Thursday, 4 October 2012

PEMBANGUNAN LESTARI

Disediakan oleh : Gan Geok Hiong & Tang Chai Sia

Pembangunan Lestari /Mampan
Pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.

Sunday, 30 September 2012

MENANGANI ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA


4.3 PENGURUSAN RISIKO BENCANA

Dalam dunia pengurusan, setiap organisasi tidak dapat lari daripada risiko dan bencana yang akan mengancam reputasi dan kredibiliti organisasi. Pengurusan risiko boleh dirujuk kepada suatu proses mengenal pasti, mengukur, mengawal dan meminimakan risiko dan bencana yang mungkin timbul. Tujuan utama Pelan Pengurusan Risiko Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) ini adalah untuk memastikan kesinambungan fungsi atau sistem penyampaian perkhidmatan dan kemudahan pemprosesan operasi dipulihkan dengan segera apabila berlaku bencana atau gangguan dari dalam dan luaran organisasi.

*      Strategi Antarabangsa Bagi Mengurangkan Risiko Bencana (Kerangka Tindakan Hyogo / Hyogo Framework For Action)

FORUM Global untuk Pengurangan Risiko Bencana berlangsung di Geneva, Switzerland baru-baru ini dengan tema 'Melabur hari ini untuk keselamatan esok' dengan dihadiri kira-kira 2,000 peserta dari lebih 300 negara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada peringkat global.

Ramai Presiden, Naib Presiden, Menteri dan pegawai kanan kerajaan hadir dan menyampaikan ucapan dasar pada forum ini. Perwakilan Malaysia diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Antara agensi kerajaan yang turut serta ialah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Institut Penyelidikan Hidrolik Malaysia (NAHRIM) dan Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM).
Forum yang dianjurkan setiap dua tahun sekali ini adalah pertemuan pemimpin peringkat global paling penting untuk membincangkan pelbagai isu dan cabaran yang sedang dihadapi dunia untuk mengurangkan risiko bencana alam. Perbincangan memberikan tumpuan kepada pencapaian negara dunia melaksanakan 'Kerangka Tindakan Hyogo' terutama dalam lima perkara berikut:
  • Cabaran untuk menyediakan peruntukan bagi pengurangan risiko bencana;
  • Pengurangan risiko dalam keadaan perubahan iklim;
  • Memperkukuhkan kepemimpinan komuniti melalui tindakan penghindaran bencana;
  • Kemudahan sekolah dan hospital yang selamat; dan
  • Pembinaan infrastruktur lebih baik selepas mengalami bencana. 
     Bencana alam adalah cabaran paling genting yang sedang dihadapi sejumlah besar komuniti dunia. Tahun lalu saja, sekitar 236,000 orang terkorban membabitkan lebih 300 kejadian bencana, terutama akibat gempa bumi, banjir, ribut taufan dan tanah runtuh. Lebih 200 juta komuniti dunia terimpak secara terus daripada bencana ini dan dianggarkan kerosakan harta benda melebihi ratusan juta ringgit. 

Beberapa isu utama mendapat perhatian kebanyakan negara yang berdepan bencana alam besar ketika membincangkan isu 'pengurangan risiko bencana' iaitu:
  o   Bagaimana untuk mengubah set minda kepemimpinan daripada respons terhadap bencana kepada proses penghindaran bencana;
  o   Usaha untuk memperkasa komuniti terbabit secara aktif dalam proses pengurangan risiko bencana;
  o   Meningkatkan kesedaran dan pendidikan masyarakat terhadap risiko bencana;
  o   Mengurangkan kemiskinan, terutama di kalangan komuniti yang terdedah kepada risiko bencana; dan
  o   Mewujudkan platform kebangsaan yang berkesan untuk mengurus bencana.
 
   Kebanyakan negara terpaksa berbelanja besar untuk bertindak balas terhadap bencana, terutama kerja menyelamat, pemindahan dan penempatan mangsa, membaik pulih infrastruktur yang musnah dan kerja susulan yang perlu untuk pemulihan perkhidmatan secara jangka panjang.

Walaupun tindakan ini perlu dilakukan, banyak la
gi usaha boleh diberikan kepada proses perancangan dan aktiviti penghindaran dan pengurangan risiko bencana. Dasar pembangunan infrastruktur dan komuniti kebanyakan negara masih belum mengintegrasikan aspek berkaitan pengurangan risiko bencana alam.

