1#inbox/139b864308dbaff5

Akta Kualit Alam Sekeliling 1974


KESALAHAN‐KESALAHAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127)
Bil Seksyen Kesalahan Hukuman
1. 25(1) Mengeluar, melepas atau meletakkan apa‐apa benda berbahaya kepada alam
sekeliling, pencemar atau buangan ke dalam mana‐mana perairan daratan tanpa
suatu lesen.  
Denda tidak melebihi RM100,000
atau dipenjara tidak melebihi 5
tahun    atau kedua‐duanya dan
denda tambahan tidak lebih
daripada RM1000 sehari bagi tiap‐
tiap hari kesalahan itu diteruskan
selepas disampaikan kepadanya
suatu notis yang diberi oleh Ketua
Pengarah menghendakinya
menmberhentikan perbuatan yang
dinyatakan di dalamnya itu.  
2. 27(1) Melepaskan atau menumpahkan apa‐apa minyak atau campuran yang
mengandungi minyak ke dalam perairan Malaysia tanpa suatu lesen.
Denda tidak melebihi RM500,000
atau dipenjara tidak lebih 5 tahun  
atau kedua‐duanya.
3. 29(1) Melainkan jika dilesen, tiada seseorang boleh melepaskan benda berbahaya
kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan‐buangan ke dalam perairan
Malaysia dengan melanggar syarat‐syarat yang boleh diterima yang ditentukan di
bawah seksyen 21.
Denda tidak lebih daripada
RM500,000 atau penjara tidak lebih
daripada 5 tahun atau kedua‐
duanya.
4. 34B
  
(1) Tiada seorang pun boleh ‐  
(a) menempatkan, meletakkan atau melupuskan, atau menyebabkan atau
membenarkan ditempatkan, diletakkan atau dilupuskan, kecuali di
premis yang ditetapkan sahaja,    apa‐apa buangan terjadual di darat
atau ke dalam perairan Malaysia;
(b) menerima atau menghantar, atau menyebabkan atau membenarkan
diterima atau dihantar apa‐apa buangan terjadual di dalam atau di luar
Denda tidak melebihi RM500,000
atau dipenjara tidak melebihi 5
tahun  atau kedua‐duanya.Malaysia; atau
(c) mentransit atau menyebabkan atau membenarkan ditransit buangan
terjadual,
tanpa terlebih dahulu mendapat apa‐apa kelulusan daripada Ketua Pengarah
Kualiti Alam Sekeliling.
2 OGOS 2010
Disediakan oleh : Ahmat faizal bin Abas 
206080
 


Kerajaan merupakan nadi utama pergerakan dan pentadbiran bagi sesebuah negara. Bagi isu besar seperti pencemaran alam sekitar turut menjadi agenda utama yang kepada kerajaan untuk mengatasinya demi kesejahteraan hidup rakyat bagi sesebuah negara. alam sekitar yang tidak tercemar dapat melahirkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar dari dicemari dan memulihara alam sekitar yang tercemar. Selain itu Kementerian pelajaran turut memainkan peranan bagi mendidik pelajar-pelajar sekolah untuk mencintai alam sekitar dan berusaha untuk melindunginya.

Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari punca tetap (point sources) (dengan izin). Efluen dan sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan di bawah Akta berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum dilepaskan. Di samping itu, Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan, Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar(JAS) sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Selain itu, Bagi masalah pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan oleh NRE untuk mengambil tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food, Oil & Grease Trap) untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya dan melaksanakan program ‘Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai’ untuk mempertingkatkan kualiti air sungai dan mengambil tindakan undang- undang terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya. Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) yang juga di bawah NRE telah ditugaskan untuk menjaga hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan simpan. Jabatan ini memainkan peranan penting untuk menjaga hutan dari diterokai dengan haram dan berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan pencemaran tanah, pencemaran air dan udara. Tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) seperti tindakan undang-undang yang di kenakan terhadap pesalah-pesalah yang melakukan pembalakan secara haram, penerokaan hutan simpan dengan haram dan melakukan pembakaran terbuka adalah usaha yang harus di teruskan .