Pengalaman lalu menunjukkan pendekatan paling berkesan untuk mengurangkan risiko bencana ialah apabila komuniti terbabit diperkasa. Mereka adalah golongan yang
berdepan terus dengan risiko dan mempunyai komitmen untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda paling tinggi.

Oleh itu, semua proses perancangan dasar dan aktiviti penghindaran atau respon terhadap risiko bencana perlu membabitkan mereka. Komuniti yang sudah diperkasa adalah komponen pengurusan bencana paling berkesan untuk berdepan peristiwa bencana.

Beberapa pengalaman pahit dihadapi warga dunia, umpamanya ketika bencana tsunami 2004 ialah kebanyakan mangsa tidak menyedari mereka berdepan bahaya. Ketika air laut surut secara luar biasa, tidak ramai mengetahui mereka sedang berdepan gelombang tsunami yang besar. Ramai yang tidak beredar dari pantai, malah ada yang masih turun ke laut untuk mengetahui keanehan peristiwa yang berlaku.

Akibatnya, kebanyakan kematian berpunca daripada kurang kesedaran dan pendidikan mengenai risiko bencana. Kesedaran dan pendidikan awam mengenai bencana bukan saja penting ketika masyarakat berdepan bencana, malah ia permulaan kepada pembinaan 'budaya pengurangan risiko bencana' di kalangan komuniti yang berdepan bencana alam.

Beberapa peserta pada forum global menyatakan dengan lantang bahawa 'kemiskinan itu bencana'. Mengapa tidak, sebahagian besar komuniti yang menjadi mangsa bencana ialah mereka yang miskin. Golongan miskin menghadapi kehidupan dengan serba kekurangan. Rumah tidak dibina dengan sempurna dan lazimnya di lokasi berisiko bencana yang tinggi.

Keutamaan mereka lebih untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan dan pakaian, tanpa mengizinkan mereka memikirkan soal keselamatan. Akibatnya, apabila berlaku bencana, golongan ini yang paling terancam. Oleh itu, pengurangan kemiskinan adalah tindakan paling bijak untuk mengurangkan risiko bencana.

Ramai peserta forum berpendapat cabaran genting untuk melaksanakan 'Kerangka Tindakan Hyogo' ialah ketiadaan atau kelemahan platform kebangsaan mengenai pengurusan bencana. Bencana adalah peristiwa yang merentasi sektor dan membabitkan semua pihak. Hampir semua sektor pembangunan dan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan terbabit secara terus dengan bencana.

Oleh itu, sukar untuk mewujudkan agensi khas mengenai bencana yang dapat berfungsi dengan efektif. Dasar mengenai bencana alam dan perancangan holistik serta bersepadu diperlukan. Platform kebangsaan memerlukan kepemimpinan tertinggi pada peringkat kerajaan dan komitmen semua pihak berkepentingan yang mampu bergerak sebagai sebuah pasukan.

Forum Global ini umumnya memberi tumpuan kepada negara atau rantau yang berdepan bencana alam yang serius. Apakah Malaysia berdepan dengan tahap bencana yang tinggi, sama dengan negara jiran seperti Indonesia atau Filipina?

Malaysia sebenarnya bertuah kerana dilindungi daripada bencana alam yang besar seperti gempa bumi dan letupan gunung berapi. Bagaimanapun, kita masih berdepan bencana banjir dan pada tahap yang rendah, bencana tanah runtuh dan ribut taufan.

Oleh itu, Malaysia seharusnya tidak menghadapi masalah untuk mewujudkan dasar bencana alam yang bersifat holistik sambil memberikan tumpuan kepada isu pengurangan risiko bencana. Majlis Keselamatan Negara mampu memperkukuhkan platform kebangsaan mengenai pengurusan bencana dengan menggembleng semua agensi pelaksana, institusi penyelidikan dan NGO yang mempunyai kepentingan untuk menangani isu bencana alam.

Malaysia boleh menjadi negara contoh untuk melaksanakan 'Kerangka Tindakan Hyogo' secara berkesan, dan mampu menjadi pemimpin di rantau Asia Tenggara dalam menyahut cabaran warga global mengenai usaha pengurangan risiko bencana.
(Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo ialah Pengarah SEADPRI-UKM)

*   Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara 
    (Arahan MKN No. 20)
 
Arahan MKN No. 20, Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara telah diwujudkan dan ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Mei 1997. Arahan ini menggariskan dasar pengurusan dan bantuan bencana serta menentukan peranan serta tanggungjawab agensiagensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu kejadian bencana yang berlaku. Arahan ini juga meliputi tindakan pemantauan terhadap aktiviti-aktiviti pencegahan dan persediaan agensi-agensi tertentu untuk menghadapi sesuatu bencana.

Berdasarkan Arahan ini, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana telah dibentuk meliputi Peringkat Pusat, Negeri dan Daerah bagi menguruskan bencana mengikut tahap masing-masing. Selaras dengan pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa ini, perintah dan kawalan di tempat kejadian juga dibentuk di mana Polis Diraja Malaysia dilantik sebagai Komander dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai Timbalan Komander untuk mengurus situasi di tempat kejadian dengan dibantu oleh agensi sokongan yang lain.

Tujuan Arahan MKN No. 20
  • Tujuan Arahan MKN No. 20 ialah untuk menggariskan satu Dasar Pengurusan Dan Bantuan Bencana di Darat mengikut tahap bencana dan mewujudkan satu mekanisme pengurusan yang menentukan peranan serta tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu bencana yang berlaku.
  • Tindakan menjadi lebih kemas, terselaras dan teratur
  • Mengelakkan pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan
Peranan MKN
  • Khidmat keurusetiaan kepada jawatankuasa
  • Memantau amalan serta pelaksanaan dasara dan mekanisme pengurusan bencana berjalan lancar
  • Post-mortem bencana diadakan
  • Menggerakkan SMART untuk operasi mencari dan menyelamat
  • Menyelaras pengendalian latihamal pengurusan bencana dan mencari dan menyelamat
  • Mengawasi langkah pencegahan dan kawalan bencana dijalankan
  • Merancang dan menyelaras serta mengawasi strategi kependidikan, latihan dan pencegahan kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota Jabatan Kerajaan, masyarakat dan Badan-badan Bukan Kerajaan dalam menghadapi dan mencegah bencana
  • Memberi nasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana apabila diminta ke arah kelancaran pengendalian serta pengurusan suatu bencana
Kejadian-Kejadian Bencana
  • Bencana Alam - banjir, kemarau, tanah runtuh, ribut
  • Bencana Industri - letupan, kebakaran, pencemaran dan kebocoran
  • Kemalangan yang melibatkan pengangkutan, penyaluran dan pemindahan bahan-bahan berbahaya.
  • Keruntuhan bangunan tinggi dan struktur khas.
  • Kemalangan udara di kawasan binaan dan orang ramai.
  • Pelanggaran atau kegelinciran keretapi.
  • Kebakaran yang melibatkan kawasan yang luas atau kebakaran bangunan tinggi atau struktur khas yang mempunyai orang ramai.
  • Kepecahan empangan hidro atau takungan air (reservoir).
  • Kemalangan nuklear atau radiologi.
  • Kejadian pelepasan gas beracun di tempat awam.
  • Kejadian jerebu - serantau dan tempatan
Bencana Udara
Bencana udara yang melibatkan kapal terbang yang jatuh di gunung, di hutan dan di laut ditangani oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Namun begitu, bencana udara yang melibatkan kawasan berpendudukan tertakluk di bawah Arahan MKN No. 20 ini.

Bencana Laut
Bencana laut dikendalikan oleh Jabatan Laut. (Namun pada 13 Ogos 2008 Kabinet bersetuju bahawa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM akan mengambil tugas daripada Jabatan Laut.)

Kejadian-kejadian Bukan Bencana

Kejadian kemalangan yang bersifat kecemasan seperti kemalangan kenderaan, kebakaran kecil, kemalangan di tasik atau sungai. Kejadian-kejadian ini dapat dikendali dalam masa yang singkat oleh agensi-agensi berkaitan dengan menggunakan sumber yang minima di peringkat tempatan.