Kementerian pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar(JAS) telah menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia adalah sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintai lah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam, Pameran Alam Sekitar dan sebagainya. Misalnya, pameran alam sekitar yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar(JAS) juga telah merupakan satu program pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas keberkesanan aktiviti dan yang paling penting penglibatan secara hands-on atau fizikal oleh anggota masyarakat untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar yang dikenali sebagai program rakan alam sekitar.
 

Kesimpulannya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi pencemaran terhadap alam sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang, kempen-kempen kesedaran,pameran yang berkaitan dengan alam sekitar dan sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat mencurah air kedaun keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di negara ini.
Isu-Isu Alam Sekitar
EmailPrint
Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di Bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di Bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih.Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut.
Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu tersebut.
MASALAH KETEGASAN DAN PELAKSANAAN
Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana kawalan-kawalan itu mencukupi dan memandai. Apakah kawalan-kawalan itu merangkumi segala aspek permasalahan alam sekitar, termasuk segala bentuk bentuk pencemaran dan keutuhan sumber alam. Pengawalan bukan semata-mata terhadap masalah yang telah serius tetapi juga turut merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih dalam peringkat yang tidak membimbangkan dan juga segala kemungkinan kemusnahan terhadap alam sekitar yang akan berlaku juga perlu diambil kira. Di Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir segala aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa untuk menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah alam sekitar yang telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan masalah-masalah yang biasa. Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak swasta dan masyarakat secara amnya perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata..
Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk penetapan tingkat piawaian misalnya, sudah cukup tegas dan sesuai dengan tingkat yang boleh menjamin kesihatan, atau apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi sesuai dengan tingkat penetapan yang telah dibuat oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau Amerika Syarikat. Begitu juga apakah cukai pencemaran atau denda yang dikenakan itu sudah cukup tinggi sehingga ia boleh dijadikan daya penggerak utama bagi menggelakkan pencemaran. Soalan seterusnya ialah dari segi pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah dibuat itu dapat dijalankan sepenuhnya?
Masalah ini akan diulas lebih lanjut dalam kelemahan penguatkuasaan tetapi dari segi umumnya tingkat piawaian pengurusan alam sekitar di negara ini ada yang telah mencapai standard antarabangsa dan ada yang belum. Sebagai contoh, sistem pembekalan air di Malayisa telah memenuhi piawaian WHO ( sumber: Majalah MASSA ) namun pengurusan alam sekitar di Malaysia masih dikritik masyarakat antarabangsa kerana lebih mengutamakan pembangunan. Tentang denda dan undang-undang yang ada, secara keseluruhan ia masih belum mampu membendung pencemaran di tahap yang dikehendali dan bukan semua program yang dirancang dapat dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan. Contohnya program kitar semula yang bermula awal tahun 2000 semakin terpinggir kerana tiada sambutan daripada masyarakat selain daripada kesukaran mewujudkan pusat kitar semula di setiap daerah dan kawasan.
KEKANGAN POLITIK DAN EKONOMI
Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan politik pemerintah pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak akan menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara akan menyebabkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan pusat dan negeri memerlukan sumber kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan. Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada kepentingan alam sekitar. Beberapa contoh dapat dilihat. Pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah menyebabkan pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan menjadikannya sebagai kawasan paya yang tidak berguna . Pembinaan jalan raya Relau-Balik Pulau telah merosakkan tanaman di enam buah kampong di daerah Relau dan Balik Pulau.
Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar ( sebarang peraturan alam sekitar yang akan dibuat dirujukkan kepadanya) juga gagal untuk mencerminkan penyertaan rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada satupun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan berkepentingan kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik universiti. Perwakilan yang seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada priority pembangunan ekonomi. Oleh itu, segala candangan dan nasihat daripada perwakilan majlis ini kepada Menteri berkenaan juga tidak mungkin berada dalam tingkat mendesak khususnya daripada keperluan piawaian yang tegas. Oleh itu, adalah penting agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai semula atau mempunyai beberapa pemerhati daripada golongan orang awam agar segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata. Prinsip ‘check and balance’ yang diamalkan oleh perlanan sistem pemerintahan negara yang terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksekutif, legislative dan kehakiman boleh diguna pakai dalam hal ini.
Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut. Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan. Ini menyebabkan pihak berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa air buangan. Pada tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai Tawar dan Sungai Kangar.
Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke laut ialah denda tidak lebih RM 10000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda tidak lebih RM 10 000, penjara tak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1000 sehari bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua Pengarah untuk menghentikanya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang menyebabkan masalah ini. Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak berkuasa lebih mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan berlembut dengan pihak yang bersalah. Denda yang dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada pencemar yang sedikitpun tidak akan memberi sebarang pengajaran kepada mereka. Mereka akan terus melakukan pencemaran dan membayar denda yang kecil.