*      Bencana dan Risiko

Sejak beberapa bulan terakhir ini, Malaysia kelihatan seperti sebuah negara yang berada dalam zon bencana alam serius. Apa tidaknya, bermula dengan beberapa tragedi tanah runtuh di Selangor, termasuk Bukit Antarabangsa, batuan runtuh di Ipoh, tanah runtuh di Miri, dan banjir besar di beberapa daerah, termasuk di Sabah dan Sarawak. Walhal, Malaysia sebetulnya boleh dikategorikan sebagai negara yang 'hampir bebas' daripada bencana alam.

Malaysia pada umumnya bukan sebuah negara yang bergunung-ganang, dengan ramai penduduk tiada pilihan, melainkan terpaksa tinggal di kawasan pergunungan yang berisiko tanah runtuh. Sungai kita tidak terlalu panjang dan berdataran banjir yang luas sehingga penempatan yang sesuai untuk membina kawasan perumahan amat terhad.

Negara kita juga jauh daripada 'jalur lingkaran api', di mana bencana gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi berada pada tahap risiko yang sangat rendah. Begitupun, negara kita begitu prihatin dengan rakyatnya yang ditimpa bencana alam. 

Pendekatan pengurangan risiko bencana yang paling efektif ialah dengan mewujudkan dasar dan perancangan pengurusan bencana secara bersepadu dan jangka panjang. 

*      Pengurangan Risiko Bencana (DRR)

Bencana dapat ditakrifkan sebagai sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Pengurusannya memerlukan kecekapan menggembelingkan serta penyelarasan yang berkesan sumber, peralatan, kekerapan dan penggunaan tenaga manusia yang ekstensif daripada pelbagai pihak. Ianya juga melibatkan tindakan yang kompleks dan memerlukan jangkamasa yang panjang untuk diselesaikan.

Bahagian Pengurusan Bencana Operasi telah diwujudkan, bertujuan untuk memudahkan lagi pengurusan operasi menyelamat ketika berlakunya bencana sama ada bencana kecil mahupun besar. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan " Rescue 999 " seluruh Malaysia.

Misi
Menjadikan Bahagian Bencana Operasi sebagai bahagian utama yang menerajui pengurusan bencana dan operasi serta berperanan penting dalam melaksanakan “core business”  Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Visi
Mewujudkan satu sistem pengurusan  yang lebih efisien  dalam menangani Hal Ehwal Pengurusan Bencana dan Operasi meliputi Pasukan PASPA, MERS 999,  Pengurusan Operasi, Pengurusan Bencana,  Pengurusan Paramedik, Penyelamat Pantai ( Baywatch), Khidmat Kemanusiaan, Sistem Amaran Bencana dan Pasukan Gerak Pantas 999 demi menjadikan memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

Objektif
Mengambil langkah-langkah proaktif dan melaksanakan perkhidmatan MERS 999 dengan cekap, sistematik dan berkesan.

Menguruskan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) yang terlatih, cekap dan berdisiplin.
Merancang, melaksanakan dan menyelaras aktiviti khidmat kemanusiaan untuk memantapkan perkhidmatan organisasi.

Menyelaras perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan. Bekerjasama dalam semua pihak di dalam melaksanakan tugas-tugas Pertahanan Awam.

Fungsi
  • Melaksanakan dan menyelaras Dasar Pertahanan Awam selaras dengan kehendak semasa.
  • Menguruskan, melengkapi dan melatih Pasukan Khas Pertahanan  Awam (PASPA).
  • Melaksanakan Khidmat Kecemasan MERS 999 yang cekap, berkesan dan mesra rakyat melalui talian 999 di seluruh negara.
  • Mendidik dan melatih orang awam dengan ilmu pengetahuan Pertahanan Awam.
  • Menyelamat mangsa dan harta benda semasa sebelum, semasa dan selepas bencana.
  • Menyelaras Eksesais dan latihan bersama agensi-agensi luar.

Ø  Pelan Tindakan
Pelan Tindakan Kecemasan ini merupakan panduan umum tentang cara-cara menyelamatkan diri iaitu dengan mengosongkan bangunan jika berlaku sebarang insiden kecemasan. Insiden Kecemasan yang dimaksudkan termasuklah ancaman kebakaran, gempa bumi dan sebagainya yang mana memerlukan penghuni sesebuah bangunan mengosongkannya secepat mungkin untuk mengelakkan dari risiko kemalangan yang lebih serius.


Ø  Latihan Kecemasan Semasa Bencana
Untuk menjadikan rakyat Malaysia yang berwibawa, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah menubuhkan satu ruang khas latihan untuk orang awam. Latihan ini bertujuan untuk Menjadikan orang awam di Malaysia mahir dalam segi menyelamat dan peka terhadap bencana yang dihadapi di negara kita.
  • Memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam Malaysia.
  • Memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya.
  • Usaha promosi untuk menarik orang awam menganggotai pertahanan awam Malaysia
Jenis latihan: Latihan orang awam sehari ( 8 jam )
  • Latihan ringkas dan padat dalam subjek menyelamat kecemasan, CPR, rawatan kecemasandan melawan kebakaran kecil dalam masa 1 hari
Latihan mengikut mata pelajaran
  • Latihan pilihan mengikut kesesuaian dan keperluan organisasi sama ada dalam subjek menyelamat atau pertolongan cemas atau melawan kebakaran.
 
Ø  Kempen Kesedaran Keselamatan Dan Risiko Bencana


Pada 16 Disember 2011, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah mengadakan Kempen Kesedaran Awam Mengenai Bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Cuaca Ekstrem bertempat di Dewan Persidangan, Majlis Perbandaran Tawau di Tawau, Sabah. 

Program kempen kesedaran awam ini merupakan aktiviti tahunan JMM dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai terhadap bencana gempa bumi, tsunami dan cuaca ekstrem yang berlaku di Malaysia. Tawau, Sabah merupakan lokasi terakhir dalam siri kempen pada tahun 2011 ini selepas berjaya diadakan di Kuala Kedah, Kedah; Penaga, Pulau Pinang; Kota Bharu, Kelantan dan Pulau Pangkor, Perak sebelum ini. 

Program ini mengandungi dua sesi taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai JMM berkenaan bencana gempa bumi, tsunami dan cuaca ekstrem serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil disusuli dengan sesi soal jawab. 

Seramai 63 orang peserta iaitu wakil daripada pelbagai agensi kerajaan di daerah Tawau telah hadir ke program ini. Kempen kesedaran awam ini telah menerima respons yang baik daripada peserta. 

Berdasarkan maklumbalas yang diterima, majoriti peserta amat berminat untuk mengetahui tentang kaedah penyebaran amaran awal bencana dan berharap agar sesi taklimat yang sama diadakan setiap tahun dan latih amal yang melibatkan komuniti setempat perlu juga diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan siap siaga masyarakat dalam menghadapi bencana. 

Kempen ini diharapkan telah berjaya untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran para peserta terhadap bencana gempa bumi, tsunami dan cuaca ekstrem dan menjadi titik tolak kepada pewujudan suatu sistem pengurangan risiko bencana di peringkat masyarakat tempatan di Tawau, Sabah pada masa akan datang.

Ø  Koordinasi dengan agensi-agensi kecemasan seperti Bomba, Rakan Cop, MERCY

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia komited untuk memberi perkhidmatan  kebombaan dan penyelamatan yang profesional bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar dengan menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini.

Visi
Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf dunia.

Objektif
       Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2000.

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :

1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.


MERCY Malaysia adalah organisasi non-profit yang bertumpukan kepada penyediaan bantuan perubatan, pembangunan kesihatan berterusan dan aktiviti pengurangan risiko bencana bagi masyarakat yang terdedah kepada kedua situasi krisis dan tanpa krisis.

Organisasi ini lahir pada tahun 1999, ketika perang berkecamuk di Kosovo mengakibatkan ribuan korban nyawa dan penderitaan di merata tempat. Sepanjang dekad ini, organisasi ini telah berkembang pesat dengan lebih banyak pasukan yang dihantar secara berterusan ke daerah yang ditimpa bencana untuk menghulurkan program bantuan perubatan di pelbagai negara bagi bencana yang berbeza.


Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2005 untuk membantu dalam membenteras jenayah di ibukota dan bandar-bandar lain di Malaysia. Objektifnya yang utama ialah untuk memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat bekerjasama dengan polis serta terlibat secara langsung dengan pencegahan jenayah.