Selain itu, berlaku penindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan Negeri dalam isu-isu dan hal berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar adalah jelas. Perundangan subsidiari sama ada undang-undang jenayah dan sivil yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah mengikut garis panduan Perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan undang-undang yang tertinggi. Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan undang-undang yang seragam antara negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar yang dapat digunakan di semua negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung namun keseragaman ini tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaaan yang boleh dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal kedua buah negeri seperti hal- hal perundangan negeri, bidang kuasa Mahkamah Tinggi, agama dan adat istiadat kedua buah negeri tanpa persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Sarawak.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan dengan tanah, hutan, sumber air , kawasan Kerajaan tempatan, perikanan and pertanian adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri , Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan dengan pengurusan alam sekitar.
Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes pembalakan di Endau- Rompin.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas 500 000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menggunakan 30 000 ekar daripada kawasan tersebut untuk pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan orang awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang yang baru dilantik.
Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Masalah pertelingkahan kepentingan dan pertindihan kuasa akan tetap berlaku kerana masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-sumber alam sekitar seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukkan tersebut bukanlah buruk atau membebankan kerana ia bertujuan mengimbangi kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam sistem pemerintah negara yang berbentuk persekutuan. Namun ia tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah dinyatakan. Dengan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak berada di tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya imbangan kuasa dalam pemerintahan negara.
Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun adalah penting memasukkan peruntukkan melantik badan yang bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan alam sekitar. Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat diselesaikan di samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan alam sekitar negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka. Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah megetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang ( substainable development) seperti yang diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9 ).
Tentang masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga mengambil kira kebaikkan undang-undang tersebut terhadap pembangunan alam sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang yang sama dengan undang-undang tersebut dan menguatkuasakannya di negeri masing-masing jika ia betul-betul merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan undang-undang persekutuan.
Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu mengikut telunjuk Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan sesuatu projek sambil mengabaikan kepentingan alam sekitar. Contohnya, Pembinaaan Empangan Bakun di Sarawak banyak menjejaskan ekosistem alam sekitar. Kerajaan negeri dalam hal ini perlu menggunakan kuasa mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tidak membenarkan projek ini pada awalnya jika mereka betul-betul mengutamakan kepentingan dan pengurusan alam sekitar.
MASALAH BIDANG KUASA DAN HIERARKI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)
Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).
Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program, JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini berada dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.
Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku satu pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal mencegahnya. Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil tindakan awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka dan meluluskannya serta lebih mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu sedar bahawa kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya disalahkan seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang serius.
Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah pihak Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada alam sekitar. Jika Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Menterinya Datuk Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil kira penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu keputusan agar objektif pembangunan terancang dapat dicapai.
Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasa khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit pencemaran air, udara dan sebagainya) yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma perbincangan perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini dan melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar dilantik seorang pegawai bagi setiap unit penguatkuasaan agar dapat menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.
Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam pemantauan JAS adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin timbul isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri kerana tindakan mereka melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat sebuah kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat daripada Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, JAS akan berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak kerana perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dalam keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka mempunyai hak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu memainkan peranan dalam menyelesaikannya.
Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikkan di mana kerajaan tempatan yang juga mempunyai kuasa dalam pengurusan alam sekitar boleh membantu JAS dalam penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah tentunya membawa lebih banyak kebaikkan daripada bertelingkah tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain itu, kerjasama juga boleh dibuat dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Kesihatan.
MASALAH KAKITANGAN
Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini perlu diisi.
Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa masalah perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum dapat dilaksana dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975, tugas-tugas untuk menyelengarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang akan mentadbirkan akta ini dan masalah pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga tahun 1975, kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius dengan beberapa kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi.
Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan Mei 1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan. Oleh yang demikian, program kerja yang menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan dan kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna sepertimana yang diharapkan.
Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk menentukan pencemaran air pada tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh kekurangan kakitangan pada awal tahun berkenaan.
Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu. Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak mencukupi masih menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan. Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai penguatkuasa masih belum mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan yang tidak mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi penguatkuasa yang lain.
Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit dalam melindungi alam sekitar dan melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah dinyatakan dalam pelan Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera dengan mengambil sumber tenaga yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasa yang lain agar masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping perancangan pembangunan alam sekitar yang lebih baik.
Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak berminat dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang kosong. Adalah lebih baik menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang dilantik agar mereka tidak menjalankan tugas dengan sambil lewa.
MASALAH KOS PENGURUSAN
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40 juta dan jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak. Jika dibandingkan jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan awam, peratusnya adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-dua rancangan tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus meningkat melebihi 10 kali ganda antara tahun 1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS yang semakin meningkat.
Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan bagi pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya. Pungutan dan pelupusan sampah sarap pepejal dikatakan melibatkan kos purata pada tahun 1983 sebanyak RM 50 setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur yang dianggarkan buangan pepejal sampah ialah 1000 tan sehari, maka ini bermakna sejumlah lebih daripada RM 18 juta akan terlibat bagi setiap tahun untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.
Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam melaksanakan kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa ditanggung bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan kelapa sawit sahaja, sehingga tahun 1983, sejumlah RM 200 juta terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini.
Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar dibandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.
Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan sesebuah agensi atau jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.
Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada kerajaan untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran terus meningkat dan masyarakat tidak turut memainkan peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai turut memainkan peranan agar pencemaran dapat dikawal dan seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan turut melancarkan pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam sekitar yang bersih.
MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM
Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha pembangunan.
Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor yang menggunakan asap-asap kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977.
Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletakkan di dalam sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan toksik itu datang dari Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan mereka dan kesan bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan berkesan untuk menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain. Mereka yang terbabit memberikan pelbagai alasan seperti pihak Taiwan enggan menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan undang-undang dan sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil dalam hal ini seperti menlupuskan bahan toksik ini dengan segera dengan cara yang dipratikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari nanti memudaratkan penduduk.
Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.
KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar.
Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai matapelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam matapelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidkan alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang betul.
Namun kini terdapat harapan dalam pendidkan alam sekitar di mana kerajaan mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam pendidikan yang bersifat tidak formal. Contohnya promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan alam sekitar dan penyiaran rancangan berbentuk alam sekitar di dalam media elektronik dan media massa.
Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa lalu tidak diulangi dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu yang menyeluruh tentang pendidikan alam sekitar serta dapat mempraktikkannya kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar di masa hadapan. Pendidikan adalah medium yang berkesan untuk pembangunan kelak.
KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.
Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.
Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan ekonomi, pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai. Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah juga mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah kelemahan penguatkuasaan namun tiada data atau kes mengenainya yang diketahui umum.
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan alam sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk para pegawai penguatkuasa untuk tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka sepatutnya berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas agar usaha mereka dihargai dan mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja, masalah-masalah lain yang dihadapi mereka akan disedari pihak terbabit dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut satu persatu. Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai penguatkuasa sendiri akan membantutkan lagi penguatkuasaan dan menambah masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .
KESIMPULAN
Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan alam sekitar yang jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-masalah alam sekitar yang timbul kini. Namun penguatkuasaan sepenuhnya masih tidak dapat dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada. Dalam hal ini, kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan bukannya menggubal dan meluluskan undang-undang alam sekitar yang baru.
Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata menangani isu-isu alam sekitar yang timbul. Penyelesaian masalah alam sekitar secara bukan perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan terancang dapat dicapai dengan berkesan.
Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya menuju ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun masih banyak lagi tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan dan kekangan yang timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua pihak dan bukan kerajaan semata-mata. Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan trend kehidupan orang ramai tanpa mengambil kira pembangunan alam sekitar, tetapi apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma sahaja.
Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan pembangunan terancang untuk semua.